Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Wednesday, December 31, 2008

.orientasi.

dah lama x update..
me currently @ UiTM Kampus Bandaraya Melaka..
sedang ber"orientasi"an bersama yang lain..
macam budak lepas Spm baru nak masuk Diploma..
pagi kena bangun awal, tunggu bas..
malam tido lambat, sbb dgr si"penjaga" bebel sakan dulu..
UiTM lain xkena pun..
ini la dikatakan nasib, kn? :)..
alhamdulillah, bab pengecualian credit dah settle..
tunggu next week je nak masuk kelas..
buat masa ni, xberapa nk selesa lg kat sini..
normal kot, tempat baru kan..
lepas ni, nth² jadi sayang plak nak tinggal, :p..
xpe, i'll survive! lalala`

antara teman baru sy..!

.adza my housemate.

.mai my classmate, tp dah transfer to uitm s.a. :(.

----------

HAPPY NEW YEAR! (^_^)

Thursday, December 25, 2008

.kerja vs study.

pagi tadi, after tunggu sekian lama, official offer letter utk further degree dh keluar.. agakla kelam kabut nk settle kan semua hari ni memandangkan esok dh krismas, public holiday n lusa dh jumaat, office semua tutup.. alhamdulillah, even dlm jangka masa yang singkat, hari ni, sy dpt settle kan hampir kesemua perkara before balik ke melaka esok pagi..

ada di antara classmate sy yang gagal untuk further degree, dan akan menunggu untuk buat rayuan. tp, ada jg antara rakan sy yang dpt offer further, tp, xnk further.. sayang kan? bila pk balik, yg xdpt beriya nk smbg + sedih , berusaha lagi buat rayuan, tp yg dpt, x hargai peluang yang ada..

bagi sy, pendapat sy la, tiada kaitan dgn org lain, sekadar pandangan dr budak berumur 20 tahun 3 bulan dan 18 hari, memandangkan keadaan ekonomi semasa, lebih baik untuk further degree dlm usia masih muda ni. bila umur dh meningkat, sure rasa malas sangat. dalam tempoh masa setahun dua ni, kajian para analisis juga ada menyatakan, ramai pekerja yang akan hilang pekerjaan, lagi² next year, lebih ramai pekerja yang akan diberhentikan kerja akibat kemerosotan ekonomi. mungkin tragedi 1998 berulang ? walaupun kerajaan malaysia sering mengatakan, kemerosotan ekonomi ini tidak memberi kesan kepada negara kita, kita harus bijak memikirkan langkah terbaik yang harus kita ambil andai kata perkara seperti ini terjadi dgn tiba².

tetapi, walau apa pun yang saya katakan, sy masih berpegang pada ayat "kalau ada rezeki tak kemana".. maybe rezeki masing² berlainan, ada la hikmahnya kan.. kita cuba untuk buat yang terbaik, tp, tuhan yang tentukan pada apa pun yang terjadi..

sorry andai entry ini mengandungi tulisan yang maybe ntah pape. sekadar menyatakan apa yang terlintas di kepala saat ni. nway, hari ahad ni, sy akan lapor diri di uitm campus bandaraya melaka. doakan semuanya berjalan lancar buat sy disana ya! ;)

untuk beberapa hari ini jg, sy akan offline.. sangatla harus rindu sy, hahahaha!

Wednesday, December 24, 2008

.masjid kristal.

Baru berkesempatan ke Taman Tamadun Islam di Terengganu. Cuaca panas, sekadar menunaikan solat di Masjid Kristal n melihat gitu² aje dr luar replika masjid yang lain.

Dari dulu, hinggalah sekarang, orang masih lagi bercakap tentang masjid kristal tu kan. Ada yang kata, masjid tu bentuk macam tokong cine la, mcm muke sami buddha la, kiblat salah, n bagai macam lagi. Bg sy, bukanlah mahu menidakkan atau mengiyakan, ttp, sy rasa, itu rumah tuhan dan rumah untuk umat islam beribadat, n andai kata segala mcm cerita itu benar, tentu para alim ulama' tidak akan membenarkan para tetamu menunaikan solat di masjid berkenaan, bukan gitu?

Sekadar ingin menyatakan rasa hati, tak ada benda dalam dunia ni yang orang tak kan amik tau / bercakap kan?



:: itu saya, =p ::


:: pasar payang ::

:: pasar payang ::



Sebelum pulang, sempat singgah di rumah teman baik sy, Sufy.. Dia sudah pun mula bekerja pada ahad yang lalu, dan saya, akan meneruskan perjalanan saya sebagai pelajar mulai 28hb ini, ;).

------------------------

kesal sama sistem UiTM, buat bengang oke! 28hb nk register, kasik kuar la itu official offer letter, xmo sekadar org call kat phone je! esk 24hb if xkuar jgk, siap la, baling B-O-M satuu!!

Monday, December 22, 2008

.kisah kangkung.

A picture worth thousand words..

Sekadar beberapa gambar sepanjang aktiviti berjalan² mengambil angin + membuang masa.. =p..

Pantai Kemasik :




Paka Menjenguk Si Kecil Azrene..


:: si kecil belajar bertatih ::

Kedai Makan Xtau Nama Apa Dekat Pantai Kerteh Tepi Jeti Tempat Angkut Ikan


: si adik kekenyangan, mungkin :

: mereka sdg berfikir ttg jualan ikan esok, maybe, :p :


-----------------------

ketika di kedai makan, sempat si abg raden berkongsi cerita tentang kangkung. sorang sedare kpd kenalan adik si abg raden, sudah meninggal dunia akibat memakan kangkung yang tidak dimasak dengan betul @ kangkung mentah.

alkisah terjadi apabila kangkung itu tidak dimasak dengan betul, dan kebetulan, benda nk jadi, dlm batang kangkung itu mengandungi telur lintah. akibat dari kejadian itu, mangsa tidak menyedari lintah dh pun beranak pinak dlm perut dia sehinggalah saat si mangsa sedar, dh kritikal pon, n finally, innalillah..

sekadar peringatan, if nk makan kangkung kt kedai, pk byk kali dulu, lg senang masak sendiri kt umah, br puas atie.. if kt kedai, nth dia celur smpai masak ke tidak nth, bila order, kejap je sampai, kita puji kedai itu masak cekap, tp, kita xtau, benda tu dah masak betul @ tidak, xesah la kangkung ataupun makanan lain..

Saturday, December 20, 2008

.dongeng & realiti.

if anda sume lihat blog tittle ada saya nyatakan "i don't believe in fairy tales", ttp, secara jujurnya, sy minat untuk menonton kisah² dongeng, kerana kisah dongeng x mempunyai banyak masalah yang boleh menyebabkan saya terikut² emo dalam menyelesaikan masalah yang ntah ape² itu, :p.. kisah dongeng, nama lg dongeng, mana ada yang benar melainkan penipuan semata², ttp, menghiburkan dengan jalan cerita + watak² kelakar, dan kostum yang dikenakan agak cantik dan bersesuaian dgn karakter.

ttp, kita harus bijak untuk membezakan antara dongeng & realiti esp kpd kanak². sy juga, pada ketika masih kanak², akibat terlalu minat dengan cerita doraemon, sy pernah termimpi² doraemon datang melalui pintu belakang rumah sy untuk meraikan hari jadi ibu sy. akibat terlalu percaya pada kewujudan santa, pernah 3 tahun berturut², setiap kali malam before krismas, sy akan mimpi santa turun di hadapan pintu rumah sy dengan kereta santa dr langit. itula sy pada zaman kanak² dahulu kala, ;p. bila umur meningkat, baru la sy boleh bezakan antara yang dongeng & realiti.

ketika sy singgah di blog bekas lecturer di UiTM Dungun, Puan Normawati, ada satu kuiz yang menarik minat sy. Quiz yang berbeza dengan kuiz SuperHero sblm ini. Hasilnya :


Headstrong and fiesty. You have a mind of your own that's full of romantic dreams about the world around you. Exploring exotic places is your ultimate dream, and although you can be a little naive you'll realize that there is something to be gained from your family's wisdom.


Try this quiz, and see ur result, which disney princess are you?

Friday, December 19, 2008

.birthday ibu.

18 December 2008 : Birthday ibu yang ke 49..


Alhamdulillah, sehingga hari ni, sy lihat, ibu sentiasa sihat tanpa sebarang gangguan masalah kesihatan yang serius, kecuali lenguh² bdn yang boleh dikatakan lumrah bila umur dah meningkat. Saya doakan kebahagiaan ibu akan kekal untuk selamanya. Sambutan hari jadi ibu tahun ini, sy dapat rasakan kegembiraan ibu saya bertambah, walaupun kekurangan seorang ahli keluarga, si angah yang akan pulang sabtu ini, tapi kehadiran cucu sulung, azrene sbg tukang menceriakan petang tadi. yang pasti, sy terlupa utk snap pic tuan pny hari jadi, ttp, pic & video si kecil ni yang banyak jadi koleksi, hehe`..

Sekali lagi, wajah azrene utk post hari ini.. (^_^)





xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

alhamdulillah dgn keputusan semester akhir saya, sah tamat suda diploma ini.. sangat bersyukur, walaupun xla penuh 4, saya happy setelah usaha saya selama ini, memberi hasil, dan happy juga mungkin kerana di buku convo nnt, nama saya punya bintang , ;)

Thursday, December 18, 2008

.finally.

internet umah suda tidak ada problem!
oh, happy nya! (^_^)
esok result keluar..
nk kata risau, x sangat..
rslt for practical..
mtk² full.. 4! =p..
ujung bulan, insya allah, further degree..
bach. science admin..
campusnya, kt tanah tumpah darah keturunan sy, maybe, ;p

Friday, December 12, 2008

.cuti part II.

2 Hari Sebelum Raya : Kerteh - Kuala Lumpur - Malacca

Siang @ KL : Meet Bby Azrene, anak buah..





Malam @ Malacca : Full Throttle di MiTC dan sempat melihat sesi "drift taxi ride".


.dlm byk² kete, yg ni paling menarik minat, minat sy la..

.bila ketidak senonohan berlaku akibat keboringan melampau.


Malam Raya : Membawa diri bersama Angah dan Adeq..

.si angah gumbira setelah selesai treatment rambut + cekak yg diberi pinjam membuatnya kelihatan seperti golongan "bawang²", maybe? =p.

.bila kesenonohan itu ada sedikit.


Hari Raya : Kg. Gadek & Menggong @ Alor Gajah, Bachang @ Bt. Berendam - Kuala Lumpur

.ayah & ibu : permulaan hidup sy.

.si angah & si achik.

.si adeq sayang si angah.

.si adeq juga syg si achik.

.kami sayang semua family kami.



------------------------

nota kaki


Buat Kak Izyan Nasaruddin & Shino

Ubi Gajah : Juga dikenali sebagai Ubi Badak, mempunyai isi bewarna purple atau putih, tp lg sedap yang purple, dan rupanya kelihatan seperti tapak kaki gajah, beso oke! musim hujan ni, sure ada banyak jual kat pasar.

Sambal Belacan Mangga : Ramuan sama seperti sambal belacan biasa [Cili Hidup, Cili Padi, Belacan, Gula, Garam, Perahan Limau Nipis] + Hirisan Mangga yg Dicincang. Sedap!

Jika ada pic kedua² makanan ini, akan sy upload ya!

Thursday, December 11, 2008

.slow.

blogspot sangat slow! susah..
eh silap, internet sngat slow! ishk..
33.6 kbps, ape leh buat..
harini sume slow..
penjaga gol baru, cakap lebih..
nasib baik muka handsome, oke, dimaafkan! haha, gatei! :p
coach pun sama, ske² nk buang org sana sini..
pg maen skali, tgk, tembus x gol tu..
same je, ngaku la kekurangan skill sendiri..
bukan ada org nk mrh pun, skdr xpuas hati, besela, peminat..
lagi² peminat dlm diam mcm sy ni..
3-0, apedaaa!
balik makan ubi gajah lg best oke..

entri tertunggak : eid adha + cerita mengenai siti nur damiah, :p



----------------------------

Al-Fatihah buat Allahyaham Datin Zainon, ibu mertua along sy, yang telah meninggal dunia pd dec 9, 2008. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang² yang beriman, Aminn`



sebak tatkala mendengar imam membaca talkin

Saturday, December 6, 2008

.eid adha.

next post..
bercerita ttg siti nur damiah..
ke melaka, mencari ilham untuk bercerita..:p

SALAM AIDIL ADHA..

.majlis kahwin II.

majlis kawen anak perempuan jiran sebelah sebelah rumah.
jumpa dgn ramai jiran dan bekas jiran.
makanan boleh tahan, esp sambal belacan mangga mok na, lala`
walaupun mereka berpangkat makcik, x salah borak sekali, :)
salah satu teman lepak td petang, jiran nun di hujung lorong.
oh aishah, lihatla wajah kesayangan kamu.. (^_^)..

.ibu sy, cik erni.

.ibu sy, anak jiran sebelah, cik ernie, syafinas, syuhada, arifah.



.mok na pembikin sambal belacan mangga berjaya.

.dia bukan pengantin, :p.

.ini baru pengantin.

pic pengantin time sanding xmo letak, susah nk snap pic dia.
pengantin laki asik tunduk je, malu kot, haih, kucingtai la..`
sy tertarik pd salah satu hantaran..
sbb hantaran ni, seumur hidup, xpernah lg nampak hantaran bercorak begini..
majlis kawen sepupu di kelantan pun xada corak begini barangnya.
gambar ini diupload tanpa sebarang niat tidak baik ea samada utk mempromosi mana² parti atau sebaliknya...
sekadar hiasan di blog ini, :)




nota kaki

:: sambal belacan mangga - sambal belacan biasa + mangga yang dicincang halus, sedap ai tell u! ::

Friday, December 5, 2008

.politik.

peringatan : entri ini sekadar menyibuk ttg hal negara dan politik, tanpa sebarang niat tidak baik dari seorang rakyat malaysia yang umur masih tidak cukup untuk membuang undi

***********************

ahli politik suka membahaskan benda yang sama walaupun mereka tau tidak akan ada kata putus bagi sesuatu hal. mereka bertentang sama sendiri, menyebut ttg hak kaum masing², sedangkan, tanggapan sy, rakyat xde pape pon, mereka yg lebey². ini boleh menyebabkan ketegangan, dan jika berlarutan mungkin boleh membawa kepada pergaduhan, sesuatu yang perlu di elakkan.

apabila raja² memutuskan, "jangan ungkit hak melayu", makin galaklah mereka mempersoalkan ttg ketuanan melayu. bukan seperti mahu bermegah² dgn bangsa sendiri, di akui, bangsa lain ada yg lebih maju dr bangsa melayu, ttp, jika balik kpd asal usul tanah air, kita tentu boleh faham kenapa raja² putuskan begitu, kn? untuk berbaik dengan kaum yang berlainan sangat la senang, jati diri perlu ada, yg menjadikannya susah apabila diri sendiri yang menyulitkan keadaan.

bila seorang ahli politik mengeluarkan kembali idea "Satu Sekolah Satu Bangsa", bersamaan dengan Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951, juga ada bantahan. kata ahli politik itu, pelaksanaan satu sistem pendidikan kebangsaan adalah jalan terbaik untuk "menghapuskan polarisasi kaum dan pd masa sama mengukuhkan perpaduan serta merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini". pada fahaman rakyat seperti sy ini pula, dgn erti kata secara ringkas, satu sekolah satu bangsa akan menjadikan setiap kaum akan mendapat kelebihan yg sama rata. bukan itu yang dimahukan?

jika bukan, kenapa mahu buka kuota UiTM kepada non-malay suatu ketika dahulu? terang²an inginkan hak sama rata bukan? kata orang, student melayu xada daya saing yg kuat, tp, yg berkata juga orang melayu, apa mereka juga punya semangat daya saing lemah? satu jari menunding, empat jari berpatah ke diri.

mereka juga kata, pelajar lepasan UiTM adalah dalam ranking peratusan tertinggi graduan yang menganggur. pernah x anda selidik, ranking peratusan tertinggi keseluruhan, student UiTM paling ramai di ambil bekerja? bukan untuk menyokong universiti sendiri, cuma, berkata-kata la secara logik, selidik dulu, kira berapa cawangan UiTM yang ada di Malaysia ini dan berapa jumlah pelajar UiTM yang sedia ada jika ingin dibandingkan dengan universiti lain. walaupun UiTM sering dikatakan "Universiti Ini Tolong Melayu", sy bangga menjadi pelajar UiTM. hanya orang yang sedar diri sahaja mengerti akan kebenaran sebenar mengenai UiTM. ;)

sy walaupun sekadar rakyat biasa, sbnrnya, sudah kebosanan untuk membaca paper. kalau tidak baca paper setiap pagi, seperti tidak lengkap hidup, ttp bila dibaca, terasa bengangnya juga. sy bukanlah seorang yang terlalu serius dlm memikirkan masalah negara walhal sy bukanlah seorang politician, cuma, sy pelik, kenapa sy boleh terfikir ini semua, dan kenapa mereka x pk? :p

haha`.. gelak gelak gelak.. dan sehingga saat ni, sy masih berfikir, kenapa sy boleh membebel ttg politik ini, :p. well, sekadar pandangan, n sy teramat pasti, setiap orang pernah fikirkan masalah negara walau hanya sekali dalam hidup masing². (^_^)




sy pernah berangan untuk menjadi pm, ahaha!`

Thursday, December 4, 2008

.teman dahulu kala.


congratulations buat teman² yg sudah pun selesai majlis convo mereka pd isnin lepas. disebabkan sy bercuti dgn family, sy xdpt nk singgah ke s.alam utk share feel gumbira itu dengan kamu, bkn nk elakkan diri ea, cuma risau takot² feel yg xpatot dtg tanpa dijemput nanti, faham² la ya. :)

boring² td, bukak folder picture yang dah lama sy sendiri xview pic yg ada kat dalam tu. sume yg sy bukak, folder yg ada tittle "memory omd - ...". kalau d'igtkn balik, sbnrnya, setiap org dlm kelas tu, ada pe'el yg mcm² tiap sorang. kdg² ada yg menyakitkan hati, ada yang terlebih lawak, terlebih prasan, bengong terlajak. tp, itula yg dinamakan lumrah manusia.

ketara, time sama² handle event "Terengganu Splendour" yang bermodalkan duit kita sendiri dlm RM7000> if xsilap. kita maybe xsedar yang sbnrnya event kita tu, boleh kita banggakan sebab, sedar or x, pengarah campus xpernah turun padang bila suruh rasmikan event, tp, time event kita, dia turun bg speech then rasmikan event itu, xprasan? mmg la, sume sedap makan, haha`. termasukla sy, after en. suffian xsilap bgtau, br sedar, mmg t.y jarang rasmikan event kec event yg besar² la. ;)

antara stok simpanan gambar before & after event "Terengganu Splendour"..

. OMD40A .

. yana-naniey-mimiey-me .

. mereka² psg banner .

. mereka² psg flyers.


. sebahagian dr mereka .

. ini juga mereka .

.sufy-ila-leen-fyza-me-liu .





nota kaki

saya rindu ingat semua classmate sy dulu, hahaha!