Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Wednesday, October 28, 2009

.final exam!.

tutup semua entry yang xpatot, focus pada exam. :)

5 November - Management Accounting
8 November - Malaysian Premiership Studies
9 November - Social Marketing
12 November - Organizational Behavior
14 November - Macroeconomics

Ob & Economy tu kena amik lagi. diploma dulu dah amik, tp sebab code berbeza, kena amik lagi. hadoiyai! even xm lambat lagi, tetap nak away awal2 dah. susah menjadi bloggers, salah tulis, kita balik yang kena hentam, xpelah, what goes around comes around kannn. :))

Sunday, October 25, 2009

.tittle vs isi.

neighbour ak confuse bila baca blog ak. mayb pelik, tittle laen, isi laen. well, bukan takat neighbour, orang laen pon confused jgk kot. silap hb, ade yang nyampah, smpai ada cita2 nk baling selipar jepun lagi kat ak. no no no, selipar jepun jgn kasi baling oke, nk baling, baling handbag chantek 1. ley gak pakai, :p

act, tittle entry tu, ditujukan untuk someone. xpon, if someone tu xpasan sbb xbaca @ mmg dia xbaca, xesahla. tp, tittle tu, senang cite, melambangkan apa ada dlm hati ak. ceh, lambang la sangat. bukan lambang la, kite tukar kepada perkataan, menggambarkan. hehe.`

isi dia pulak, mmg agak meraban, sbb, ak still dlm proses nk merapatkan balik diri dengan blog. ak suke menaip, suka menulis, bercerita ttg pe yang ada dalam hati ak, baik benda yang bagus @ tidak. tp, mcm ak pnh cite before, bila ada pandangan -ve terhadap ak, ak fed-up.

oke, stop takat ni. ilek, skrg mmg dh xpk sgt da atie perut limpa paru jantung org, dh xkesah da. cuma, nk dapatkan internet mmg susah. entry bersepah2 tgh tunggu nk di upload, tunggu masa je. dpt je line skali, trus kasi masuk Q untuk publish, :)

Friday, October 23, 2009

.shud b thankful?.

perjalanan semalam dari xxxxxxx ke xxxxxx buat ak sedar bhw ak harus bersyukur dengan kehidupan yang ak alami skrg. ak patut hargai semua yang ada disekeliling ak, sbb ak yakin, tuhan dah bagi apa yang terbaik untuk diri ak. tuhan tau segalanya, n tuhan tau bila masanya ak patot dpt bahagia, bila ak harus terima sengsara.

salah satunya, ak lihat sendiri, mcm mana satu family, si bapa dan emak yang tua, si adik2 yang masih kecil, menaiki bas untuk menuju ke satu tempat. dieorg dari kampung mana nth time bas tu amik dieorg. muka dieorg cukup happy bila dapat naik bas. ak terfikir, ak yang muda ni pun punyalah berat nak naik bas, merungut dengan sakit ontot la, blkg bdn la, mcm2, org tua? confirm dieorg lagi rasa benda yang sama kan.

tp, dieorg happy lam bas. pakai pun chantek2 sdgkan dieorg bukan nk pg memane pon, dgn ak yang selebet pkai jeans + tshirt semata [nama lg nek bas kan], smpai pon dh nk mlm, mmg xde org nmpk la gayanya. paling ak tersentuh, si adik kecik cakap kat abang dia, "abg, best la jalan2, naik bas, xpanas pon, ada angin sejuk".

oke, fine. terkejut kot ak dgr ayat tu. ak aser mcm sebelum ni dieorg xde kenderaan yang de aircond je. sdgkan, bukan ak je ak aser, org laen pon, yg ada kerete tu, aircond panas sket je, merungut sakan, membebel xhengat. xpon, xbersyukur ada kete. mulut non stop berckp nk kete itu, nk kete ini.

moral of the story, bersyukur dengan apa yang ado! bersederhana dalam setiap benda. n paling penting, ingat, susah2 kite ni, ada lagi org susah dari kita. sekian, terima kasih. :)

Thursday, October 22, 2009

.take me as i am.

on vacation

don't disturb

:))

Tuesday, October 20, 2009

.i'm so scared but i don't show it.

minggu ni, minggu last kelas utk sem ni. minggu ni, housemate ak, sume bz. dgn assignment, presentation, test, quiz. tp, bg ak minggu ni, minggu paling heaven pernah ak alami sepanjang sem ni. sebabnya, ak xde test, quiz ada 1, assignment nk kena submit pon 1.

sepanjang minggu lepas, emosi xstabil. ak pon xtau nape. benda remeh pon ak amek kesah. hal yang lagi kecik dari pasir pun, ak rasa susah nk handle mcm nk kena cat bangunan seploh tingkat, esok harus siap. siyes, mcm miong dah aser. minggu ni, em, stabil dah sket. ceh, stabil ke? pfft.

so, untuk mengelakkan kemiongan itu beulang, ak harus berjalan dalam masa 10 hari cuti nih. 1st paper, 5 November, ak bukan jenis boleh sangat nak study time2 camni. 2 hari before exam baru boleh bukak, if x, em, xde feel lah, boleh?

tp, still confuse, arah mana kena pg. timur, maybe. :))

Friday, October 16, 2009

.close to you :).

i really² need someone to talk to.
but i've nobody. *penipu!*

sigh.

pftt.

sigh.

*%&$

sigh.

!@#^

ishk, xsenonoh. mencarut je reti! ko kenapa paten ?!

15hb Nov, nk g dungun, nk g dungun! mari kawan²! lynn, rospa, ila, aty! kite serang umah piey, yeay!

Wednesday, October 14, 2009

.if no one will listen, i'll be here still.

currently @ lab. ada la someone psg lagu cry - rihanna. dulu ada 1 entry kat blog ni ak tulis half lyrics tu + gmbr ak. time tu feeling sorang² kot dengar lagu ni, sbb agak la terasa ngn lirik dia.

tp, sekarang? idup bagaikan lagu sanisah huri, "Sejak Ku Bertemu Padamu, Fikiran Ku Rasa Terharu, Hanya Kekanda, Yang Akan Dapat, Mengubatkan Hati Ku Rindu"

waklu fatin nabila, geli ah entry nih, hahahaha`. tp, alah, bukan selalu buat geli², korang tu, lagi la, kan, kan, kan.. ntah lagu mak minah sayang mana dok nyanyi hari², :)

Monday, October 12, 2009

.azreen, :)).

lama gile dah xbuat entry pasal azreen si anak buah. alang2 buat entry psl dia, terus tukar profile pic. azreen sekarang dalam proses pembesaran. mcm nk lempang2 bila jumpa, 4 sure, ak suka gigit dia, n lepas tu, dia akan pegang tempat kena gigit n ckp "kett" (sakit), haha.

azreen suda 1 tahun 8 bulan. apa azreen boleh buat, dia reti la sebut benda basic2, n paling ak suka, pg la mengeja depan dia, "M.A ma, M.A ma" then dia sebut MAMA. eja atuk, asu, nenek, tp, jgn la eja A B A H, lepas dia sebut abah, confirm, ko eja la SUSU ke, MAMA balik ke, sume jawapan dia, ABAH!

sepanjang raya hari tu, azreen sangat2 memberi kerjasama bila nak snap pic dia. senang je, bila nk snap pic dia n mama dia, sekadar bgtau, "sama la muka azreen ngn mama", confirm, dia akan pg dekat mama then nyengih, aser nk penyek2 je pp tgk dia sengeh.

antara pic yang ak ske sangat tgk bila azreen ngn mama & abah dia.







yang penting, UPIN IPIN TETAP DIHATI!!!



yeye, azreen nak dapat adik lagi 4 bulan, :))

Thursday, October 8, 2009

.keep ur mouth shut!.

blog ni dah macam bukan blog fatin nabila. ak rasa xselesa untuk menulis dalam beberapa hal. dulu, ak senang nk menulis ttg hal peribadi [just do with love is a personal blog], ttg pe ak buat & pendapat ak tentang sesuatu perkara.

ak terasa, penulisan ak dikongkong oleh pandangan sesetengah pihak. mayb ada antara kamu yang pernah baca entry ak suatu ketika dahulu, tahu ak seorang yang xsuka bila orang lain pertikaikan keputusan ak, samada hal study @ kehidupan. nasihat boleh diterima, tp, pertikaikan, sorry banyok ah`

ak aser lemas dengan blog ak sendiri sampaikan ak fikir benda yang xsepatutnya untuk ak pk. bila ak taip, ak balik kena pk, apa perasaan orang yang membaca, hati perut mereka, kalau boleh, mayb jantung, limpa, paru-paru, silap hb, parut orang pon ak kena amik kire, susah la susah.

ak suarakan isi hati ak. apa yang ak xboleh luah kat mulut, ak ckp kt sini. ak xpernah berharap mempunyai stalker yang prihatin terhadap kisah ak, andai perhatian yang sebegitu ak terima, terima kasih je boleh ak bagi. ak xpnah bgtau samada ak suka @ tidak, ak oke, tp limit ttp ada k, :)

tapi tolonglah, bagi kebebasan untuk ak bersuara dalam ruang ciptaan ak sendiri. jgn pertikaikan bentuk penulisan ak, isi kandungan, sebab, ini personal blog kawan. PERSONAL BLOG.

serious talk, i need my space, i really2 need it.

.jaga perilaku!.

topic hari ini : perilaku tidak semonggah di tempat awam.

nasihat : bercumbuan di tempat awam adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dan seharusnya pasangan harus mengambil kira faktor orang awam disekeliling yang beradat ketimuran.

akibat : akan dibaling dengan batu @ disergah seandainya terserempak dengan manusia seperti ... . :p

pengajaran : berhati2 jika pasangan anda seorang yang kuat melatah, hahahaha!

sekian terima kasih.


dari saya,

bukan pelontar batu dan penyergah, :))

Wednesday, October 7, 2009

.love letter II.

sayang, thank you 4 everything. please jangan merajuk. saya sayang kamu. kamu tiada galang gantinya. saya akan simpan kamu di hati sy smpai bila2.

sy perlu call out untuk contact kawan2 sy bila buat assignment, untuk tanya kelas di mana bila file kesayangan tertinggal [oke, ak seorang pelupa, dh nk abes sem still xbley ingat kelas kt mana], paling penting, saat gelabah di dalam bilik ketika keseorangan di rumah.

sy tekangkang sekali lagi, saya akan simpan kamu smpai bila2. jangan merajuk NOKIA sayang. love u.

tau2 je ak nk tukar handphone nih, uat hal ye.

Tuesday, October 6, 2009

.somebody call :).

sigh. hari ni 3rd day, handphone taboley nak call out.
even emergency call - yang kuar, check operator services.
ape masalah ni? nak kata credit xde, banyak lagi kot.

pftt!

Monday, October 5, 2009

.salam.

dah lama, bukan masa hari raya je buat ak terfikir, tapi bila2 pon. if ak, biasanya bila ak bersalam dengan orang tua, ak cium tangan mereka. if x cium pon, sekadar letak hidung gitu di tangan mereka.

ada certain orang ak tengok, bila bersalam, sekadar letak tangan orang tua tu di dahi mereka. if layan cite indon, lagi la, mcm2 gaya. apa gaya yang betol, ak pon xtau. tp, ak xtau nape, ak tetap nk tau. oke, google sat. :))

4 sure, gaya salam ni yang paling ak suke, hehe.`


ini azreen, ketika hari raya baru2 ni, sesi bersalam bersama mak long ak @ nek long dia. :)

Saturday, October 3, 2009

.apa? mahu matahari? pembersih? eh, pembazir tuh!.

ak mengenali seorang manusia, seorang perempuan, yang jika dilihat luaran, seorang pembersih, seorang pandai bergaya, sesuai dengan orangnya yang punya paras rupa. pada mulanya, tiada apa, hinggalah suatu ketika, naik nyampah pon ada.

oke, kita mulakan dengan tabiatnya yang satu ini. dia seorang yang gemarkan matahari. katanya, jika selalu ditutup langsir dan tingkap, cahaya kurang masuk nanti. dia juga pernah mengomel tentang sikap emaknya yang gemar menutup tingkap even di siang hari, tp, tindakan ibunya ak fahami. mayb kerana faktor rumahnya dekat di jalan raya, segala macam habuk emaknya cuba untuk hindari.

oh, itu perihal rumah dia, kita abaikan, berbalik pada yang asal. ak lihat perempuan ini ada sedikit baghal. tiap kali aircond dipasang, langsir diselak, tingkap dibuka berjengkal-jengkal. lepastu, si perempuan akan mengomel konon aircond di bilik perlahan dan mengatakan faktor biliknya luas bilik lambat sejuk sebagai alasan.

bg ak tidak, silapnya pada sikap dia bukak aircond smbl membuka tingkap dan menyelak langsir seluas alam. korang bayangkan la, mana tidaknya kadang2 ak naik geram. mana nak sejuk bilik dalam itu keadaan?

itu baru kisah aircond, belum kisah laptop. sebelum ini, selalu ak perasan, keluar laptop xbertutup. itu baru yang ak nampak, yang ak xnmpk? mayb lg la sebab bilik sentiasa bertutup.

itulah serba sedikit kisah ak sepanjang semester ini. tu baru sedikit, lepas ni, ak kasi up lagi. yela, nk cite kat sape lagi, kesayangan ak hanyalah blog yang satu ini. :))

sekian, terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

.ini ke kawan?.

kita xboleh elak dari berdepan dengan manusia yang perasan. manusia perasan bukan sahaja dikalangan lelaki ttp juga perempuan. dari hubungan sebagai pasangan hinggalah hanya teman.

bila kita berkawan, kita bergembira, bergelak ketawa bersama, n kot ada masalah cerita sesama. ttp, mayb ada sesetengah beranggap kita jatuh hati sama dia. oh manusia, kenapa buat semua ini seperti susah shj? kalau berkawan, maknanya kita berkawan, kenapa nak susah2 beranggapan kononnya terjalinnya hubungan cinta?

kita senangkan hidup kita, kita fahami konteks apa itu kawan dan juga pasangan. begitu juga dengan si pasangan, orang itu berkawan, jgn la di tarik muka seperti si pasangan curang, walhal, mereka tiada perasaan. bila pasangan mengawal, hilanglah sebuah persahabatan.

ak mengarut? oke, ia akan jadi normal andai tiada yang berkerut. xkn setiap masa kehendak, kata2 ko nak orang turut. orang lain juga punya benda untuk dijaga; maruah dan hati perut.

conclusion : benda ni cukup simple. just trust. ko buat mcm biasa, ak pon mcm biasa. ko buat perangai semacam, ak boleh buat berganda punya masam. apa ak kesah? ko xde, hidup pon macam bese. ko ada @ xde, semua still sama. :))