Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Saturday, December 8, 2012

660 : Bangsa Aku


aku melayu.
dia melayu.
kau melayu.
korang melayu.

sejak aku berkerja , aku reti sayang bangsa. bangsa aku memang busuk hati, bila up sket confirm buat taik. hati kata balas, tapi kepala kata biar. lama2 ak rasa, xpela, atleast ad bangsa kita yang berjaya, bagusla. 

dlm hati bangsa berjaya, sikit pon xrasa sayang bangsa ke ? kenapa dengki xpernah habis ? orang diam, orang sengih, orang layankan aje, orang xcomplaint, orang buat macam kawan, xrasa nak sedar diri sikit pon, eh ? susah kami tolong, tapi senang, ni dibalas. apa dapat ?

tapi .. bukan, selalu jadi dekat bangsa BARU berjaya. megah tak macam biasa. kata dan paras luar biasa. lenggak kedepan macam jalan ni aku yang punya dan semua orang tak ada depan mata. lepastu buat pakatan, konon nak bagi si anu si anu bersendirian tak berkawan. segala macam cerita busuk mak nenek yang datang dari zaman ja'par tonggek tok kadok mana kau katakan. aku berkawan dah 12 tahun pon xbanyak cerita nak aku cakapkan, ni kan kau yang baru kenal baru beberapa bulan ?

rezeki aku , aku punya, rezeki dia, dia punya. rezeki kau, kau punya. kenapa kacau rezeki orang ? kau berjaya kau usaha, aku nak berjaya aku usaha, dia nak berjaya dia  usaha, salah ke kalau samasama berjaya n samasama usaha ? kau xnak bantu itu hal kau orang xkan paksa, tapi kalau orang lain tolong membantu, kenapa jadi benda tu isu ? tak semua orang suka memuja, lain orang lain cara.

aku xracist, cuma aku musykil ... kenapa bangsa aku macamtu.. dah jatuhkan bangsa sendiri, bersorak dengan bangsa lain raikan kemenangan lagi .. kalau kau jatuhkan bangsa kau boleh naikkan performance kau xpe, tapi, aku tak rasa kejayaan kau menendang bangsa kau keluar boleh bantu kau upkan diri kau ..

satu soalan, kau melayu ke ? eh . artis sangat .. 

aku sedih kalau bangsa aku aniaya aku, tapi entah, semenjak aku kerja, patriotik sangat hati ni, HAHAHAHAHAHA, seperti aku ada cakap semalam, aku penuh ke-bangsa-an, pui tatabahasa. aku sedih, tapi lamalama aku dah biasa.. aku rasa berjayanya bangsa aku adalah satu benda yang bagus, kalau aku masih xberjaya, alhamdulillah ada wakil bangsa aku yang berjaya.

mahathir cakap melayu mudah lupa, a'ah, memang.

hai kawan, kau dianiaya di hari Jumaat oleh bangsa kau sendiri, berdoalah, insya Allah, ada rezeki kau nanti. :')