Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Thursday, May 28, 2009

.away for a week.

bertolak ke melaka esok. tetiap minggu la nk balik mlc kan, mmg xde kije btol. bersama family terchenta untuk beberapa perkara.

misi yang pertama : menghadiri majlis perkahwinan si sepupu. even, byk sgt kisahnya sblm ni, xpela, sedara kan, bila ada undangan, harus untuk kita memenuhi jemputan itu. boleh merapatkan silaturahim, jumpa ramai sedara, ayattt.. :)


misi yang kedua : convocation, sidang ke 11, uitm shah alam, giliran ke 269. ini masanya untuk mendapatkan bunga-bungaan atau teddy²an, *wink*


misi terakhir : menerbangkan si angah setinggi mungkin. :). biarlah si angah ni bahagia berterbangan, kasik kurang sket pot pet ishk ahh dia, heee.`


i'll be back ... :)

Tuesday, May 26, 2009

.tentang azreen.

2 hari lepas, azreen si anak buah dtg umah. kali ni, pny la bagus bdk ni, baik btol, xde ngoek sana sini. if x, ada je xkena, lekat je ngn mama dia. alkisah, si azreen ni dh masuk taska. ai ulang, taska ya semua. dia dh mula belajar seawal 1 tahun 3 bulan, cerdik la anak buah ak nnt seksok.

tp, mayb sbb terlalu aktif di taska, kali ni, semua pic yang amk, sume xjd. gerak sana sini, xleh nk diam langsung, tp, aunty kamu nih suka tau! haha.` dlm byk² pic, 3 keping je yang jadi. 2 pon, bkn senang nk snap pic dlm keadaan dia diam. ai guna cam murah je, xkesah pon!

1st pic : time ni elok melekat ngn nenek dia. kepala laju kejap kiri kanan, main remote tu. then pggl je "azreen, pandang sini", trus snap. if x, xdpt la nk amik.


2nd pic : yg ni lg pyh si 'anyah' dia nk snap. mama dia pegang dia, konon nk snap pic sekali pon xdpt la no. nk jd cite, dia dok mencangkung terdiam tu lpas ak amik 2 hanger, lagakan sesama hanger baju tuh, trus dia terdiam. nak tarik perhatian azreen xperlukan barang mhl ya semua, dia lebih berminat tgk alat yang mcm pengetuk lalat, tgk org baling dart, n dulu kecik² suka sama sudu n kunci dan lain².


mama : azreen, meh amik gambar, cpt.
azreen : xlayannnnnnn.. [dlm atie]. :p


teruja ya semua tgk hanger

3rd pic : yg nih, dia rindu agaknya dgn earphone asu dia. if masuk bilik asu, 1st dia amik handphone asu dia. b4 nih, dia xtau guna, kali ni, ak aser dh reti dh, earphone sumbat di telinga ye azreen.


rindu btol dkt si azreen ni. dia ni kdg² klakar tau x. bila nk berak, nk kena pegang tgn, then si anya n aunty akan nyanyikan lagu baba black sheep then kt ujung lagu tlg meneran sama ngn dia. bila nangis, abes anya n aunty tukang jadi choir dia nyanyi lagu "laba² panjat perigi", "twinkle²" dgn gaya²nya sekali.

ujung minggu nih, jumpa lagi ea azreen. kalo la azreen reti baca blog, nk je ak bocor rahsia si along, "azreen, ujung minggu ni, mama azreen dh plan nk g tgk movie n shopping² dgn abah mu itu, tp xnk bwk azreen, nk tgglkn azreen dkt anyah n aunty suh jaga". haha`

Sunday, May 24, 2009

.track mat rempit.

isu di TV 1 td, anda tgk? mat rempit kata mereka risau bila merempit di jalanan, xsedap bila dimarah orang, dan ala² menyeru kepada kerajaan supaya menyediakan track yang sesuai untuk di rempit oleh mereka.

byk besar, sape patot seru sape nih? mat rempit seru kerajaan suda. if camtu la gayanya, mmg la susah. tu baru mat rempit kat kL. yang de kat negeri lain, celah² kg? if buat satu, yg laen confirm demand benda sama, kang xpepasal, tetiap daerah ada satu track, suka? ai xsuka.

tp, bagus la ayat mereka. at least, kita tau, mat rempit ni tau jgk org marah die, boleh bg buah fikiran jgk utk "majukan" golongan dia dgn buat track even idea tu, xbernas + ikot suke atie dia.

ak xsuka mat rempit tau sbb pe? sbb ak aser, bonggol yang byk kt kwsn perumahan either kt kerteh or memane tmpt, sume tu sbb mat rempit tau. xnk kasik ko rempit, buat bonggol byk², kdg² tmpt xlogik pon letak bonggol, pelik ak. dh tar jln, sj naik kan sikit, kasik bonggol, lemau.

Saturday, May 23, 2009

.*peace*.

beberapa hari ni, sy mengaktifkan diri dgn facebook. maen quiz ntah pape, n bila ada masa view sana sini pny profile. bila view profile orang, ada yg sy aser teruja, terkejut n bagai macam.

dulu sy pernah tulis psl bab orang ngate² nih. xtau nape, cukup pantang bila orang amik kesah hal kita then tulis bagai mcm, cakap xengat dunia, kutuk sume. tp, skrg, benda tu mcm terbalik tau.

if dulu, org kata mcm², sy nih on off la bab pakai tudung, itu la, ini la. tp, alhamdulillah, sy xpnah berlakon dpn ibu ayah sendiri. sy ulang, berlakon ya anda semua. mcm mana watak sy di luar, gaya sy, mcm tu la sy bila bersama dgn family sy.

tp, kesian + kelakar dgn org yg mengata sy dulu. skrg, sape yang free hair, rebond bagai, dye lagi, jln pakai t-shirt sendat gile bab, kalo boleh nk pakai bra je kot, jeans panjang xde dah, 3 suku lg la, yang ade sume short takat tutup bontot je.

sape yang dahsyat skrg nih? if xngate ak dulu xpela, nih, dulu ngate smpai ak rasa, "ishk, ko pehal, gile ke pe". moral of da story, jgn ngate orang, nanti kena kat diri sendiri balik, xpon, kena kt keluarga sendiri nanti. haa, gitu la citenya. *peace*. =)

Wednesday, May 20, 2009

.rumah sewa.

. ayah & saya, :p .


alhamdulillah, selamat sampai kerteh 8:45 malam td. smlm, sy + ayah + si angah pulang ke melaka, menemani si kakak interview kerja. join mereka pulang dengan memberi alasan kepada si adik yg sy mahu mencari rumah sewa untuk diguna pakai semester depan. [adik sy kuat jeles oke, mana boleh pg jln die xikot, confirm ngamuk! ]

petang smlm, plan nk pg tgk umah sewa xmenjadi, alkisah si tuan rumah bercuti sakan tgh minggu di pulau tioman. haih`. then, sy bg full mandat kt si adza utk tgk rumah yg bakal kitorg duduk sem dpn. tp, sy still, mcm lebih kurang, xtau nk pilih mana 1 yg terbaik.

sekarang ni ada 2 pilihan rumah.

1. rumah dekat dgn kolej, boleh jalan kaki lebih kurang 10 min ke kelas, fully furnish semua, harga RM 750, means if duduk 2 orang RM 375 [mahal sgt!] @ cari sorang lagi housemate: 3 orang RM 250. [ rumah ni ada 3 bilik ]

2. rumah jauh sikit dgn ostel, memerlukan kenderaan utk sampai ke kelas, kosong tanpa barang, harga RM 550. yg ni confirm duduk 2 orang suda, means sebulan bayar RM 275.

ada apa2 cadangan?

Monday, May 18, 2009

.mangga.



lama dh oke xmkn colek mangga. so-so happy melayan colek kt umah ptg td dgn si ibu n si angah. dulu, time kat UiTM Dungun, boleh kata selalu makan. lagi2 bila ade geng yg melayan sama. mc na xpert bab panjat pokok, leen hebat tang buat colek, ada yg buang kulit mangga, n bagai. yg penting, sy tukang makan, :p.

last makan colek, aser penghujung taon 2007, dah lama sgt xmkn. alkisah td, pagi td pg pasar teman si angah beli brg dapur, jumpa mangga. xcited, beli dlm 4biji mangga epal tu. then, sedara blh ibu dtg, dpt lg 4bj mangga xtau ape nama.

b4 ni, sy meraung cari mangga. mangga byk berbuah kt pokok rumah orang, nk mtk segan, cari kedai xjumpa, tp bila dh dpt jumpa skali, dtg lagi yg lain. itu la yang dinamakan rezeki kan.

moral of da story, percaya kepada rezeki yang ditentukan tuhan. kalau ada, ada la, xde, xpe, bersabar. :). eh, ada kaitan? ada la kn. hehe.`

Sunday, May 17, 2009

.transformasi - tiara - talentime.

semua xsedap. dlm sejarah, konsert akhir AF menanahkan senanah-nanahnya telinga orang yang mendengar. [orang itu my family n ai, :p].

lagu yg dibagi ntah pape, lgsg xsdpt. boleh join da club ngn lj, calon masuk carta minggu ni, nxt week trus kuar. nasib baik ada stacy, fav dr dulu, baru terasa mcm, "eh, ak tgk af la nih". persembahan dr 9 student yg terkeluar pon bagus bah.

pengkritik, adlin jgk yg smart bila bercakap. bukan sekadar mencedok idea dr pengkritik lain sbg modal utk mengkritik. bkn sekadar memberi ayat spt "persembahan yang sangat bagus", "ini la yang saya nantikan dalam konsert ini", "all da best to you", "good luck in ur future", "persembahan terbaik mlm ni" n what so ever. album hang pon xlaku, senyap ley?

paling sy anti dr musim lepas, xde pengacara lain ke boleh handle AF nih? smpai, 1st time la, ibu n ayah tido awal, xmo tgk gara2 si pengacara over. bak kata ibu, AC ni yg lebih2 nk nyanyi, nk blakon bagai, dulu aznil mana ada ganggu persembahan pelajar. see, ibu sy pon bersemangat oke! ahaaa.`

kesimpulan, transformasi oleh cik T membuatkan AF menjadi seperti satu talentime. adoiyai. syukur, xikut AF nih dr awal, dh konsert 7 br ikut betul2. if x, membazir masa.

Friday, May 15, 2009

.fruit tart & cream puff.

beberapa perkara yang dibuat sepanjang minggu ini..

pertama, pembikinan fruit tart yang sedap, mengikut kata sy la, :p. kulit tart yang dilapisi dgn choc cair, ditambah krim pastry, dan last skali buah-buahan seperti ceri, peach, nenas, n bagai mcm. xpercaya, percaya la. :p

.antara yang siap.


kedua, baru petang tadi, sy n si angah merajinkan diri membuat cream puff. senang sket berbanding fruit tart. kejap suda siap. xtau nape, xrasa nk letak pic cream puff yg dh siap, sbb, pic cream puff dlm oven nih lagi menarik. mcm kembung, gebu, haha.!



tp skrg berkeinginan utk makan colek. colek mangga + kicap taruk gula n belacan n cili padi dan sdkt garam. haih, dh lama oke xmkn, sape kata ai ngidam, lempang kang, :p. lama sangat dh xmkn, dulu kt dungun, ada jgk geng layan sume ni.

jeles tgk umah orang yg de pokok mangga + buah lebat mcm nk rak, tp, sume smpai dh nk msk + busuk, tuan umah lgsg xpetik. baik kasik org mcm ai, dpt gak pahala, haih`

Thursday, May 14, 2009

.layout.

cari pny cari, layout ni je yang berkenan.
tp, still xselesa dgn 3 column.
mcm nk tukarkan jadi 2 column.
masalahnya, kawe xreti. haih`.

em, ishk..

Tuesday, May 12, 2009

.budak - rokok - si tua.

sy cukup xsuka bila dengar @ baca statement dari golongan dewasa yang bunyi dia ala² mcm ni :

"budak² zaman sekarang perangai makin teruk, sosial habis. budak sekolah pun dah pandai smoking"

hello, even sy bukanlah golongan smoking itu, satu sy nk cakap. kemana x tumpahnya kuah kalo x kat nasik. budak² xkn buat if xnmpk contoh yang para expert buat.

ambik contoh 2 hari lepas, ndw pulang ke kerteh, singgah di sebuah kedai area telok kalong. ya ampun, pak cik pny la berusia suda, umur dlm 60, tp, alhamdulillah, gaya jalan xde lagi bongkoknya, pakai kopiah, anak bini tudung labuh bagai. tp, bila sedut asap, gile hebat, puntung rokok letak ujung mulut je, asap xhenti2 sedut n kuar.

jadi, jgn marahla bila anak seksok nnt isap rokok, dah si bapak tunjuk aksi terlalu hebat mcm tu, mana la si anak x teruja nak buat jugak. ishk. dan sy tau, bukan semua jugak yg mcm tu, tp, nk uat camne, spt pepatah melayu, sbb nila setitik rosak susu sebelanga.

lgpon, xngeri lg ke tgk kotak rokok gambar dahsyat gile bab tu? xpon, mayb, m'sia patot import iklan rokok-ya'sin dr indon, tayang kt tv sini, br ok sket, kot?

Sunday, May 10, 2009

.merdeka!.

alhamdulillah, selamat sampai rumah lebih kurang sejam lepas. bahagia xterkata afta perasaan seksa dtg tetiap arie sepanjang musim exam. even, hakikat, bila gap nak ke nxt paper tu, sy merewang melayan movie yang baru kuar, tu sekadar cara untuk relax. [jangan pertikaikan cara sy. cara sy untuk sy, n sy tau, cara semua orang berbeza. :p.]

nway, exam yang lepas, even ada 4 paper je, xtau nape, sy rasa perit sangat nak habiskan itu sume. rasa lain berbanding time diploma, ambik final exam macam pg amik quiz @ test biasa.

tp, semua dah lepas. cuma berharap, yang baik² akan datang kemudian nanti. (^_^).

1 lagi, terima kasih banyak² kepada kamu² yang wish. thanks, :)