Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Sunday, December 26, 2010

entry untukmu lynn :)

tu la, kalau orang kata suruh datang tu, datang je lah. abe p-gee ni pon satu, rajin betol la lect tuh nak buat test krismas ni dak. tapi xpa la, nanti ak kawen, pakat datang la no. tak datang, ak shoot sorang², ak xtipu ni lynn, muka suci, ak xtipu !

2008 :)

jamaaty, kawan time diploma kat uitm dungun dulu. DULU DIA SEXY GILE ! body, nom nom nom orang tengok macam nak makan :p. skrg, ayu gitu. dah lama dah perasan aty dah berubah pakai tudung, shantek je :). alhamdulillah, semalam selamat menukar tittle menjadi PUAN :).

gambar buat tatapan lynn azlin :). sian lynn, percaya cakap ak bulat² smlm kan, sedih je dengar sore kau ha, hehe haha hoho hihi huhu. camera ak xchantek macam camera daoh lynn, lebih² kau tgk kat fb mokpiey yeh.

aty & aben

sarra naik pelamin :)

sarra & ibu :)

khai, kawan khai n nanie, nanie :)

liuzuana & tunang :)

me, aty, sufy, sarra, aben

yeah ! kawan baik punya cilok :p - me, liu, sufy :)

pic last paling suka even cilok dari fb piey sebab..kami bertiga bersatu kembali, yeah ! dulu berpisah sebab kuat sangat cilok kan, hehe.. lynn, jealous tak lagi ? meh nk kasi jeles lagi.. sebelum balik, dapat la surat cinta dari naa yang ak yakin lynn xdapat lagi, hee. sabar lynn, sabarr... :)


nampak tak lynn ? xnampak.. oke, meh zooooom dalam dia :p


lepas ni turn sape ? lynn ? CONFIRM !

Friday, December 24, 2010

jalan v.2

jalan lagi n lagi, best part MAKAN ! hari-hari nak makan. tempat biasa buat lunch xde lain, asam pedas kat setiawangsa. satu malam tu singah kat restoran salero negori [ masakan negeri sembilan ] kat area ampang. sedap. then decide nak pg lagi for lunch.


memula 2x lalu macam xde orang, pelik. sekali tu decide brenti jugak, pastu baru tau, kenapa kedai banglo tu nampak xde orang. upenya, sume makan kat dalam. haha. yela, time tu angin kuat, dauh terbang, mana la orang xmakan kat dalam kann.

last sekali malam sebelum balik, terbaik punya makan. dekat je dengan area umah, kedai western cuisine. terbaik order grilled salmon. terbaik ? xpon sebab selama ni dok attack angah punya je tapi aritu sendiri order kot ? hehe.

grilled salmon

chic chop, kot ?

adik :)

ibu & angah :)

ayah :)

arini pulak ibu masak kari kambing, duh. memang badan back to basic balik lah, confirm ! hehe.

Thursday, December 23, 2010

jalan v.1

bersempena dengan kempen menyokong cuti dalam malaysia, kami sekeluarga, chait, ayat nak skema * pengsan *.. smlm baru sampai kerteh afta seminggu lebih mengada-ngada menempel di tempat orang. dengan misi cat rumah repair rumah ayah kat sentul, stay la sana sambil alang² berjalan.

jalan ? hari² jalan. jalan memang sedap, last sekali kaki sakit, ponn sodap ! paling sodap, dah lama xberlari² kat padang kan, last sekali, menempel kat dataran merdeka. beli bola-bola comel yang sekarang dah jadi hak milik ajin n damien plus lastik lampu. haha. time ni la menunjukkan siapa hebat melastik !


oke, ini bola-bola seketul 5 hengget. nak bagi menyala acu baling² dia kat lantai, nyala la. xyh baling lantai, ketuk pon dia nyala dah. tapi tadi satu yang kiri tu dah tak nak nyala sangat tadi T_T


hai. ini awang ganung kite woh ! hari ni dia dapat result pmr dia, alhamdulillah, cantik la result nye kan dari biasa :)


tu diaaa, orang bandaq gaya lebih tapi lastik pon xreti ! ni kalau bagi lastik betul2 getah dengan peluru batu betul, mau lebam muka sebab peluru lantun balik. lastik plastic ni pon, alahai, secoet je naik dak..haha `

korang reti lastik ?

Saturday, December 18, 2010

a for away :p


i'm away on holiday, lalala :)

Wednesday, December 15, 2010

makan itu indah ! :)


yeay, cuti dah genap sebulan, dah timbul balik ketulan-ketulan lemak di pipi menjadikan pipi berlekuk tiga jika dicampuq dengan dagu ! hehe. ini la panahan balik rumah. sehebat mana technology london weight pon, bila dah balik rumah, bambam balik !

ape taknya. duduk rumah, musim hujan, lauk fav ? ikan kering, ikan panggang, sambal belacan taruk ikan bilis, sambal tempoyak, budu, ikan sepat kering, ikan goreng. daging n ayam no 2. nampak lauk macam sehat, ikan, ikan, ikan. tapi ?

1 hari 3 kali makan
1 kali makan = 2 kali tambah = 3 pinggan nasi
1 hari = 3 pinggan nasi x 3 = WOW ! 

9 PINGGAN NASI SEHARI !

 belum kira lagi kerepek / chocolate / junk food ! HAHA

Friday, December 10, 2010

alhamdulillah :)



alhamdulillah, result exam beyond my expectations :) 

tak de lah gah sangat, xhebat mana, just certain subject, bukan, semua subject grade dia bukan macam yang i ramalkan. ada subject i ingatkan setakat C then check tadi dapat B, ada yang i bajet B- alih2 B+, and ada subject i mmg agak dapat B aje tapi alhamdulillah A rupanya :) tinggal 1 sem je lagi before abes degree, yeay ! :)

dengan erti kata lain, insya allah, apabila kita diduga, apabila kita dalam kesusahan, apabila kita dianiaya, kita akan diberikan kesenangan dalam hal yang lain. i still ingat, hebat dugaan i dapat time nak exam aritu. tapi i tau the best way is; duduk diam-diam dalam bilik study, keluar bilik bila perlu macam nak pergi toilet and makan, that's all :) orang sindir, mengejek, kutuk dalam facebook, tulis dekat notes, wall and blog, layankan ajo :)

tuhan kan ada :)

Thursday, December 9, 2010

result, grr !

 
alahai uitm, uat sesak nafas je la. sape yang sempat, sempat la check result tengah hari tadi time uitm bukak link untuk check result. i macam biasalah, selalu check kat mini transcript, tapi tak update. sampai la baru tadi bukak, haha, terus link check exam result dengan mini transcript dah close, then keluar notice ni.

oke, tunggu esok senang. sape yang dah dapat check, yang DL tu congratulations, yang ada failed, xpe, nanti sem depan usaha lagi :) result i ? HAHA ! nantikan kemunculan entry esok ! :)

Monday, December 6, 2010

biarkan aku jatuh cinta

haha, tittle nak makan penampar :D sekarang ni layan sangat cerita indon kan, dengan sound track dia sekali layan, ceritaaa.. kejap, tiba-tiba lupa, banyak sangat cerita indon layan, semua macam nak makan penampar, cinta kirana kot eh, cahaya , bukann, ke yg tv 3 tu, ah, yang tu lah senang cerita, 4 sure, sound track dia lagu ST12 ni, layan :)

kenapa i tengok cerita indon ?

ada dude harlino @ baim wong @ nanti i ingat balik nama asal dieorg
hero confirm handsome even dalam cerita macam nak sepaksepak je bodoh dia
ibu suka layan cerita indon tapi don't worry, nanti sampai tahap cerita tu macam bangang, confirm, ibu tukar channel lain, variasi, variasi ! haha
hero cerita indon banyak handsome, putihputih, tinggi, tough gitu, sexy, mbahahaha ! jangan kau jealous mky :p

tapi kadangkadang menyampah cerita indon ni, sebab

x cerita macam bangang, lembik, paling taboley bla "tunggu, pak biar saya jelasin dulu" "enggak pak, dengarin dulu".. so vavi la, dari merapu rapek camtu, kenapa la tak terus cakap "pak, eva fitnah sama saya !"
x indon kalau berlakon ternganga terlopong terjegil biji mata macam tunggu masa nak korek, ni confirm kes tak pernah tengok cite ibu mertuaku lagi ni, if tak, confirm takot nak jegil mata lagi.
x kebanyakan story dia, kejap pompuan yang cari pasal gedik, lepas tu nak pergi pujuk, laki pulak cari pasal mengada, bila nak habis camtu ?
x watak semua bodoh, senangsenang percaya orang. jangan lah drama kita macam tu jugak suda.

tapi, bodohbodoh pon, i pon bodoh pergi tengok sape suruh, haha ! ala, i dah frust la layan channel zee, cerita radhika tu slow sangat, jai walia pulak senang kena tipu, divya pon sama lombik, setahun tak habis lagi episod, lastlast.. hmm..

gambar hiasan T_T
oke, sebenarnya, tengah runnnnsing, iphone dah hantar kat machine, tapi, macam tak de harapan jugak. tapi ikot logik lah, dah memang battery iphone tu dah habis pon, cas tak dapat, memang la tak dapat turn on apek ! kot la battery dah rosak ke, ce kasik tukar lu. if battery rosak, cas seribu tahun pon xkan idop meyh ...

Thursday, December 2, 2010

bahana facebook

facebook bg i mainan paling kasar orang zaman sekarang. sape yang tak pernah addict dengan facebook ? confirm orang yang pernah ada facebook pernah sekali addict dengan facebook, ngadap, main game. kadang-kadang, xde ap pon, dok click sana sini, usha, lepastu dok mengutuk, ha, dosa kering !

aritu time pg buat report polis atas kes xxxxxxxx, polis tu pon ada cakap, ni lah BAHANA FACEBOOK ! ang pa ingat facebook tu medan luahan perasaan ? ang pa ingat facebook tu memang tempat cari kenalan sampai semua la nak approve. ok, ok, tu hak masing-masing. tapi bab medan meluahkan perasaan tu, silap besar la..

luah perasaan, mention nama, alamat, pekerjaan, lagi cari pasal nama dia. dok ugut bunuh, tulis nak katoq or bahang orang, sorry bebeh, ini malaysia. perangai orang pulak tak suka cakap sorang-sorang, bawak geng berani la, bila sorang, kecut perut lutut, bila dengan geng, fuh, bagaikan juara bercakap. dapat pulak orang macam i ni, suka print screen facebook orang, mmg carik pasal laaa, hehe..

tak kira lagi dengan bini orang, dah macam tak de kerja gamak eh. ada sampai anak bersusun 7 orang, tiap jam rajin pulak update facebook. komen pic duda sana, pic lelaki orang sana sini, status tak nak kalah, dah macam zaman 80 an je rasa, syahdu merindu bak bulan embun matahari, sayang menyayang, rindu-rinduan, chait ! jadah eh madah helah gitu mentang-mentang laki ang out stesen !

thanks for acknowledge kami ni well-educated person, ang pa kata belajaq tinggi la, cerdik pandai la, well, tenkiu tenkiu, auw ! sebab belajar tinggi dan cerdik pandai la, PDRM menjadi sandaran, thumbs up PDRM ! good job :)


ni ap motif pon i xtau sebenarnya. ingat lagi tak entry before ni ad footnotes i cakap nk saman-saman orang, macam best je :p. lagi pun kan tak keje lagi, meh la nak bagi keje turun naik balai court.. :p


NAK UPDATE STATUS FACEBOOK LA TU LEPAS BACA NI, busuknya dia HAHA !

Saturday, November 27, 2010

ingat !

tadi bukak facebook nak jengah ikan mky kot lapar ke sakit ke, nampak status dari facebook ♥ I Need Allah In My Life ♥ .. status tu sangat bagus, i akan guna untuk diri i n i harap orang lain pon boleh la renungkan jugak, oke ? :)

Imam Ash-Shaafi once stated; "Support me with your advice in private, and avoid advising me in public. Surely giving advice among the people is a kind of reproach, which I would rather not listen to. If you disobey and ignore my wish, don't be saddened if you are not obeyed."

renung-renungkan :)

Friday, November 26, 2010

stop child abuse


buat masa ni macam dah reda sikit berita pasal penderaan kanak-kanak dalam berita. baguslah kalau macam tu, and hope berterusan sampai bila-bila. kita pon pernah melalui zaman kanakkanak, tapi sekarang kita dah jadi dewasa means kita dah selamat melalui zaman kanakkanak.

mengajar and mendera dua benda berbeza. normal bila budakbudak nakal, macamlah kau zaman duludulu tak nakal kann. macam mana ibu ayah kita tahan dgn pe'el kita sampai besar, kena la tahan dgn perangai anakanak kita.

source : here

yang i xfaham sekarang kenapa budakbudak kena pukul sampai tak ada belas kasihan ? kenapa kena bantai dieorg semua sampai hentak dieorg kat dinding ? kenapa kena debuk dieorg macam la dieorg tu budak besar yang boleh tahan bila kena pukul macam tu punya kuat ? tak pk ke boleh rosak organ dalam bila kena bantai macam tu sekali ?

tapi satu yang kalau boleh i sendiri tak suka dengar n i tak nak dengar ialah penderaan emosi kanak-kanak. if penderaan fizikal n seksual, itu semua realiti yang ada dalam paper.penderaan secara fizikal memang senang nak detect. tapi penderaan dari segi emosi atau senang cakap penderaan mental, anda boleh detect ? bagi i, penderaan emosi lagi bahaya sebab i rasa dia boleh memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan mental.

source : here
effect kepada penderaan emosi, kita boleh tengok kanak-kanak itu mengalami kemurungan, selalu resah, selalu mengasingkan diri dari orang lain, and ada setengah kes, kanak-kanak menjadi terlalu agresif kesan kepada tekanan yang diterima.

contohnya, apabila berlaku penceraian diantara suami dan isteri. di saat itu kanak-kanak mengalami proses peralihan yang menjadi punca kepada penderaan emosi seperti, ketika proses keluarga asal mereka berpecah, proses penentuan hidup mereka samada perlu tinggal bersama ibu atau ayah sahaja, proses untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bersama keluarga tiri seandainya ibu/ayah berkahwin lain sebagainya. keadaan di mana adik beradik rapat terpaksa dipisahkan juga satu penderaan emosi.



oleh itu, ahli keluarga sendiri mungkin boleh membantu kanak-kanak dengan memberi perlindungan yang sewajarnya dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kesan penderaan emosi terhadap kanak-kanak. pihak berkuasa boleh memainkan peranan penting terutama dalam memberi perhatian lebih untuk mencegah penderaan ini.

sekarang, apa korang semua patot buat adalah sokong kempen "stop child abuse" by UNICEF. click image unicef kat bawah ni, then register utk menjadi salah seorang dari 100,000 rakyat Malaysia yang menyokong untuk menghentikan penderaan terhadap kanak-kanak.

unicef

tak susah untuk register. first, isi borang ni..


then dah settle boleh design "tangan" anda.. dan ini i punya tangan ! yeay !


jom sokong kempen ni ! kasi cecah 100,000 ! :)

Thursday, November 25, 2010

cuti cuti cuti

bangun tido
mandi
breakfast
tv
dapur
tv
lunch
tv
mengunyah
tv
makan
tv
mandi
tv
mengunyah
tv
tido.

rasa macam harihari layan tv tiapmasa makan. tv plak skrg manjang kat channel 820 keatas, sebab ap, tengok sukan, sampai satu tahap melampaulampau gaya nak sokong team malaysia, haha ! makan plak, yang heavy tak layan, dok kunyah jelly, koko crunch, mendalah kecikkecik macam kuaci, ha, gitu lah, masalah. 

kalau gini lah gayanya hari²maw boleh gila ! duh. nak tgk movie, perintah berkurung still berkuatkuasa, nak buek camno, dah nasib. harihari layan mky yang ad penyakit xbrape nak btol tu, siyes, makin lama dia makin, em, IRRITATING ! kalaulah ada ubat nak kasik kat mky ni, beribu ak sanggup abeskan, haha`.

mky, ang toksah nak gatei sangat la ea, skali i debik, tau la betapa gagah perkasanya fatin nabila :D



em, rasa macam nak jana pendapatan lah, aser macam nak saman orang je, pendapatan tanpa perlu berpenat lelah, aci tak ? lalalala`

Saturday, November 20, 2010

merry-go-round

ingat dah habis kisah kat melaka, kat kerteh dah tak ada. rupanya ada lagi. tapi kat kerteh ni, dia syiok sket, thrill habis ! mencabar pon ada. haha, tapi mematangkan lebih sket la. haa, ada la tuh nak complaint statement ni, pg maen jauhjauh gih :)

kat sini, boleh prasan, sape sebenarnya yang tak ada manners dengan yang ada. ada pihak, bercakap pot pet tanpa henti sedangkan dia tengah pusingkan cerita. satu pihak lagi tak tau apa cerita main soundsound. satu pihak pulak main terjah sukasuka hati dengan alasan memberi nasihat sedangkan tindakan tu memalukan ! satu pihak lagi, yeah, iaitu i  n si angah, tak payah cakap banyak sangat, psycho sudah, xpayah nak sound or apa, kita guna tactic kasi firm dulu semua, guna procedure betul, yang penting, keselamatan terjaga ! oyeah :)

senang cerita, hal macam ni orang luar xpayah masuk campur pon tak pe kot esp yang tak tau menahu, main sound, main terjah, main nasihat, memalukan meyh ! jadi pemerhati, oke ajo. kadang2 kita nak tegakkan kredibiliti kita, konon kita di landasan yang betul, ada kelas gitu, tapi, bagi i la, ada caranya kot if nk tunjukkan macam tu. terjah, sound, sindir, sama je macam orang lain nanti :)

tutup kisah atas, yang penting, jgn asyik ngate orang nanti kena diri sendiri. i pon dah kena dah, haha ! dok tuduh mky sana sini, complaint manjang, sana xcaye, sini xcaye, itu xbtol, ini xlogik, sekali, ambikkkk.. dah tuhan nak kenakan, dah tuhan nak tunjuk, dah tuhan nak bagi rasa apa perasaan orang bila mky kena kata macammacam, dah dapat, sedihnya la hati.. padan muka kau patin ! agagaga` :) ampun mky !

rindu nak tengok muka CUAK ni lagi. lagi dua bulan boleh tengok balik kot ? :D

dear mky.. imy &  i u ! :')..

Thursday, November 18, 2010

i sebagai blogger

i sebagai blogger sungguh berbangga bila blog i ada silent reader, haha. i sebagai blogger cukup gembira apabila orang ambil berat tentang apa yang diperkatakan. i sebagai blogger sangat teruja bila entah dari mana datang tak berjemput mula memperkotak-katik kan segala jenis penulisan yang i sampaikan. 

TETAPI

i sebagai blogger kalau boleh nak orang tahu blog adalah hak milik setiap insan *tibetibe* HAHA ! xlah, blog adalah hak milik tuan belog la. i sebagai blogger juga mahu mengingatkan, tidak kisahlah apa yang owner belog tuliskan, hakikat, kita tiada hak untuk mempertikai. i sebagai blogger juga kadangkadang naik hairan, kenapa orang yang langsung tidak ada kaitan sibuk hendak bercakap memberi komen dengan lantang.

HAKIKATNYA

i sebagai blogger sedar 80% reader belog i semua orang yang i tak kenal n i berani jamin, kebanyakan blogger, dieorg pon semuanya tak kenal kebanyakan reader dieorg, kenal pon as blogger jugak la. i sebagai blogger yakin kebanyakan blogger buat belog just for fun, bukan untuk di ambil serius oleh manamana pihak. i sebagai blogger juga mohon maaf andai belog i buat orang yang tidak ada kaitan terasa hati even i xtulis untuk orang pon.

KESIMPULAN

i sebagai blogger nak para reader, stalker ke, apa ke, hormat la hak i sebagai blogger. i sebagai blogger cukup tak berkenan kalau ada orang sibuk soalkan credibility sebagai blogger even i yang dipersoalkan or kawankawan blogger lain. i sebagai blogger kalau boleh dah tak nak dengar la orang complaint apaapa pasal belog ni. if xpuas hati, silakan lah buat belog sendiri. if xtau, i yang sudah menjadi blogger selama 2 tahun lebih boleh tolong sediakan tutorial persediaan nak buat belog.

AKHIR KATA

1 malaysia. * pengsan * HAHA !

the curve, haha !

i pon tak mati even korang buat macammacam since bulan  august masuk pon. steady je, cool ! korang je, kena sekali, terus, pom pang kebaboom tak tahan :).. sape lagi kuat dari sape ? mestilah i. lalalala`.. kesian pulak dieorg ni.. fatin nabila memang hebat, tak perlu menjadi kumpulan luncai dan 3 labu untuk menang, sorang pon boleh tahan. :)

cursed my family ? alhamdulillah. sumpah lah. atleast, i tak buat apaapa salah. yang buat salah, orang yang tak habishabis bukak mulut, bercakap bagaikan juara la konon. hakikat ? hahaha.. yeah, thanks doakan i, atleast, i tau, ada orang luar sana yang selalu ingat pasal i, doakan i, thanksss ! :) nah, ambik, speacial kiss, mmuahhh ! hahaha..

lain kali, jangan ada niat nak singkirkan orang dari rumah. see, kan orang dah halau dari rumah. i xkesah, lama dah tau, korang tu :).. bila kita ada niat nak buat jahat kat orang, confirm kena balik kan. hari tu sakitkan hati orang, berbulan lamanya orang diam, sekarang, baru kena sikit, dah bising kecoh sana sini. kesian lah korang, belajar lah untuk  menjadi tabah, menjadi kuat ye, jangan lembik sangat tau :)

be seterong sterung stering awek IB ! auw :)

Wednesday, November 17, 2010

kalau rasa gembira, tepuk ?

sukanya dalam hati.. lalalala`.. 

eh, semalam mimpi pergi repair iphone. oh, rindu sangat kot dekat iphone tu. tapi yang pelik, lepas repair, belek2 iphone tu, 3gs dah jadi 4.. apekah ?

hahaha ! tak cerdik punya mimpi.. :d

poor you :)

desperate ? nak orang acknowledge kehadiran ? i don't think so. kalau diberi pilihan hari tu, better xpayah ambik korang bertiga masuk rumah, tapi, menghormati keputusan housemate sorang lagi, so accept. sape yang datang kat sape kan ? plus kesian, anak sapa dok merempat tak tentu hala xde tempat, tapi silap, tak sedar diri rupanya.

hati busuk ? hati siapa yang busuk ? manjang nak mengata kat facebook ? orang sepatah tak bercakap, tak buat apa, diam, dia xberhenti bercakap. apa ? SUMPAH XDE CAKAP PAPE ? BILA DAH TUNJUK BUKTI BARU LAH, SORRY ! makan lah sumpah tu kan, biar terbalik sumpah tu.

mind ur words ? alah, kau tak pernah pon jaga kata2 before, main sedap je berkumpulan bersepakat mengata, tu apa ? kira level paling baik untuk berkatakata macam tu lah ke ?

telinga ada, lain kali dengar, bukan setakat angguk angguk je bila orang cakap. tu lah, tuhan dah tarik 1 nikmat telinga tu kan. orang cakap,  ANAK YATIM  TAK PUTUS HUBUNGAN DENGAN ORANG MATI, DOAKAN KESEJAHTERAAN lagi bagus dari bercakap merapu kutuk orang. tapi dia dengar, ANAK YATIM PUTUS HUBUNGAN. see, poor you. :)

otak dia yang xpernah berisi, muka bertalamkan err.. haha.. jangan hina anak yatim ? dah kalau anak yatim atas dunia tindas orang, sakitkan hati orang, aniaya orang, sepakat kutuk mengata, itu apa ? TIKET? hello, TUHAN MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI. if pandai sangat nak cakap pasal agama, so, fikirlah, GOD KNOWS EVERYTHING.  nak tipu dunia, tipulah, tapi tuhan dah sedia tahu pon.
i hidup aman kot, sape yang tak tenang nak ambik exam, sape yang busuk hati, sape kan, sape.. if tuhan nak bagi petunjuk, if bukan sekarang, anakanak kau. kenapa nak carik orang dah mati untuk mintak maaf ? apa salah kat orang dah mati ? sape start carik pasal ? orang tua bagi nasihat tak nak dengar, orang tua nasihat, PERANGAI BIAR BAIK ATAS DUNIA, SEMBAHYANG, DOAKAN YANG DAH MENINGGAL LAGI BAIK DARI MENGUTUK FITNAH ORANG, bodoh ke tak boleh dengar ?

kesian.. if betul tahu baik buruk. orang xmatang memang selalu claim dia matang. bercakap tak tentu hala, padahal, DAH KANTOI. facebook korang, kutuk seranah SEMUA DAH PRINT SCREEN lah. tapi i baik, tak de nak expose semua tu. tapi pelik, APSAL NAK DELETE BALIK SEMUA STATUS TU ? TAKOT ? RASA BERSALAH ?

SAYUR YANG BERAIR BERKULAT DALAM FRIDGE tu, jadahnya i yang beli kan, transport pon xde nak pg jusco nun. sayur ijau tu biar berair, tapi, sayur purpley tu tau pulak bersihkan. FITNAH LAH, FITNAH. mana tau kat akhirat nanti, sayur tu sendiri boleh bercakap, sape yang pegang dia, sape yang beli dia kan..

ALHAMDULILLAH menganiaya i. terima kasih aniaya i. tapi i xsedih pon, tak berkudis langsung, sikit pon xde aser ap. orang yang bersalah je akan gelabah puyuh, delete entry sana sini, delete status sana sini. nape delete ? tuhan je tau. ALLAHUAKBAR. :)

aku doakan semoga mereka ni berubah, dah tak menganiaya orang lain, mana tau, risau jugak, kang suatu hari nanti, syok sangat luncai dan labu ni berpakat kenakan orang, ulang balik perangai, satu hari nanti, dia balik terkena, time tu xde orang tolong, orang gelak, orang sindir, orang fitnah, orang cakap macam, kesian pulak kan. bukak la pintu hati dia tuhan..

Monday, November 15, 2010

alhamdulillah

paper last untuk final exam berakhir dengan cemerlang gemilang tak berapa nak terbilang helaian answer booklet tu, haha. lepas, lepas dah, apa jadi lepas ni, terima ajo :).. 

sekarang dah selamat sampai kerteh. best gila rasa ! nampak signboard kerteh je tadi, terus lega. ape lagi bila nampak pagar rumah, bukak pintu rumah, bukak lampu bilik, mmg home sweet home bebeh. if macam ni, tak payah nak sibuk² pg melancong sana sini pon tak pe, melancong kat kerteh ni pon cukuppp :)

oke, nak pg layan csi. bye :D

Sunday, November 14, 2010

lalalalala`

ada jugak orang nak ambik tau paper i pagi or petang kan ? lala` :)
chow lagi awal lagi bagus kot ?

sebelum ni pandai buat orang sedih, sindir, kutuk, fitnah. luncai dan 3 labu kan bergabung kenakan orang, kenapa sekarang nak kena sedih ? nak kena tak tenang ? have fun lah macam biasa. sampai tengah malam borak selang 2 3 minit gelak. tengok tv samasama pasang kuat. kan dah xde dengar bunyi pintu tutup dengan kuat. walhal, bilik depan aser, dah nak tercabut pintu ntah hape. 

tuan rumah kena check dulu patot bil api air tertunggak, jangan ikut sangat kehendak refund deposit. umah even api air. entah betul sebab lambat bayar or tak bayar ntah hape. check sekali kerosakan kat rumah. aircond rosak ke, ape ke, bukan boleh kira style orang senang ni, semua nak rosak. 

cakap bukan main, "budak-budak tu bayar lama dah". last month bila sampai bil nampak tertunggak ada lagi, oke, boleh terima pakai lagi alasan bayar lambat. bil bulan ni sampai, eh, tu total tertunggak 2 bulan tu. ape ke bil 2 bulan lepas tak bayar ke ? if tak, bil bulan lepas pon xbayar la tu. seronok ke makan duit orang? 

untuk orang tak berapa nak senang, seringgit pon duit, nak dapatkan duit bukan senang, kena kerja.. lainlah kalau sumber tu pg kerja goyang kaki dapat gaji duit haram sampai bagi anak isteri duit haram, haih, mintak jauh la kan.. risau jugak, nanti someday, apa jadi kat keturunan tu nanti.. bawakbawak bertaubat ye makan hasil orang ni.. even minyak setitik pun, fikirlah, benda tu tetap hak orang. apetah lagi, cili ke, kicap ke, kan kan kannn.. share ? macam tak sama rata je :)

Saturday, November 13, 2010

most welcome :)

lain kali keluar dan dengar elokelok, fitnah lagi kat belakang, mengata lagi rupanya. cakap berapi, kawkaw simbah minyak kat budakbudak, tadi kenapa xbackup ? kenapa duduk diam dalam bilik tak berani ber'oyeah' sana sini macam sebelum ni ? tadi telinga dah melekat dengar, dengar la, orang tua i dah kenal dah i, mulut macam mana.

atleast, i xde la macam berlakon menjadi wanita sempurna, asalkan i jujur dengan diri dah cukup. xkan nya nak bercakap gebahgebah pasal puasa, pasal hubungan perempuan dan lakilaki, sedangkan, hakikat ? xpe beb, ak xakan bukak cerita yang aibkan kau, xakan la berlakon suci, even ak tau, kau lagi dahsyat, lagi expert. kau pon tahu, kau dah lebih dari batasan. if kau dah berubah baik, alhamdulillah, tapi tu bukan lah tiket nak fitnah plus mengata orang.

luncai dan labulabunya, xpayah la susahsusah delete status kat facebook ke memane ke, dah selamat print screen dah, sekali dengan komenkomen yang berjela tu. asalkan i dah ikot pesanan ibu suruh diam, dah, cukup.

dari bulan puasa i dah cukup diam, sampai sekarang, hati orang tua mana yang tak terasa ? if kau kena, mak kau nak duduk diam and tepuk tangan sambung gelak eherk eherk eherk je bila dengar ? mesti tak kan.. kalau ada, hebatlah :)

buatlah hal sendiri eh. terima kasih lagi untuk sebarkan url blog, even direct kepada manamana post ke, apa ke, xpe, i xdelete pon entry lama2, bacalah, sebarkan lagi oke ? up kan lagi total visitor, dapat jugak BE nuffnang ha :)

yang bercakap tu, pusing balik diri sendiri, rasarasa, sape yang berlakon baik bukan takat mata family, tapi semua manusia atas bumi ni ? check sikit nooo.. :) satu lagi, even orang tu kafir, jangan la mintak duit dari orang tu, padahal dulu dah makan kan bahagian sendiri. ingatlah. xabes dengan fitnah, mengata, kutuk,  ni nak makan duit haram pulak..

ape-apejelah. sekarang i dah kat rumah, happy gila ! cool je rasa. :) esok exam, nak study, yaw ! 


GOOD LUCK MKY

feel blessed :)

alhamdulillah, ada family, ada mky disisi. dah cukup kasih sayang dah, xde kes kurangkurang pon :). xde pon nak suruh sedar kehadiran, setakat hingusan, kita pon xnak dia ada di sekitar :)

orang gila xngaku gila tapi akan cakap orang gila. sama jugak dengan orang psycho, dia tak ngaku dia psycho tapi kata orang psycho, kesian kan.. :)

kalau la reti pk balik, pk la apsal duduk merempat dari dulu kan, kan.. pk balik, tiap kali mulut tak berhenti bercakap, mengata, mengutuk, datang sakit dah, tapi dah nama manusia, sakitsakit pon, tak berhenti lagi tu bercakap tak tentu hala. :) bercakap gebahgebah penuh keislaman..
terima kasihla baca blog, up sket traffic. yeah !


unstoppable

mari ramairamai join unstoppable, hebat, hebat ! ahh, jadanya i nk promote mlm kat sini kan. apa barang mlm. nanti dah habis belajar pon, i prefer penat lelah, jalan kaki, turun naik tangga kerja usaha sendiri dari join mlm yang memang dah sure tipu duit orang je lebih padahal yang dapat untung yang paling toppp sekali tu je, yang kat bawahbawah ni, tunggu je lah kan kot la ad orang nak join. eh, tibetibe emo kan ? :p

agakagak, staff ktm, monorail ke, ada macam sebelah kiri tu tak ? if ada, bgtau, nak apply part time nih ! - google


alkisah, pada suatu hari, ex-housemate time hostel dulu roger balik. si atiqah ni dah banyak kali ajak keluar, start dari premier new moon, time pg vacation aritu, calling2 ajak keluar, tapi, mmg masa tak sesuai. hari tu, dia msg, mmg nasib baik, i pon tengah free, i pon agree la untuk keluar and part best, tiqah belanja tix movie ! yeah. roger2 semua, yang jadi follow, si amien. padahal, dia nak cari air buble je tu, ;p

L to R - amien, tiqah, minah mana ntah macam xmandi, rambut pulak xbersikat, haha

kawan si tiqah. kata tiqah, coupley since diploma. si gf so-so comel perangai, membebel-bebel pop corn dah tinggal half before movie start, haha

hah, time kuar ni lah keluar ayat nak jual iphone tu, agaknya dia majok la tuh sampai rosakrosak, haha ! tengok movie unstoppable. oh, best, best, best.. dah lama xtengok movie sebenarnya.. xpernah nak adakan masa untuk kuar movie. kuar jalan, alih2, makan, makan, makan. lalala`. selagi boleh makan, makan la kan. kang dah sampai masa sakit, tak boleh makan itu, ini, haa, melopong. ;p

yang taboley bla, time tengok cite unstoppable ni, yang i nampak bila train tu laju tak ubah macam thomas azreen.. chunggington xmasuk order la, jauh sangat beza, hehe !

ajin & asu :) ololololo`

oooo, cepatlah abes exam.. macam nak fire suria muhammad, dia dah abes, dah sampai kelantan ntah ap.. tsk.. T_T

Friday, November 12, 2010

alhamdulillah

seronok tengah dok print screen statement orang mengata mengutuk memfitnah ni :) xpe. kita bukan jenis pengecut main cakap belakang, xperlu gunakan facebook medium untuk buat semua tu. insya allah. tuhan tahu setiap apa yang dikatakan.

kalau hari tu orang cuba menganiaya kita, mungkin hari ini, dia telah dianiaya kembali ? 
fikirkan. :)


teringat pesanan mky, sekarang ni balasan tuhan cepat dah boleh nampak :)

tuhan bersama dengan orang yang jujur dalam percakapan, bukan sekadar omongan keagamaan sematamata, tetapi biar penuh dengan keinsafan.

alhamdulillah. bukan senang nak dapat nikmat bersabar even dah baca macam2 ni dari dulu lagi xberhenti. alhamdulillah, alhamdulillah. semoga selamat hidup mereka dunia akhirat.

cuma, satu je musykil. orang cakap, jangan berbuat jahat pada anak yatim, tetapi, apa jadi, kalau anak yatim tu sendiri atas dunia buat jahat pada orang, mengata, fitnah, memburukkan orang, berniat jahat, macam mana tu ek ? ada effect tak pada orang tua dia yang dah meninggal tu ?


semoga arwah orang tua berkenaan tuhan rahmati. semoga kesakitan yang anak dia berikan pada orang lain atas dunia ni tidak menyakitkan arwah. apa punya anak la..

in memory, :')

sapesape yang member dlm facebook i, confirm lah dah baca notes belasungkawa yang i coretkan, auw ! unless, office kau kena block internet.. fuh, tepat kena kat kau lynn, hihi.. bak kata puan mimi, ex lecturer law i, disuruhnya i patentkan story tu n story tu boleh jadi hangat lebih hangat di pasaran.. oh puan mimi, sedang ak bersedih ni, dikau sungguh mencuit hati, haha..

gambar terakhir 'my late' baby snap before ia pergi meninggalkan ak

xtau lah either iphone i tengah koma or dah meninggal. nanti lah, ada masa, pg cari iphone outlet terus. tak kan merajuk kot, baru malam sebelum tu, terlepas cakap nak trade in kan dia, tup tup, xsampai 24 jam, terus keadaan kritikal then meninggalkan i selepas subuh keesokan hari.. duh.. why, why !

dah la esok tu nak exam, mana xgila i pukul 5 pagi baru start bukak notes chapter 1, pkol 215 petang tu nak exam, kau ingat sempat nak study ? jawab exam soalan sampai 50 markah guna logic akal, mintak2 lah lecturer kasi markah lebih afta baca surat cinta kat page belakang sekali, haha.. please, please T_T

skrg, iphone dah selamat ak kotakkan kembali, menunggu masa untuk dia balik ke tempat asal dia.. sabar je lah pakai computer kecik ni, kata orang maxis la.. iphone bukan handphone, iphone computer.. maxis take time 3 minggu nak repair, ceh. apa barang ada branch kat melaka if semua nak refer kl. baik bukak kiosk je camtu. 

ok, bye. nak study socso. eh, ada good news la, story laterlater la eaa :)

Tuesday, November 9, 2010

ikan bakar parameswara

kisah, sehari sebelum i pergi londong aritu, si kakak ada la singgah melaka kejap.. plan asal, kejap je singgah sebab hari pon dah lambat, nak balik takot sesak pulak nanti dah malam tu ada final bola kelantan vs negeri sembilan. tp, i xde feel pon pasal bola ni, xtau kenapa, bukan sekarang kot feel tu nak ada, :)

suppose beli barang ajo kat jusco, then plan jadinya pg makan kat umbai.. lama dah xpg umbai ni.. sebelum2 ni if pg, mmg makan kat umbai terapung aje, xmakan kat umbai darat.. atas request kawan si kakak punya kawan, nak pg makan serkam, tapi, hahaha, xtau jalan meyh ! last2, sampai la kat umbai darat ni..


order butter prawn, ikan pari bakar kosong, ikan siakap masak stim, sayur kailan, sotong goreng, fresh orange 1 jug, layannn.. nasik jadi xlaku, dok bantai semua tu, berlebih2 nasik, hehe..


kawan kepada kawan si angah ni, duadua petite, esp yang baju biru.. dieorg ni doktor baru balik malaysia tapi perangai, duh, T_T.. ni kalau patient datang hospital ni, mau aser nk cobit2, mulut pot pet, makan, dahsyat.. selalu camtu kan atas dunia ni, orang yang cerdik pandai n kaya down to earth, yang biasabiasa pandai n xde hebat mana, melampaulampau perangai :)



sudah makan.. balik ! sapesape xpernah pg lagi, boleh la try pg sini, sodap ! weekend better booking la, if x, mmg susah la nak dapat table. n siapsiap packing barang, duh, 4 beg sekali haa.. dah la beg trolly ada ngan si kakak lagi, patah la tangan bahu semua nanti.. oh yeah, mky, nanti kite pergi makan umbai eaaaaa ... :)


peminat kan suka baca belog i diam2, siap share2 url lagi kat facebook, cakap la nak tau update pasal i.. hihi`

Monday, November 8, 2010

disable click-to-enlarge images

before this, i ada buat entry bgtau mana nak cari if nak disable right click and disable highlight text. sebenarnya, if kita pakai 2 technique tu pon, if orang click kat gambar, pic akan kuar kat window laen then boleh save jugak kat situ kan.

pernah pk jugak pasal ni sebelum ni. then td, tokey manik call tanya macam mana nak buat itu ini. tokey manik ada masalah sebab, biasalah, perempuan.. manamana perempuan akan ada lelaki berminat n tertarik kan. alkisah, lelaki berkenaan minat kat si tokey manik and si tokey manik risau, guy tu selalu usha belog si tokey and usha pic si tokey, auw !

kata si tokey manik, guy tu pelik sket, n dia risau sangat. bukan nak buruk sangka atas orang, tapi, i do believe, BURUK SANGKA WALAU SIKIT ADALAH SANGAT PERLU dalam hidup kita ni. tak boleh terlalu berbaik sangka okeh ! tp, buruk sangka sorang-sorang la, bukan suruh buruk sangka then jaja cerita xbtol ye :)

oke. mari kita mulakan, acewah. try click pic bawah ni, akan keluar window lain kan, kan. xpayah tekan pon xpe, pg je kat picture ni boleh nampak cursor berubah jadi bentuk tangan yang bermaksud pic tu boleh ditekan.


untuk tokey manik yang takot pic diambil dan dibomoh suek kan, buat camnih oke :

bila upload picture, html code yang keluar confirm macam ni.. i ambil contok pic kat atas tadi.. pic atas tadi namanya IMG_0063


cik tokey manik delete text yang berbold dan berwarna kemerahan auw tu, then try publish entry tu.. bila delete yang bold merah tadi tu, pic akan jadi macam yang kat bawah ni..


yeah. dah xboleh tekan pic tu dah. :) oke. kepada si cute cun cantik or pohotographer boleh la try, biasalah, sekarang kan, ramai orang jahat yang selalu self-proclaimed hak milik dia la, apa la. nak letak watermark kang, pk sepuluh ribu kali pulak, design mana cantik, nak warna apa la, bentuk apa la, senang cerita, nah ! :)

oh. tu pic i n mky bersama sarra si pau goreng anak kepada sufy ismail. haha. eh, budak ni ada join contest fb kat page FUNTORA. meh nak iklan sat. those yang ada facebook, pleaseee, VOTE VOTE for SARRA :).. macam mana nak vote.. camnih..

1st, pergi kat page FUNTORA -- click , then LIKE page tu.

2nd, afta dah LIKE PAGE FUNTORA, click sini untuk terus pg kat pic sarra..

3rd, settle. THANK YOU :)

Sunday, November 7, 2010

muhasabah diri v.2

well, sekarang nih, dah dekat diri dengan tuhan, dah rasa macam tenang sangat, serius :).. kalau dulu boleh jadi macam si katy perry, kejap hot kejap cold, hot and cold xbrape nak stabil, sekarang, dah jadi ala2 bep okeh, coooooolll, i spend my time just thinking thinking thinking bout you.. :)

ahah, tak de lah, thinking bout god la maksud i.. selalu ingat tuhan.. auto boleh jadi penyabar.. mana pernah fatin nabila jadi penyabar sampai sekarang ni ? penyabar bila mky cari pasal, penyabar bila difitnah, penyabar bila disindir, penyabar bila dikutuk ? yes. if selalu ingat tuhan.. if percaya tuhan sedalam hati, insya Allah, semua orang mampu buat :)

nak dapat feel sabar bukan sekadar lahir dari kata-kata yang melambangkan hati suci dan murni semata-mata, seperti "sabarlah, doakanlah dia berubah" "doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan". yes, semua tu betul, tapi, it is too cliche, semua orang tau benda basic, tapi nak apply dalam hidup tu susah.. sangat susah..

perbuatan, percakapan, perkataan, 3 different things.. kalau kita behave, kita buat suruhan tuhan, allhamdulillah, bagus sangat.. tapi perbuatan tak menjamin percakapan yang dilontarkan, xmenjamin perkataan yang diutarakan dan diselatankan xpon kutub diganggu menjadi ketimuran atau terlebih kebaratan.. oke, nonsense mata angin semua ni.

dan sekarang i jadi lagi paham 1 hal ni. berdiam itu sangat-sangat-sangat lah bagus. bukan sikit, tapi, OMG, diam selesaikan masalah, believe it or not. :). diam bagi ketenangan, diam bagi kesenangan, diam ajar kita untuk menjadi lebih redha, diam menunjukkan lagi kematangan, n paling penting diam memberikan kemenangan yang paling besar.

i selalu ambik benda positif dari orang yang terbaik ada sekeliling i.. angah pesan, kita xde hak nak hukum orang, tuhan lebih mengetahui apa je ada dalam hati orang, it is counted n biarkan ALLAH S.W.T yang hukum..

si angah ni, katy eyed peas, msg before tu oke je dia cool, pastu, dia hot, pastu dia cool balik then cool poreber, haha..

mky pulak selalu ingatkan "balasan tuhan cepat je sekarang".. mky xkira time i senang or susah, selalu sabarkan i, even baru ni i n mky kena fitnah, mky sabar sangat, ikot hati, ikot rasa marah mmg nak hambur, tapi pk balik, xapa lah.. sampai bila-bila pon memang mulut orang xakan berhenti, if kita marah, nanti orang suka sebab kita layan, so, kita diamkan aja kan ? :) love u mky :)

paling tidak, bila kita sedih or marah, kena ada orang di sekeliling yang happykan kita kan.. alhamdulillah, the best best best best friend yang i pernah ada, :) sape lagi, auww, girlfriend uitm.. sufy, lynn, fyza, aty.. even kadang-kadang ad yang busy kerja, tp, mesti lah ada salah sorang yang style kepala masuk air nih, coolkan i.. kalau si sufy dah start cite kesah kolej redang, sampai bila-bila i senyum sorang.. selalu sangat dah, tulis lain, lain respond dapat, haha.

ak update status pasal 1 kemusykilan, respond dapat suruh call ambulans, motif ? haha
haha.. siyes, time nih hati nak panas je, terus call pak guard, kau ingat kau besarrr sangat pak guard nak entertain ? tapi mmg pak guard layan aduan rakyat pon, lalala```

 dydy abdullah pulak, ex housemate yang so-sooooo cool ! si cantik yang baik hati, even datang dari family yang sangatlah senang, tapi down to earth, treat people sama rata.. even perangai pon macam syialll, haha, tapi kalau ada apa-apa masalah, dia selalu ingatkan i dengan ayat positif, bukan membakar and latest, "tin, sebelum tidur maafkan semua orang tau"..

masa berkecil hati aritu pon, difitnah, sedangkan, ada saksi, xada apa jadi, tapi digembar gemburkan, disalahkan, diperkatakan seperti i bersalah, tidak menghormati kehidupan orang lain.. alhamdulillah, ada kawan-kawan sekolah yang bercakap dengan waras. yang respond semua bercakap dengan positif, xde pon ayat menyalahkan pihak lain. 

rezeki si jaa ni pon makin lama makin murah.. orang cakap macam2, last2, rezeki semua tuhan bagi.. dapat kerja baik, tuan pon comel cantik, dah ada harta sendiri.. alhamdulillah :)

apa pon, alhamdulillah atas nikmat tuhan bagi, i ada kawan-kawan yang sangat baik.. terharu, sampai i nanges, n skrg pon i nanges.. alhamdulillah..  :')

Friday, November 5, 2010

sesi muhasabah diri :)

adakah i berhak untuk judge orang ? - TAK BERHAK.

boleh tak if i tengok orang, i claim orang tu senonoh or baik or whatsoever ? - TAK BOLEH

adil tak kalau i tengok luaran orang tu biasa-biasa, then i pon cakap dia biasa-biasa. bila tengok orang yang hebat-hebat pulak,  i cakap dia hebat, adilkah ? -TAK ADIL

siapa i nak tentukan orang tu berbudi bahasa tinggi, berakhlak mulia, sopan santun, n bla bla bla - I MANUSIA BIASA.

conclusion :

i kena tutup mulut, i harus hormat semua manusia ciptaan tuhan n i rasa, i xperlu judge orang based on appearance only. i xperlu bg kata putus, tak perlu olah setiap orang kerana i rasa, manusia deserve second chances. manusia tetap manusia, punya hati, punya perasaan, punya keinginan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. 

selagi seseorang manusia tu punya niat yang baik, tak kira ambil masa lama or cepat, benda yang dibuat dengan ikhlas lebih bermakna dari lakonan yang penuh dengan sikap berpura-pura. jujur dengan keadaan lebih baik dari penipuan duniawi, penipuan hati, penipuan sesama manusia malah penipuan kepada diri sendiri.

insya allah, semoga niat baik i akan terlaksana suatu hari nanti dengan penuh perasaan ikhlas, dengan hati yang rela, khusyuk dan yang paling penting TANPA SEBARANG PAKSAAN dan cubaan melakukan PENIPUAN kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

thank you. :)

Sunday, October 31, 2010

bye :')

bye everyone.

i'm going to London.

sorry for any wrongdoings.

pray for my safety.

Thursday, October 28, 2010

buatmu sufy ismail

ampunkan aku supiah ! hahaha.. tak ku tau rupanya kau menunggu kasut rebenku, dengan bahagia aku tidur berbantalkan nota untuk exam yang bakal menjelang sabtu nanti, agagaga`.. ha, nah, nah.. dengan sepantas kilat ak transfer pic then upload pastuh buat entry ni, special untuk kau ONLY, haha !

ad less 10% piey, ajak daoh g kuantan gih. :)

kepada SUFY ISMAIL dan juga LYNN RAMLI, terimalah hakikat :

ak dah ada kasut comel-comel auw sekarang ni

&

kasut comel-comel auw ak ada tali ikat bentuk reben


dah. sabar. nanti ak pakai ak snap ak taruk sini tauuuuu ! :)

hai mhi

HELLO

KEHADAPAN MHI :

TAK PERLU KOT GANGGU
TAK PERLU KOT KACAU
TAK PERLU KOT SPY SPY
TAK PERLU KOT TAKUTKAN

    I NAK EXAM.
    EITHER SURATAN OR KEBETULAN, NO KOMENG !

    4 SURE.

    DIAM TAK BERMAKNA TAKUT.
    DIAM TAK BERMAKNA KALAH.
    DIAM TAK BERMAKNA LUPA.
    DIAM TAK BERMAKNA DIAM POREBER BEBEH.

      DAH.
      PAPER I LAGI 40 JAM. 
      PERGI BELI JELI KELAPA KAT GERAI KAUNTER RIVER CRUISE
      AND MAEN JAUH-JAUH LAH.
      I NAK STUDY. 

      BYE.

      god gives, god takes.

      sorry, kata rindu entry emo emo ak.. susah-susah je google kan cari keyword fatin baharum la, fatin nabila la, google guna nama sendiri la, or yang de kaitan ngan ak la semata2 nak carik blog ak satu lagi tu ya, kesiann :)

      ok, ok.. entry emo berulang kembali di sini memandangkan anda gian untuk membaca. :) bukan anda seorang, boipren anda yang lanun tu pon gian kan sampai nak lagi baca belog ni ha, check2, auww, ad visit rupanya, lalalala`

      macam ni lah. memandangkan encik dan cik berdua dah berumur, buatlah gaya orang yang berumur oke ? saya tau cik tengah up to something skrg, nak sisihkan saya dari tempat tinggal saya, berkomplot dengan yang lain untuk kenakan saya sem depan, sedangkan apa motif cik pon saya tak tau. cik cakap dengan saya pergi discuss dengan mereka ap sume, dengan mereka, cik plan nak lock sana, lock pintu bilik cik sekali kan xnak dihuni oleh rakan saya, dengan mereka cik ada minta mereka discuss dengan saya ?

      terima kasih cik kerana berbusuk hati sedemikian rupa. sedangkan sepanjang cik tinggal bersama, xpernah saya buat cubaan, fitnah, perancangan untuk mengusir keluar cik or apa sahaja. mentang-mentang cik dah nak grad, cik plan macam2 nak kenakan saya. cik ingat saya xtau ? maaflah cik, saya fatin nabila.

      saya dah baik menegur cik, apa semua, konon nak exam dah kan, kot lah cik pon nak bersihkan hati belajar dengan tenang untuk exam ni. tp, saya xsangka hati cik begitu busuk. alhamdulillah, dalam geng yang cik komplotkan itu masih ada satu hati yang bersih yang kasihankan saya, kerana saya hanya berdiam diri, saya tak bercakap bergelak macam syaitan macam cik ketika mengeluarkan idea-idea jahat itu.

      sesungguh cik, cik pon dah besar, xperlu ulang banyak kali, tuhan maha adil cik. tuhan maha besar, tuhan itu sangat kaya. tuhan tu tau sangat. bila cik plan macam ni pada saya, tindas saya, saya mohon kepada tuhan, supaya tuhan berikan ganjaran setimpal atas semua yang cik dah berikan pada saya. alhamdulillah, cik, saya tak buta, saya tak pekak, deria saya semua masih berfungsi.

      hari ini cik buat saya. cik aniaya saya. ANIAYA. insya allah, hidup kita semua panjang. zaman universiti cik berjaya aniaya saya, zaman akan datang cik, if cik di aniaya, anak cik dianiaya suatu hari ini, CIK INGAT LAH SAYA TIME TU. ingat cik, ingat.

      pergilah canangkan url blog ni untuk tatapan semua kawan cik, classmate, rakan virtual cik, canangkan. kalau wakil cik baca, fikirlah, korang semua dengar dari seorang, dari ak, korang baca je, adil ke untuk korang judge ? kalau ye pon nak jaga hati kawan, ikhlas nak teruskan hubungan perkenalan dengan kawan, fikirlah, apa sepatutnya yang dibuat. aniaya orang tu best solution ke ?

      hidup berpusing cik, berpusing sangat. hari ni cik kat atas, cik mewah, cik senang, cik gelak gembira, semua cik nak cik dapat, saya yakin cik, suatu hari nanti.. yakin sangat, hidup cik boleh ada kat bawah, cik fitnah saya macam2, saya diamkan xbawak pergi kampus pon hal, kalau ada rakan terdekat sebagai tempat saya luahkan perasaan. kat kelas saya dengar dari si anu si anu apa cik cakap suatu masa dulu, saya diamkan.

      paling marah, saya tulis kat blog, sebab 30% je reader blog saya kenal saya, yang laen xkenal.. so if cik baca, itu hal cik, tp 4 sure, xde orang pon boleh kenal watak cik.. tapi cik ? jaja cerita satu kampus, housemate si anu pon bagitau saya apa cik ceritakan, walaupun saya dah kurang rapat dengan si anu, cik jangan ingat si anu pon jahat macam cik, maen taram je cakap pasal orang, si anu tu baik, dia tanya saya balik cik, xmalu ke ?

      cik dah tua berapa tahun dah dari saya. sudah lah sakitkan hati saya. saya tak sentuh satu benda pon yang ada pasal kehidupan cik pon dah cukup. buat encik bf kepada cik, encik pon nak kahwin dengan dia kan, bimbing lah bakal isteri encik ni. jangan setiap masa kat blog kat facebook nak cakap meraban je, nak gelak je, ada masa fikirlah. fikirkan bakal anak encik dan cik suatu hari nanti, dianiaya, apa perasaan cik, nak gelak ke tengok anak sendiri kena aniaya ?

      ya allah ya tuhanku, tabahkan hati aku dengan dugaan begini. lusa aku dah nak exam. berikan petunjuk kepada orang-orang yang aku maksudkan ini ya allah. SUMPAH DEMI ALLAH, ak sangat sedih, ak sangat terasa hati, ak sangat kecewa dengan manusia yang ada dekat dengan aku sekarang ni.

      moga tuhan berkati hidup kalian. good luck exam.

      lalala`




      :) + :D + :P + :')


      marilah breakfast dengan cekodok ikan bilis bercicahkan kicap yang telah dicampur dengan air limau plus cili penyek penyek penyekkkk kasi pedas :)

      apsal upload2 gambar skrg sume pepandai je rotate nih, tsk`