Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Saturday, November 27, 2010

ingat !

tadi bukak facebook nak jengah ikan mky kot lapar ke sakit ke, nampak status dari facebook ♥ I Need Allah In My Life ♥ .. status tu sangat bagus, i akan guna untuk diri i n i harap orang lain pon boleh la renungkan jugak, oke ? :)

Imam Ash-Shaafi once stated; "Support me with your advice in private, and avoid advising me in public. Surely giving advice among the people is a kind of reproach, which I would rather not listen to. If you disobey and ignore my wish, don't be saddened if you are not obeyed."

renung-renungkan :)

Friday, November 26, 2010

stop child abuse


buat masa ni macam dah reda sikit berita pasal penderaan kanak-kanak dalam berita. baguslah kalau macam tu, and hope berterusan sampai bila-bila. kita pon pernah melalui zaman kanakkanak, tapi sekarang kita dah jadi dewasa means kita dah selamat melalui zaman kanakkanak.

mengajar and mendera dua benda berbeza. normal bila budakbudak nakal, macamlah kau zaman duludulu tak nakal kann. macam mana ibu ayah kita tahan dgn pe'el kita sampai besar, kena la tahan dgn perangai anakanak kita.

source : here

yang i xfaham sekarang kenapa budakbudak kena pukul sampai tak ada belas kasihan ? kenapa kena bantai dieorg semua sampai hentak dieorg kat dinding ? kenapa kena debuk dieorg macam la dieorg tu budak besar yang boleh tahan bila kena pukul macam tu punya kuat ? tak pk ke boleh rosak organ dalam bila kena bantai macam tu sekali ?

tapi satu yang kalau boleh i sendiri tak suka dengar n i tak nak dengar ialah penderaan emosi kanak-kanak. if penderaan fizikal n seksual, itu semua realiti yang ada dalam paper.penderaan secara fizikal memang senang nak detect. tapi penderaan dari segi emosi atau senang cakap penderaan mental, anda boleh detect ? bagi i, penderaan emosi lagi bahaya sebab i rasa dia boleh memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan mental.

source : here
effect kepada penderaan emosi, kita boleh tengok kanak-kanak itu mengalami kemurungan, selalu resah, selalu mengasingkan diri dari orang lain, and ada setengah kes, kanak-kanak menjadi terlalu agresif kesan kepada tekanan yang diterima.

contohnya, apabila berlaku penceraian diantara suami dan isteri. di saat itu kanak-kanak mengalami proses peralihan yang menjadi punca kepada penderaan emosi seperti, ketika proses keluarga asal mereka berpecah, proses penentuan hidup mereka samada perlu tinggal bersama ibu atau ayah sahaja, proses untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bersama keluarga tiri seandainya ibu/ayah berkahwin lain sebagainya. keadaan di mana adik beradik rapat terpaksa dipisahkan juga satu penderaan emosi.



oleh itu, ahli keluarga sendiri mungkin boleh membantu kanak-kanak dengan memberi perlindungan yang sewajarnya dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kesan penderaan emosi terhadap kanak-kanak. pihak berkuasa boleh memainkan peranan penting terutama dalam memberi perhatian lebih untuk mencegah penderaan ini.

sekarang, apa korang semua patot buat adalah sokong kempen "stop child abuse" by UNICEF. click image unicef kat bawah ni, then register utk menjadi salah seorang dari 100,000 rakyat Malaysia yang menyokong untuk menghentikan penderaan terhadap kanak-kanak.

unicef

tak susah untuk register. first, isi borang ni..


then dah settle boleh design "tangan" anda.. dan ini i punya tangan ! yeay !


jom sokong kempen ni ! kasi cecah 100,000 ! :)

Thursday, November 25, 2010

cuti cuti cuti

bangun tido
mandi
breakfast
tv
dapur
tv
lunch
tv
mengunyah
tv
makan
tv
mandi
tv
mengunyah
tv
tido.

rasa macam harihari layan tv tiapmasa makan. tv plak skrg manjang kat channel 820 keatas, sebab ap, tengok sukan, sampai satu tahap melampaulampau gaya nak sokong team malaysia, haha ! makan plak, yang heavy tak layan, dok kunyah jelly, koko crunch, mendalah kecikkecik macam kuaci, ha, gitu lah, masalah. 

kalau gini lah gayanya hari²maw boleh gila ! duh. nak tgk movie, perintah berkurung still berkuatkuasa, nak buek camno, dah nasib. harihari layan mky yang ad penyakit xbrape nak btol tu, siyes, makin lama dia makin, em, IRRITATING ! kalaulah ada ubat nak kasik kat mky ni, beribu ak sanggup abeskan, haha`.

mky, ang toksah nak gatei sangat la ea, skali i debik, tau la betapa gagah perkasanya fatin nabila :D



em, rasa macam nak jana pendapatan lah, aser macam nak saman orang je, pendapatan tanpa perlu berpenat lelah, aci tak ? lalalala`

Saturday, November 20, 2010

merry-go-round

ingat dah habis kisah kat melaka, kat kerteh dah tak ada. rupanya ada lagi. tapi kat kerteh ni, dia syiok sket, thrill habis ! mencabar pon ada. haha, tapi mematangkan lebih sket la. haa, ada la tuh nak complaint statement ni, pg maen jauhjauh gih :)

kat sini, boleh prasan, sape sebenarnya yang tak ada manners dengan yang ada. ada pihak, bercakap pot pet tanpa henti sedangkan dia tengah pusingkan cerita. satu pihak lagi tak tau apa cerita main soundsound. satu pihak pulak main terjah sukasuka hati dengan alasan memberi nasihat sedangkan tindakan tu memalukan ! satu pihak lagi, yeah, iaitu i  n si angah, tak payah cakap banyak sangat, psycho sudah, xpayah nak sound or apa, kita guna tactic kasi firm dulu semua, guna procedure betul, yang penting, keselamatan terjaga ! oyeah :)

senang cerita, hal macam ni orang luar xpayah masuk campur pon tak pe kot esp yang tak tau menahu, main sound, main terjah, main nasihat, memalukan meyh ! jadi pemerhati, oke ajo. kadang2 kita nak tegakkan kredibiliti kita, konon kita di landasan yang betul, ada kelas gitu, tapi, bagi i la, ada caranya kot if nk tunjukkan macam tu. terjah, sound, sindir, sama je macam orang lain nanti :)

tutup kisah atas, yang penting, jgn asyik ngate orang nanti kena diri sendiri. i pon dah kena dah, haha ! dok tuduh mky sana sini, complaint manjang, sana xcaye, sini xcaye, itu xbtol, ini xlogik, sekali, ambikkkk.. dah tuhan nak kenakan, dah tuhan nak tunjuk, dah tuhan nak bagi rasa apa perasaan orang bila mky kena kata macammacam, dah dapat, sedihnya la hati.. padan muka kau patin ! agagaga` :) ampun mky !

rindu nak tengok muka CUAK ni lagi. lagi dua bulan boleh tengok balik kot ? :D

dear mky.. imy &  i u ! :')..

Thursday, November 18, 2010

i sebagai blogger

i sebagai blogger sungguh berbangga bila blog i ada silent reader, haha. i sebagai blogger cukup gembira apabila orang ambil berat tentang apa yang diperkatakan. i sebagai blogger sangat teruja bila entah dari mana datang tak berjemput mula memperkotak-katik kan segala jenis penulisan yang i sampaikan. 

TETAPI

i sebagai blogger kalau boleh nak orang tahu blog adalah hak milik setiap insan *tibetibe* HAHA ! xlah, blog adalah hak milik tuan belog la. i sebagai blogger juga mahu mengingatkan, tidak kisahlah apa yang owner belog tuliskan, hakikat, kita tiada hak untuk mempertikai. i sebagai blogger juga kadangkadang naik hairan, kenapa orang yang langsung tidak ada kaitan sibuk hendak bercakap memberi komen dengan lantang.

HAKIKATNYA

i sebagai blogger sedar 80% reader belog i semua orang yang i tak kenal n i berani jamin, kebanyakan blogger, dieorg pon semuanya tak kenal kebanyakan reader dieorg, kenal pon as blogger jugak la. i sebagai blogger yakin kebanyakan blogger buat belog just for fun, bukan untuk di ambil serius oleh manamana pihak. i sebagai blogger juga mohon maaf andai belog i buat orang yang tidak ada kaitan terasa hati even i xtulis untuk orang pon.

KESIMPULAN

i sebagai blogger nak para reader, stalker ke, apa ke, hormat la hak i sebagai blogger. i sebagai blogger cukup tak berkenan kalau ada orang sibuk soalkan credibility sebagai blogger even i yang dipersoalkan or kawankawan blogger lain. i sebagai blogger kalau boleh dah tak nak dengar la orang complaint apaapa pasal belog ni. if xpuas hati, silakan lah buat belog sendiri. if xtau, i yang sudah menjadi blogger selama 2 tahun lebih boleh tolong sediakan tutorial persediaan nak buat belog.

AKHIR KATA

1 malaysia. * pengsan * HAHA !

the curve, haha !

i pon tak mati even korang buat macammacam since bulan  august masuk pon. steady je, cool ! korang je, kena sekali, terus, pom pang kebaboom tak tahan :).. sape lagi kuat dari sape ? mestilah i. lalalala`.. kesian pulak dieorg ni.. fatin nabila memang hebat, tak perlu menjadi kumpulan luncai dan 3 labu untuk menang, sorang pon boleh tahan. :)

cursed my family ? alhamdulillah. sumpah lah. atleast, i tak buat apaapa salah. yang buat salah, orang yang tak habishabis bukak mulut, bercakap bagaikan juara la konon. hakikat ? hahaha.. yeah, thanks doakan i, atleast, i tau, ada orang luar sana yang selalu ingat pasal i, doakan i, thanksss ! :) nah, ambik, speacial kiss, mmuahhh ! hahaha..

lain kali, jangan ada niat nak singkirkan orang dari rumah. see, kan orang dah halau dari rumah. i xkesah, lama dah tau, korang tu :).. bila kita ada niat nak buat jahat kat orang, confirm kena balik kan. hari tu sakitkan hati orang, berbulan lamanya orang diam, sekarang, baru kena sikit, dah bising kecoh sana sini. kesian lah korang, belajar lah untuk  menjadi tabah, menjadi kuat ye, jangan lembik sangat tau :)

be seterong sterung stering awek IB ! auw :)

Wednesday, November 17, 2010

kalau rasa gembira, tepuk ?

sukanya dalam hati.. lalalala`.. 

eh, semalam mimpi pergi repair iphone. oh, rindu sangat kot dekat iphone tu. tapi yang pelik, lepas repair, belek2 iphone tu, 3gs dah jadi 4.. apekah ?

hahaha ! tak cerdik punya mimpi.. :d

poor you :)

desperate ? nak orang acknowledge kehadiran ? i don't think so. kalau diberi pilihan hari tu, better xpayah ambik korang bertiga masuk rumah, tapi, menghormati keputusan housemate sorang lagi, so accept. sape yang datang kat sape kan ? plus kesian, anak sapa dok merempat tak tentu hala xde tempat, tapi silap, tak sedar diri rupanya.

hati busuk ? hati siapa yang busuk ? manjang nak mengata kat facebook ? orang sepatah tak bercakap, tak buat apa, diam, dia xberhenti bercakap. apa ? SUMPAH XDE CAKAP PAPE ? BILA DAH TUNJUK BUKTI BARU LAH, SORRY ! makan lah sumpah tu kan, biar terbalik sumpah tu.

mind ur words ? alah, kau tak pernah pon jaga kata2 before, main sedap je berkumpulan bersepakat mengata, tu apa ? kira level paling baik untuk berkatakata macam tu lah ke ?

telinga ada, lain kali dengar, bukan setakat angguk angguk je bila orang cakap. tu lah, tuhan dah tarik 1 nikmat telinga tu kan. orang cakap,  ANAK YATIM  TAK PUTUS HUBUNGAN DENGAN ORANG MATI, DOAKAN KESEJAHTERAAN lagi bagus dari bercakap merapu kutuk orang. tapi dia dengar, ANAK YATIM PUTUS HUBUNGAN. see, poor you. :)

otak dia yang xpernah berisi, muka bertalamkan err.. haha.. jangan hina anak yatim ? dah kalau anak yatim atas dunia tindas orang, sakitkan hati orang, aniaya orang, sepakat kutuk mengata, itu apa ? TIKET? hello, TUHAN MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI. if pandai sangat nak cakap pasal agama, so, fikirlah, GOD KNOWS EVERYTHING.  nak tipu dunia, tipulah, tapi tuhan dah sedia tahu pon.
i hidup aman kot, sape yang tak tenang nak ambik exam, sape yang busuk hati, sape kan, sape.. if tuhan nak bagi petunjuk, if bukan sekarang, anakanak kau. kenapa nak carik orang dah mati untuk mintak maaf ? apa salah kat orang dah mati ? sape start carik pasal ? orang tua bagi nasihat tak nak dengar, orang tua nasihat, PERANGAI BIAR BAIK ATAS DUNIA, SEMBAHYANG, DOAKAN YANG DAH MENINGGAL LAGI BAIK DARI MENGUTUK FITNAH ORANG, bodoh ke tak boleh dengar ?

kesian.. if betul tahu baik buruk. orang xmatang memang selalu claim dia matang. bercakap tak tentu hala, padahal, DAH KANTOI. facebook korang, kutuk seranah SEMUA DAH PRINT SCREEN lah. tapi i baik, tak de nak expose semua tu. tapi pelik, APSAL NAK DELETE BALIK SEMUA STATUS TU ? TAKOT ? RASA BERSALAH ?

SAYUR YANG BERAIR BERKULAT DALAM FRIDGE tu, jadahnya i yang beli kan, transport pon xde nak pg jusco nun. sayur ijau tu biar berair, tapi, sayur purpley tu tau pulak bersihkan. FITNAH LAH, FITNAH. mana tau kat akhirat nanti, sayur tu sendiri boleh bercakap, sape yang pegang dia, sape yang beli dia kan..

ALHAMDULILLAH menganiaya i. terima kasih aniaya i. tapi i xsedih pon, tak berkudis langsung, sikit pon xde aser ap. orang yang bersalah je akan gelabah puyuh, delete entry sana sini, delete status sana sini. nape delete ? tuhan je tau. ALLAHUAKBAR. :)

aku doakan semoga mereka ni berubah, dah tak menganiaya orang lain, mana tau, risau jugak, kang suatu hari nanti, syok sangat luncai dan labu ni berpakat kenakan orang, ulang balik perangai, satu hari nanti, dia balik terkena, time tu xde orang tolong, orang gelak, orang sindir, orang fitnah, orang cakap macam, kesian pulak kan. bukak la pintu hati dia tuhan..

Monday, November 15, 2010

alhamdulillah

paper last untuk final exam berakhir dengan cemerlang gemilang tak berapa nak terbilang helaian answer booklet tu, haha. lepas, lepas dah, apa jadi lepas ni, terima ajo :).. 

sekarang dah selamat sampai kerteh. best gila rasa ! nampak signboard kerteh je tadi, terus lega. ape lagi bila nampak pagar rumah, bukak pintu rumah, bukak lampu bilik, mmg home sweet home bebeh. if macam ni, tak payah nak sibuk² pg melancong sana sini pon tak pe, melancong kat kerteh ni pon cukuppp :)

oke, nak pg layan csi. bye :D

Sunday, November 14, 2010

lalalalala`

ada jugak orang nak ambik tau paper i pagi or petang kan ? lala` :)
chow lagi awal lagi bagus kot ?

sebelum ni pandai buat orang sedih, sindir, kutuk, fitnah. luncai dan 3 labu kan bergabung kenakan orang, kenapa sekarang nak kena sedih ? nak kena tak tenang ? have fun lah macam biasa. sampai tengah malam borak selang 2 3 minit gelak. tengok tv samasama pasang kuat. kan dah xde dengar bunyi pintu tutup dengan kuat. walhal, bilik depan aser, dah nak tercabut pintu ntah hape. 

tuan rumah kena check dulu patot bil api air tertunggak, jangan ikut sangat kehendak refund deposit. umah even api air. entah betul sebab lambat bayar or tak bayar ntah hape. check sekali kerosakan kat rumah. aircond rosak ke, ape ke, bukan boleh kira style orang senang ni, semua nak rosak. 

cakap bukan main, "budak-budak tu bayar lama dah". last month bila sampai bil nampak tertunggak ada lagi, oke, boleh terima pakai lagi alasan bayar lambat. bil bulan ni sampai, eh, tu total tertunggak 2 bulan tu. ape ke bil 2 bulan lepas tak bayar ke ? if tak, bil bulan lepas pon xbayar la tu. seronok ke makan duit orang? 

untuk orang tak berapa nak senang, seringgit pon duit, nak dapatkan duit bukan senang, kena kerja.. lainlah kalau sumber tu pg kerja goyang kaki dapat gaji duit haram sampai bagi anak isteri duit haram, haih, mintak jauh la kan.. risau jugak, nanti someday, apa jadi kat keturunan tu nanti.. bawakbawak bertaubat ye makan hasil orang ni.. even minyak setitik pun, fikirlah, benda tu tetap hak orang. apetah lagi, cili ke, kicap ke, kan kan kannn.. share ? macam tak sama rata je :)

Saturday, November 13, 2010

most welcome :)

lain kali keluar dan dengar elokelok, fitnah lagi kat belakang, mengata lagi rupanya. cakap berapi, kawkaw simbah minyak kat budakbudak, tadi kenapa xbackup ? kenapa duduk diam dalam bilik tak berani ber'oyeah' sana sini macam sebelum ni ? tadi telinga dah melekat dengar, dengar la, orang tua i dah kenal dah i, mulut macam mana.

atleast, i xde la macam berlakon menjadi wanita sempurna, asalkan i jujur dengan diri dah cukup. xkan nya nak bercakap gebahgebah pasal puasa, pasal hubungan perempuan dan lakilaki, sedangkan, hakikat ? xpe beb, ak xakan bukak cerita yang aibkan kau, xakan la berlakon suci, even ak tau, kau lagi dahsyat, lagi expert. kau pon tahu, kau dah lebih dari batasan. if kau dah berubah baik, alhamdulillah, tapi tu bukan lah tiket nak fitnah plus mengata orang.

luncai dan labulabunya, xpayah la susahsusah delete status kat facebook ke memane ke, dah selamat print screen dah, sekali dengan komenkomen yang berjela tu. asalkan i dah ikot pesanan ibu suruh diam, dah, cukup.

dari bulan puasa i dah cukup diam, sampai sekarang, hati orang tua mana yang tak terasa ? if kau kena, mak kau nak duduk diam and tepuk tangan sambung gelak eherk eherk eherk je bila dengar ? mesti tak kan.. kalau ada, hebatlah :)

buatlah hal sendiri eh. terima kasih lagi untuk sebarkan url blog, even direct kepada manamana post ke, apa ke, xpe, i xdelete pon entry lama2, bacalah, sebarkan lagi oke ? up kan lagi total visitor, dapat jugak BE nuffnang ha :)

yang bercakap tu, pusing balik diri sendiri, rasarasa, sape yang berlakon baik bukan takat mata family, tapi semua manusia atas bumi ni ? check sikit nooo.. :) satu lagi, even orang tu kafir, jangan la mintak duit dari orang tu, padahal dulu dah makan kan bahagian sendiri. ingatlah. xabes dengan fitnah, mengata, kutuk,  ni nak makan duit haram pulak..

ape-apejelah. sekarang i dah kat rumah, happy gila ! cool je rasa. :) esok exam, nak study, yaw ! 


GOOD LUCK MKY

feel blessed :)

alhamdulillah, ada family, ada mky disisi. dah cukup kasih sayang dah, xde kes kurangkurang pon :). xde pon nak suruh sedar kehadiran, setakat hingusan, kita pon xnak dia ada di sekitar :)

orang gila xngaku gila tapi akan cakap orang gila. sama jugak dengan orang psycho, dia tak ngaku dia psycho tapi kata orang psycho, kesian kan.. :)

kalau la reti pk balik, pk la apsal duduk merempat dari dulu kan, kan.. pk balik, tiap kali mulut tak berhenti bercakap, mengata, mengutuk, datang sakit dah, tapi dah nama manusia, sakitsakit pon, tak berhenti lagi tu bercakap tak tentu hala. :) bercakap gebahgebah penuh keislaman..
terima kasihla baca blog, up sket traffic. yeah !


unstoppable

mari ramairamai join unstoppable, hebat, hebat ! ahh, jadanya i nk promote mlm kat sini kan. apa barang mlm. nanti dah habis belajar pon, i prefer penat lelah, jalan kaki, turun naik tangga kerja usaha sendiri dari join mlm yang memang dah sure tipu duit orang je lebih padahal yang dapat untung yang paling toppp sekali tu je, yang kat bawahbawah ni, tunggu je lah kan kot la ad orang nak join. eh, tibetibe emo kan ? :p

agakagak, staff ktm, monorail ke, ada macam sebelah kiri tu tak ? if ada, bgtau, nak apply part time nih ! - google


alkisah, pada suatu hari, ex-housemate time hostel dulu roger balik. si atiqah ni dah banyak kali ajak keluar, start dari premier new moon, time pg vacation aritu, calling2 ajak keluar, tapi, mmg masa tak sesuai. hari tu, dia msg, mmg nasib baik, i pon tengah free, i pon agree la untuk keluar and part best, tiqah belanja tix movie ! yeah. roger2 semua, yang jadi follow, si amien. padahal, dia nak cari air buble je tu, ;p

L to R - amien, tiqah, minah mana ntah macam xmandi, rambut pulak xbersikat, haha

kawan si tiqah. kata tiqah, coupley since diploma. si gf so-so comel perangai, membebel-bebel pop corn dah tinggal half before movie start, haha

hah, time kuar ni lah keluar ayat nak jual iphone tu, agaknya dia majok la tuh sampai rosakrosak, haha ! tengok movie unstoppable. oh, best, best, best.. dah lama xtengok movie sebenarnya.. xpernah nak adakan masa untuk kuar movie. kuar jalan, alih2, makan, makan, makan. lalala`. selagi boleh makan, makan la kan. kang dah sampai masa sakit, tak boleh makan itu, ini, haa, melopong. ;p

yang taboley bla, time tengok cite unstoppable ni, yang i nampak bila train tu laju tak ubah macam thomas azreen.. chunggington xmasuk order la, jauh sangat beza, hehe !

ajin & asu :) ololololo`

oooo, cepatlah abes exam.. macam nak fire suria muhammad, dia dah abes, dah sampai kelantan ntah ap.. tsk.. T_T

Friday, November 12, 2010

alhamdulillah

seronok tengah dok print screen statement orang mengata mengutuk memfitnah ni :) xpe. kita bukan jenis pengecut main cakap belakang, xperlu gunakan facebook medium untuk buat semua tu. insya allah. tuhan tahu setiap apa yang dikatakan.

kalau hari tu orang cuba menganiaya kita, mungkin hari ini, dia telah dianiaya kembali ? 
fikirkan. :)


teringat pesanan mky, sekarang ni balasan tuhan cepat dah boleh nampak :)

tuhan bersama dengan orang yang jujur dalam percakapan, bukan sekadar omongan keagamaan sematamata, tetapi biar penuh dengan keinsafan.

alhamdulillah. bukan senang nak dapat nikmat bersabar even dah baca macam2 ni dari dulu lagi xberhenti. alhamdulillah, alhamdulillah. semoga selamat hidup mereka dunia akhirat.

cuma, satu je musykil. orang cakap, jangan berbuat jahat pada anak yatim, tetapi, apa jadi, kalau anak yatim tu sendiri atas dunia buat jahat pada orang, mengata, fitnah, memburukkan orang, berniat jahat, macam mana tu ek ? ada effect tak pada orang tua dia yang dah meninggal tu ?


semoga arwah orang tua berkenaan tuhan rahmati. semoga kesakitan yang anak dia berikan pada orang lain atas dunia ni tidak menyakitkan arwah. apa punya anak la..

in memory, :')

sapesape yang member dlm facebook i, confirm lah dah baca notes belasungkawa yang i coretkan, auw ! unless, office kau kena block internet.. fuh, tepat kena kat kau lynn, hihi.. bak kata puan mimi, ex lecturer law i, disuruhnya i patentkan story tu n story tu boleh jadi hangat lebih hangat di pasaran.. oh puan mimi, sedang ak bersedih ni, dikau sungguh mencuit hati, haha..

gambar terakhir 'my late' baby snap before ia pergi meninggalkan ak

xtau lah either iphone i tengah koma or dah meninggal. nanti lah, ada masa, pg cari iphone outlet terus. tak kan merajuk kot, baru malam sebelum tu, terlepas cakap nak trade in kan dia, tup tup, xsampai 24 jam, terus keadaan kritikal then meninggalkan i selepas subuh keesokan hari.. duh.. why, why !

dah la esok tu nak exam, mana xgila i pukul 5 pagi baru start bukak notes chapter 1, pkol 215 petang tu nak exam, kau ingat sempat nak study ? jawab exam soalan sampai 50 markah guna logic akal, mintak2 lah lecturer kasi markah lebih afta baca surat cinta kat page belakang sekali, haha.. please, please T_T

skrg, iphone dah selamat ak kotakkan kembali, menunggu masa untuk dia balik ke tempat asal dia.. sabar je lah pakai computer kecik ni, kata orang maxis la.. iphone bukan handphone, iphone computer.. maxis take time 3 minggu nak repair, ceh. apa barang ada branch kat melaka if semua nak refer kl. baik bukak kiosk je camtu. 

ok, bye. nak study socso. eh, ada good news la, story laterlater la eaa :)

Tuesday, November 9, 2010

ikan bakar parameswara

kisah, sehari sebelum i pergi londong aritu, si kakak ada la singgah melaka kejap.. plan asal, kejap je singgah sebab hari pon dah lambat, nak balik takot sesak pulak nanti dah malam tu ada final bola kelantan vs negeri sembilan. tp, i xde feel pon pasal bola ni, xtau kenapa, bukan sekarang kot feel tu nak ada, :)

suppose beli barang ajo kat jusco, then plan jadinya pg makan kat umbai.. lama dah xpg umbai ni.. sebelum2 ni if pg, mmg makan kat umbai terapung aje, xmakan kat umbai darat.. atas request kawan si kakak punya kawan, nak pg makan serkam, tapi, hahaha, xtau jalan meyh ! last2, sampai la kat umbai darat ni..


order butter prawn, ikan pari bakar kosong, ikan siakap masak stim, sayur kailan, sotong goreng, fresh orange 1 jug, layannn.. nasik jadi xlaku, dok bantai semua tu, berlebih2 nasik, hehe..


kawan kepada kawan si angah ni, duadua petite, esp yang baju biru.. dieorg ni doktor baru balik malaysia tapi perangai, duh, T_T.. ni kalau patient datang hospital ni, mau aser nk cobit2, mulut pot pet, makan, dahsyat.. selalu camtu kan atas dunia ni, orang yang cerdik pandai n kaya down to earth, yang biasabiasa pandai n xde hebat mana, melampaulampau perangai :)



sudah makan.. balik ! sapesape xpernah pg lagi, boleh la try pg sini, sodap ! weekend better booking la, if x, mmg susah la nak dapat table. n siapsiap packing barang, duh, 4 beg sekali haa.. dah la beg trolly ada ngan si kakak lagi, patah la tangan bahu semua nanti.. oh yeah, mky, nanti kite pergi makan umbai eaaaaa ... :)


peminat kan suka baca belog i diam2, siap share2 url lagi kat facebook, cakap la nak tau update pasal i.. hihi`

Monday, November 8, 2010

disable click-to-enlarge images

before this, i ada buat entry bgtau mana nak cari if nak disable right click and disable highlight text. sebenarnya, if kita pakai 2 technique tu pon, if orang click kat gambar, pic akan kuar kat window laen then boleh save jugak kat situ kan.

pernah pk jugak pasal ni sebelum ni. then td, tokey manik call tanya macam mana nak buat itu ini. tokey manik ada masalah sebab, biasalah, perempuan.. manamana perempuan akan ada lelaki berminat n tertarik kan. alkisah, lelaki berkenaan minat kat si tokey manik and si tokey manik risau, guy tu selalu usha belog si tokey and usha pic si tokey, auw !

kata si tokey manik, guy tu pelik sket, n dia risau sangat. bukan nak buruk sangka atas orang, tapi, i do believe, BURUK SANGKA WALAU SIKIT ADALAH SANGAT PERLU dalam hidup kita ni. tak boleh terlalu berbaik sangka okeh ! tp, buruk sangka sorang-sorang la, bukan suruh buruk sangka then jaja cerita xbtol ye :)

oke. mari kita mulakan, acewah. try click pic bawah ni, akan keluar window lain kan, kan. xpayah tekan pon xpe, pg je kat picture ni boleh nampak cursor berubah jadi bentuk tangan yang bermaksud pic tu boleh ditekan.


untuk tokey manik yang takot pic diambil dan dibomoh suek kan, buat camnih oke :

bila upload picture, html code yang keluar confirm macam ni.. i ambil contok pic kat atas tadi.. pic atas tadi namanya IMG_0063


cik tokey manik delete text yang berbold dan berwarna kemerahan auw tu, then try publish entry tu.. bila delete yang bold merah tadi tu, pic akan jadi macam yang kat bawah ni..


yeah. dah xboleh tekan pic tu dah. :) oke. kepada si cute cun cantik or pohotographer boleh la try, biasalah, sekarang kan, ramai orang jahat yang selalu self-proclaimed hak milik dia la, apa la. nak letak watermark kang, pk sepuluh ribu kali pulak, design mana cantik, nak warna apa la, bentuk apa la, senang cerita, nah ! :)

oh. tu pic i n mky bersama sarra si pau goreng anak kepada sufy ismail. haha. eh, budak ni ada join contest fb kat page FUNTORA. meh nak iklan sat. those yang ada facebook, pleaseee, VOTE VOTE for SARRA :).. macam mana nak vote.. camnih..

1st, pergi kat page FUNTORA -- click , then LIKE page tu.

2nd, afta dah LIKE PAGE FUNTORA, click sini untuk terus pg kat pic sarra..

3rd, settle. THANK YOU :)

Sunday, November 7, 2010

muhasabah diri v.2

well, sekarang nih, dah dekat diri dengan tuhan, dah rasa macam tenang sangat, serius :).. kalau dulu boleh jadi macam si katy perry, kejap hot kejap cold, hot and cold xbrape nak stabil, sekarang, dah jadi ala2 bep okeh, coooooolll, i spend my time just thinking thinking thinking bout you.. :)

ahah, tak de lah, thinking bout god la maksud i.. selalu ingat tuhan.. auto boleh jadi penyabar.. mana pernah fatin nabila jadi penyabar sampai sekarang ni ? penyabar bila mky cari pasal, penyabar bila difitnah, penyabar bila disindir, penyabar bila dikutuk ? yes. if selalu ingat tuhan.. if percaya tuhan sedalam hati, insya Allah, semua orang mampu buat :)

nak dapat feel sabar bukan sekadar lahir dari kata-kata yang melambangkan hati suci dan murni semata-mata, seperti "sabarlah, doakanlah dia berubah" "doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan". yes, semua tu betul, tapi, it is too cliche, semua orang tau benda basic, tapi nak apply dalam hidup tu susah.. sangat susah..

perbuatan, percakapan, perkataan, 3 different things.. kalau kita behave, kita buat suruhan tuhan, allhamdulillah, bagus sangat.. tapi perbuatan tak menjamin percakapan yang dilontarkan, xmenjamin perkataan yang diutarakan dan diselatankan xpon kutub diganggu menjadi ketimuran atau terlebih kebaratan.. oke, nonsense mata angin semua ni.

dan sekarang i jadi lagi paham 1 hal ni. berdiam itu sangat-sangat-sangat lah bagus. bukan sikit, tapi, OMG, diam selesaikan masalah, believe it or not. :). diam bagi ketenangan, diam bagi kesenangan, diam ajar kita untuk menjadi lebih redha, diam menunjukkan lagi kematangan, n paling penting diam memberikan kemenangan yang paling besar.

i selalu ambik benda positif dari orang yang terbaik ada sekeliling i.. angah pesan, kita xde hak nak hukum orang, tuhan lebih mengetahui apa je ada dalam hati orang, it is counted n biarkan ALLAH S.W.T yang hukum..

si angah ni, katy eyed peas, msg before tu oke je dia cool, pastu, dia hot, pastu dia cool balik then cool poreber, haha..

mky pulak selalu ingatkan "balasan tuhan cepat je sekarang".. mky xkira time i senang or susah, selalu sabarkan i, even baru ni i n mky kena fitnah, mky sabar sangat, ikot hati, ikot rasa marah mmg nak hambur, tapi pk balik, xapa lah.. sampai bila-bila pon memang mulut orang xakan berhenti, if kita marah, nanti orang suka sebab kita layan, so, kita diamkan aja kan ? :) love u mky :)

paling tidak, bila kita sedih or marah, kena ada orang di sekeliling yang happykan kita kan.. alhamdulillah, the best best best best friend yang i pernah ada, :) sape lagi, auww, girlfriend uitm.. sufy, lynn, fyza, aty.. even kadang-kadang ad yang busy kerja, tp, mesti lah ada salah sorang yang style kepala masuk air nih, coolkan i.. kalau si sufy dah start cite kesah kolej redang, sampai bila-bila i senyum sorang.. selalu sangat dah, tulis lain, lain respond dapat, haha.

ak update status pasal 1 kemusykilan, respond dapat suruh call ambulans, motif ? haha
haha.. siyes, time nih hati nak panas je, terus call pak guard, kau ingat kau besarrr sangat pak guard nak entertain ? tapi mmg pak guard layan aduan rakyat pon, lalala```

 dydy abdullah pulak, ex housemate yang so-sooooo cool ! si cantik yang baik hati, even datang dari family yang sangatlah senang, tapi down to earth, treat people sama rata.. even perangai pon macam syialll, haha, tapi kalau ada apa-apa masalah, dia selalu ingatkan i dengan ayat positif, bukan membakar and latest, "tin, sebelum tidur maafkan semua orang tau"..

masa berkecil hati aritu pon, difitnah, sedangkan, ada saksi, xada apa jadi, tapi digembar gemburkan, disalahkan, diperkatakan seperti i bersalah, tidak menghormati kehidupan orang lain.. alhamdulillah, ada kawan-kawan sekolah yang bercakap dengan waras. yang respond semua bercakap dengan positif, xde pon ayat menyalahkan pihak lain. 

rezeki si jaa ni pon makin lama makin murah.. orang cakap macam2, last2, rezeki semua tuhan bagi.. dapat kerja baik, tuan pon comel cantik, dah ada harta sendiri.. alhamdulillah :)

apa pon, alhamdulillah atas nikmat tuhan bagi, i ada kawan-kawan yang sangat baik.. terharu, sampai i nanges, n skrg pon i nanges.. alhamdulillah..  :')

Friday, November 5, 2010

sesi muhasabah diri :)

adakah i berhak untuk judge orang ? - TAK BERHAK.

boleh tak if i tengok orang, i claim orang tu senonoh or baik or whatsoever ? - TAK BOLEH

adil tak kalau i tengok luaran orang tu biasa-biasa, then i pon cakap dia biasa-biasa. bila tengok orang yang hebat-hebat pulak,  i cakap dia hebat, adilkah ? -TAK ADIL

siapa i nak tentukan orang tu berbudi bahasa tinggi, berakhlak mulia, sopan santun, n bla bla bla - I MANUSIA BIASA.

conclusion :

i kena tutup mulut, i harus hormat semua manusia ciptaan tuhan n i rasa, i xperlu judge orang based on appearance only. i xperlu bg kata putus, tak perlu olah setiap orang kerana i rasa, manusia deserve second chances. manusia tetap manusia, punya hati, punya perasaan, punya keinginan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. 

selagi seseorang manusia tu punya niat yang baik, tak kira ambil masa lama or cepat, benda yang dibuat dengan ikhlas lebih bermakna dari lakonan yang penuh dengan sikap berpura-pura. jujur dengan keadaan lebih baik dari penipuan duniawi, penipuan hati, penipuan sesama manusia malah penipuan kepada diri sendiri.

insya allah, semoga niat baik i akan terlaksana suatu hari nanti dengan penuh perasaan ikhlas, dengan hati yang rela, khusyuk dan yang paling penting TANPA SEBARANG PAKSAAN dan cubaan melakukan PENIPUAN kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

thank you. :)