Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Thursday, December 31, 2009

gov vS private

asal kerja jadi guard, muka nak kena ketat la? if xketat, uat muka macam umah xsiap. besenya staff gomen la mcm ni. ade je cari pasal dengan orang. kita paham, kita tau la awak bertugas, tapi, atleast, language tu kasi la ada.

if orang menengking² time bercakap, xhormat, ley la awak nk layan camtu. ni siap bagi salam, tanya elok², nada slow motion, ley nak uat kerek. mak kandung nak melawat anak dia baru bersalin kot, bagi je la. ada plak rule dia 3 minit je, melaka-kerteh pon 5 jam tau x.. nurse xde plak bising² lam tu tgk, elok je tegur sape, guard apsal? ade mslh apa?

guard hospital private laen, oke je. bukan nak suh beramah mesra, salam peluk cium apa, bila orang tanya, cakap elok². ni la masalah, tetiap taon, "beratur bungkusan" sibuk mintak naik gaji, mintak bonus utk staff kerajaan. dah bagi, ade bagus servis kasi? sama je.

bukan semua guard mcm tu. guard kat hospital sini mcm tu. yela, hospital tempat korang punya tempat bagus. kesian kan kat ak cepat kena soudn. (T_T)

melaka, see u later² ya!

belum lagi 24 jam, xsempat nk panaskan ontot, dah balik ke pangkuan kerteh. si along tiba² bersalin, supposed due 23/1/10, tp, smlm, 30/12 dah bersalin. semua kelam kabut, xpernah² ak berlari lam jusco, smlm berlari! haha.

alhamdulillah, azreen dapat adeq laki. :). nasib baek blajar kat melaka, if kt perlis ke, perak ke, xke naya nak balik kerteh balik. bertuah punya bby, xmenyempat nk kuar ni. nasib baek dan belikan semua barang sekolah adeq, barang sendiri, xpela, laen kali boley.

if azreen dikira adiah chinese new year, kali ni, adiah new year. if azreen ley gak nyanyi lagu raye cine "chan, chan kong chan" [konon lah bunyi], adeq azreen, lagu new year? err, xde lagu.. xpelah, mari berselawat. (-.-) <- insaf.

nama adeq azreen pon xtau lagi. ikot atie ak, nak kasi letak nama muharram, lahir bulan muharram kan. cam syok je tgk cite ahmad albab. kot la dah besar, ley gak panggil, "muharram oo muharram, meh minum susu, jangan nakal² muharram, belajar rajin² ye ramm".. kalau la.. haha.`

Tuesday, December 29, 2009

kerteh, nanti saya rindu awak!

semalam, habiskan masa sepanjang hari dengan adeq n ayah. ibu? ibu kata, duk umah lagi best. haisyoo. misi utama, mengabeskan ticket, setelah bertahun2 xguna pakai tix free. pagi g kl, abeskan masa layan avatar. omaigod, best! byk value boleh dapat dari movie tu. ape lagi, pg tgk skrg!

firefly? boley la. xpnah2 guna fy, bese mh. same je sbnrnya. eh, still xsama, laen, laen. tapi oke la, cuma harapan melampau kot la stewardess tu dania kan, xpon, kot la ade steward ley gak kenyit2 mata sket, last skali, hampa! lempang laju2, gatal!

esok pagi dah nak bertolak balik melaka. em, rindunya kerteh. sayang kerteh. cinta kerteh. ada apa dengan kerteh? ada ..... haha! siyes, akan rindu kerteh. bagi la bandar besar mana pon, moden camne pon, kerteh tetap di hati. :p. nama lagi tempat ak membesar kan, :)

Sunday, December 27, 2009

wahai jiran (T_T)

tinggal di kawasan perumahan ada baik ada buruknya. kalau baek jiran, baiklah kehidupan, tapi andai punya jiran yang tuttt, sengsara la masa depan.

hidup berjiran memerlukan sikap bertolak ansur yang tinggi. kita nampak, kita faham, kita boleh consider andai kata jiran memerlukan ruangan yang lebih untuk menempatkan segala harta keperluan. tapi, agak2 la kan jangan sampai orang laen naik bengang.

jgn jadi selfish sangat. come on la, kan dah sampai tahap pemikiran yang matang, fikir la. tp, mayb la terlalu bekerjaya sampai lupa nak fikirkan hal keselesaan jiran, oke la, ak halalkan.

yang paling buat naek heran, satu lagi punya hal, para2 guru yang muda lagi jelitawan. tau la korang pakai kereta TAW, tapi xyh la sampai parking tengah jalan + bukak pintu depan belakang bonet semua, kau kenapa, nak tayang?

tu perangai cikgu tu, cikgu. hari2 pergi sekolah nasihat anak murid, buat ini jangan buat itu, hormat orang laen semua, maybe rupanya itu sekadar identiti di sekolah semata, kat umah? melampau gila, memalukan!

dah tau salah sendiri bukan rasa nak alihkan kenderaan ke tepi. mulut potpet membebel xpuas hati. harapkan bedak 3 inci, lipstick merah konon berani? + tudung berbelit2 anak tekak lagi, tapi perangai, ishk.

kalaulah aku bawak kereta mainan azreen, mmg kau xpayah alih ketepi, aku yang gedabak ni pon boleh lalu lagi. adeh, dok berehi weyh bulih jirang lagu nih!

ak aser, nk amik cat, buat line parking lot banyak2 depan umah ni. then letak tiang kasi isi syiling bila nk parking. sejam RM5, ad brani?

Thursday, December 24, 2009

my gurl gurl

semalam habiskan masa keluar dengan member time uitm dungun dulu. mmg xjangka langsung boleh keluar. plan asal sekadar berjumpa dengan "nurse" yang sorang ni, alih2 "tokey laksa kemaman" pon join. if keluar awal sikit, boleh la jenguk "si ibu suleh".. :(

keluar mana? em, apa lagi ad kat kerteh nih, dah xde apa dah. 1 tempat tu je. tapi, oke la, bersyukur la dari xde. nasib baek nak di bukak nya, if tutup, kesian orang kerteh, kan, kan? :).. amin cepat!

bergosip ttg si anu, mengate ttg si dia, erk, alah, normal lah. ape? xpernah uat? haisyooo, yeye je tuu. :p. biasalah, dah 2 taon setengah xjumpa si "nurse", korek la sket mana cerita yang patot. rezeki jumpa "tokey laksa", dapat la laksa gandum free sekilo. sape orang kemaman, ley order laksa gandum @ beras dengan member yg sorang nih, menjadi ai tell u!

L - R : tokey laksa, tokey lemak, nurse

pic satu cukup. xboleh banyak2! kata exclusive.. waaa. wakluu! :p

Monday, December 21, 2009

lecturer, behave pls?

ada orang muda cuba behave macam orang tua, n ada yang sebaliknya. muda jadi tua pon susah, tua nak jadi muda pon susah, both menyerabutkan. nak senang, be yourself. susah ke nak be yourself? oke la, kita faham. tapi, ak aser "be yourself" tu benda yang simple sangat. hidup macam biasa.

lecturer? yes, tugas dia satu level tinggi dari student. or maybe 2 3 level up dari student. lecturer sporting? yes, it's good for both student & lecturer tu sendiri. bagus sbb either student @ lect boleh maintain good relationship, senang nak itu, senang nk ini. tp, if sporting yang keterlaluan, boleh diterima? mestilah tidak.

orang dewasa biasanya / kadang2 jadi tempat rujukan si muda. yelah, kadang2 kata2 dia boleh diguna pakai, nak harapkan orang muda, bukan betul sangat. orang dewasa dah hidup lebih lama dari yang muda, so, sah2 kita anggap dia punya daya pemikiran yang lebih baek. lagi2, pekerjaannya seorang lecturer. ops, dia bukan lecturer ak, bukan lecturer uitm melaka. no worries. uitm melaka pny lecturer semua superb!

dia sporting, k la fine. student smoking lam kitchen xkesah, k la fine lagi. xde kaitan ngn ak. tapi, ak xaser pon lecturer ni patot bergurau benda yang xsepatotnya dia guraukan. ishk, gurau? mak aih. kenapa ak aser tu bukan gurau? kalaulah.. kalaulah ak boleh tulis surat kat encik lecturer nih, nak je ak tulis camnih..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

DEAR Encik Lecturer.

hai lecturer, saya xkenal pon encik, encik pon mmg sah2 xkenal saya. kita xpernah bertembung, xpernah bertentang mata, malahan saya xpernah mengusik jiwa raga encik, kenapa encik cuba untuk menyentap hati saya?

gurau? itu bukan gurauan encik. tu, lancauan bagi saya. maaf la encik, saya bukan nak berkurang ajar. tapi, saya rasa, kadang2, even encik orang dewasa, kena terima jugak la teguran orang muda. bukan pe encik, ayat encik tu, boleh buat orang gadoh tau x. saya xperlukan "kasihan" dari encik, saya xperlukan langsung.

if encik rasa, seronok lah bergurau senda mcm tu, xpelah encik, saya doakan lah encik panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati. bukan pe encik, andai kata lah kan, someday orang bergurau macam tu dengan encik, kebetulan masa xkena + akan bagi effect pada hubungan encik dan orang lain, time tu, kalaulah encik boleh ingat, ingat lah apa encik pernah taip kat facebook orang sebelum nih.

eh, bukan facebook saya tau cik. facebook "bonsai" kesayangan saya. sape bonsai saya? cariklah sendirik! saya nak kata marah tu, tidaklah. terkilan tu ada. encik, dah dewasa, kerja sebagai lecturer, tapi gaya macam.. haish.. encik fikirlah sendiri boleh?

saya

student terkilan dengan sikap encik lecturer!

Saturday, December 19, 2009

shweet 50!


semalam birthday ibu yang ke-50, semoga panjang umur, murah rezeki ibu, so, kayo lagi poket achik kan, kan. hehe`. celebrate secara sederhana tapi syiok sebab semua ada. even plan asal si angah nk balik secara surprise xkesampaian. well, sape yang boleh auta puan zahara nih, meh cakap sape boleh.

dialah guru besOr, ketua chef, pegawai tnb, pegawai jpj, pegawai polis, tuan hakim dan.. dan.. semua la ak aser jawatan yang ad kt malaysia ni, boleh dia pegang. contohla..

guru besar : baru plan tergedik2 sket xnk pergi kelas, tanggung la dengar lecture sampai berdesing, auto boleh bangun pg kelas. tu adeq ak la, if ak, even dgr lam tepon pon, aser mcm orang menjerit kat tepi telinga, haha.

pegawai tnb : berani online la smpai pagi buta, maen ps xhengat, confirm dengar ayat hekmat, "xreti nk buat kerja laen ke, membazir letrik je reti". if ak online dah smpai 2 3 pagi tu, cari nahas la tu nk dgr orang bebel pagi buta, :p.

pegawai jpj : if berani drive la kereta sebelah dia, baru keluar simpang perumahan, dah dengar instruction seterusnya, haha.. mmg xkn lupa la ayat hekmat ibu.. "eh tin, ko bawak laju sangat ni" "aten, slow2 sikit, jangan rapat sangat ngan kete depan tu", "bagi signal, bagi signal awal2", hahaha. gelak2, guling2!

tuan hakim : ni paling syok, pg la tgk movie yang buat kita aser panas hati mcm smpai part scene gado2, ad yang kena tindas, if bagi comment yang xberapa nak bernas, dengar la peruntukan undang2 yang dia syarahkan kejap lagi. adeq ak plak tukang komen yang tegar, suka bagi ulasan macam, "alah, kalau alif, terajang je tuh" then akan disusuli la hujah2 ibu, "ko jangan buat mcm tu kat sekolah, jangan pukul2 anak orang, kang ibu kena panggi pg sekolah kang, ibu xnk".. tiap2 hari ulang tau, boleh hafal! hahaha

skrip tu, dari kecik sampai besar ak adik beradik dah boleh hafal. dulu kecik2 takot, sekarang dah besar, siap boleh buat lawak lagi bila kena marah, haha. ibu, ibu. i love u. tu pasal la bila dah jauh, dah balik u, jadi rindu, sedih. rindu apa? RINDU IBU BEBEL! haha.

Friday, December 18, 2009

salam tahun baru!


alhamdulillah, semalam sempat baca doa akhir taon & awal taon. xmacam taon lepas, xsempat. bukan xsempat apa, xsilap time tu dah masuk uitm, then lupa @ entah. sedar2, mmg xsempat la nak baca.

dan2 je sempena taon baru, jumpa quiz ni kat facebook, ramai plak yang amik, so, saja try buat. alih2, bukan maen kuang asam btol jawapan dia kasi. tau2 je ea, cuti2 ni time orang gain weight. iyolah, jalan kaki la lepas ni.

bonsai kata good luck, how dare btol dia tu, haha.. nway, hope taon ni menjadi lebih baik dari sebelumya. :)

Thursday, December 17, 2009

"super"market

xsuper la supermarket tu if barang yang sama ada 2 3 pelekat harga. salah ambik item yang belum ditukar pelekat, rugi lah anda.

xsuper la supermarket tu if ada pekerja yang mulut asyik membebel + nyumpah seranah customer, sedangkan sepatutnya memahami dan bersyukur, kalau xbukak la supermarket tu, xde la sumber pencarian dia.

xsuper la supermarket tu if jual barang xberkualiti. kalau dah nampak "box kontena" tu dah retak 3ribu, bercalar balar, tukar la stok, kenapa still nak yakinkan customer suruh beli jugak??

banyak lagi, tp, xnk membebel dah! penat..

Wednesday, December 16, 2009

she's my friend :)


kadang2 kita selalu terlupa kita ni ada kawan. bila kita ada orang yang kita sayang, kita focus 100% pada dia, sampai kita xperasan, betapa penting seorang kawan. bila kita sedih even dia xtau, bila kita marah, bila kita xde mood, kita tak boleh mengharap pada orang yang kita sayang semata2 untuk refill balik apa yang kurang sebab kawan pon boleh tahan.

contohnya? classmate Diyana Iskandar Zurkarnain. sumpah, tergelak sorang2 dalam bilik melayan comment dia kat fb, bukan sikit, 35 photo comment! abes semua album dia selak, 2009/2008/classmate.. ada je point dia nak ngenakan, adoiyai!

moral of the story, jgn lupa kawan-kawan. :)

Monday, December 14, 2009

Gambar Jusco Bandaraya Melaka Meletup



katanya ni largest jusco kat Malaysia. suppose bukak khamis ni, tapi, postpone la jawabnya ea. xpe, xpe. uitm bukak 4hb, dan lagi nak repair. :p. nak berita lebih2, pg beli paper esok, xpon cari kat berita harian online @ utusan. ni saje menggatal, almaklumlah, dalam tempoh 2 - 3 jam ni, ni la "keyword" paling hot. so, apa lagi, amik kesempatan. :p

pic : credit to both utusan & bh online.

peribumi vs pendatang

kenapa peribumi kena selalu mengalah pada pendatang? sedangkan, hakikat semua faham, peribumi tu seharusnya mempunyai hak keatas milikan kepunyaannya. benda ni selalu terjadi, xkira la dulu atau sekarang. orang selalu fikir, peribumi akan menindas golongan pendatang, tapi ak aser, skrg ni, pendatang balik menindas peribumi.

peribumi selalu berkecik hati dengan tindakan pendatang. kadang2, orang peribumi juga yang terlalu menatang si pendatang. maklumlah, macam2 faktor boleh terjadi, milikan kekayaan melebihi poket peribumi, atau faktor luaran yang lain. musykil kan, peribumi ni kadang2 seakan mengiyakan, sebab apa benda tu terjadi?

pendatang pula seakan-akan xreti menghormati peribumi. sudahlah datang ke tempat orang, kemudian boleh pula memberi arahan seolah-olah, peribumi ini yang pendatang. milikan peribumi menjadi terhad, keselesaan peribumi kadangkala terbatas, kerana apa? muliakan pendatang..

iyelah, nak buat macam mana. peribumi ni berhati mulia, kadang2 terlalu fikirkan nasib si pendatang, mungkin baginya kesian sehinggakan diri sendiri xdikesahkan. itu xpa la if peribumi sendiri yang fikirkan, tp, if pendatang yang memohon untuk diberikan hak sekian, sekian, boleh tahan? huh!

annoying! oh, siapa peribumi? siapa pendatang? :). xpayah ditanya. ini entri umum, kalau nak kata ak bercakap tentang negara ke, kehidupan peribadi ke, silakan. tiada sebarang nama di utarakan. kalau nak terasa, silakan malas ak nak layan! :)

Saturday, December 12, 2009

.bukan saja2, tapi xsengaja :(.

♥ alhamdulillah, result exam baru ni sume paper clear. even ibu bawak kuar ayat sedih, "hmm, xdekan pon sem ni", tp, alhamdulillah, xde yang repeat. insya allah, next sem xnk dah buat tabiat sem lepas, esok pagi nk exam, malam ni layan midnight movie lagi, n dah start plan nk uat short course untuk 2 killer paper, sayang kot if dapat C!

♥ still lagi pasal hati, hati, hati. oh, fb member mayb tau, bloggers yang xtau. bila hati terkensot sikit, sampai bila2 hati akan ingat hati yang gerakkan dia. hati yang dah terkensot boleh berpatah balik, biar masa yang menentukan. tp, bila hati terkensot, tak bermakna isi dalamnya berubah, tetap sama, just.. kenapa buat dia terkensot? :(

♥ teringat nk mulakan activity cuti macam dulu -> jogging. tapi, xde orang nak neman.. bosannya!

Wednesday, December 9, 2009

.result! result!.


agree sangat2, nk check result exam lagi takot dari nak jawab exam. hope semua lulus especially paper economy! since diploma, xtau la nape xboleh on ngn economy, ape mslh ntah fatin nabila ni. :( omaigod! nk tido lambat malam ni, then subuh baru tido balik, bangun2 dah pukul 10 malam, terus check, kalaulah boleh buat mcm tu kan :))

Saturday, December 5, 2009

.friendster new interface?.


macam xley terima kenyataan, friendster dah berubah! banyak sangat berubah. sampai satu tahap aser macam xnk bukak friendster ni, xpaham, terasa mcm ape benda item yang dia letak. since November 2003 join friendster ni, ni la first time ak termenung depan screen lama2 tgk friendster, xtau la kenapa.

4 sure, friendster dah jadi boipren nombor 2. banyak sangat masalah ngn friendster, melayan kerenah manusia yang ntah pape, pening oke! baek layan facebook, go mafia, go mafia, go go go. :))

Friday, December 4, 2009

.choti bahu!.

umah ni xpnah stop xlayan cite kat zee channel. ade je yang ganti. abes satu cite, sambung yang laen. kdg2 aser umah ni bukan orang Melayu dah duduk satu ketika dulu, start dari pkol 430, smpai la 8 kat channel zee. adoi!

dulu layan kasamh se, tp sbb bani mcm bodo sangat susah beno nak lawan si jigyasa, trus stop layan cite tu. tp, ak pelik la, sape la pengarah dia, hebat beno mutar belit cite, ce abeskan terus satu2 plot tu, then abes la cite, ni ade je yang baru tambah.

kasamh se tu, dah lebih drpd 600 episode xslp, so, 600 kali la ak tahan je sakit atie kat dada nih. cett, emo melampau lak. tp, siyes. cite kat zee ngn cite dongeng, dua2 annoying! tp, yang annoying tu la yang ak layan pon, :p

4 sure, skrg tgh rindu nak tgk Nur Kasih. apsal la dah abes cite tu. :(

Thursday, December 3, 2009

.karnivor berjaya!.

career terbaru, menjadi pemakan daging yang berjaya. dah berapa hari raya, terasa macam kat mesia ni, hanya ada daging + ayam sj. ikan xde. oh, yelah, ujan ribut, nelayanG mane turun laut, padan la ikan menyisihkan diri.

balik umah, 1st benda buat, terus cari penimbang. omaigod! dia naek 3kg! then, buat2 xtau, tukar suar baju, g timbang lagi, kurang stgh kilo, haha, salahkan jeans + baju yang buat berat. g toilet, tunggu sejam dua, timbang lagi dan kurang lagi sket, sket je la. alah, conclusion, xnk terima kenyataan berat naik, kan snang cite, lempang laju2, :p

betapa syoknya raya smpai baru perasan, sekeping gambar raya pon xde amik. dahsyat penangan daging ni. segemuk2 lembu pon, mcm sexy je tgk daging dia, terus makan, :). alhamdulillah, petang tadi selamat sampai umah, terus berazam, menggunung cita2 ni, esok dan seterusnya nak stop makan daging, nk cari ikan lak.

tp teruja tgk daging salai kat dapur tadi. daging salai uat masak lemak cili padi pon sedap kan. adeh`