Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Tuesday, May 31, 2011

Nokia Biggest Angry Birds Playground


sape suke main angry bird angkat tangannnn ! yeay. ajin pon suke angry bird *tibetibe* haha. those kaki angry bird boleh register di sini. Penyertaan adalah percumaa ! Bertempat di Boulevard Strip, Low Yat Plaza dri 11 pagi hingga 9 petang, 11 June 2011.

Depa nak create GUINNESS WORLD RECORDS utk THE MOST PEOPLE PLAYING IN MOBILE PHONE GAME RELAY. ada hadiah percuma gitew. jommm !

cuti melaka jamboree

menghabiskan cuti sekolah di melaka. sigh. balik melaka lagi, haha. nak buat camne, asal parentsnya sini. sy orang kampong, bukan bandau kay ellll macam orang tuuu, lalala`. lagipon si adik ada jamboree; Jasin S2H Jamboree 2011. best gila tengok basikal banyak², lebih kurang 1200 peserta dalam jamboree kali ni. taboley bla nama team dari indonesia, bolotokondo. haha`


gangsa, boleh laaa :)

itula adik saya. sy ada sorang je adik. dia sorang je laki. gedik. ngade. semua ada, haha. tapi sy xjeles dgn dia. if ada orang jeles ngn dia, terima la hakikat, kakak dia pon xjeles dgn dia, dengan apa yang dia ada, acewah :)

Monday, May 30, 2011

Semakan Biasiswa Perguruan IPTA 2011

Semakan biaiswa perguruan IPTA sesi 2011 boleh disemak mulai hari ini 30 Mei 2011. Kepada pemohon biasiswa perguruan persekutuan program ijazah pertama pendiikan di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) anda boleh membuat semakan mulai 31 Mei 2011 hingga 13 Jun 2011.

Klik di pautan bawah ini untuk melakukan semakan :


atau terus ke laman web Kementerian Pendidikan di :

http://www.moe.gov.my/

Saturday, May 28, 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM 2011



Semakan keputusan peperiksaan akhir uitm 2011 untuk pelajar sarjana muda akan diumumkan pada 17 Jun 2011 berbanding tarikh yang ditetapkan seperti yang dipaparkan di kalendar uitm menyatakan keputusan akan diumumkan pada 2 Julai 2011.

Dr Hadariah Bahron dari Jabatan Hal Ehwal Akademik UiTM telah mengumumkan keputusan untuk pelajar sarjana muda dipercepatkan untuk membolehkan para pelajar yang sudah tamat belajar mendapatkan transkrip penuh dengan lebih awal.

Sumber : Facebook Dato Prof Ir Sahol Hamid Abu Bakar

Friday, May 27, 2011

ada apa dengan dota & manga online ?

ada apa dengan dota ? ada apa dengan manga ? bukan manga pelam buat colek kicap lebih gula taruk belacan sambil penyek cili, tapi manga online. dua benda ni musuh ketat ak betul. heran ajaib, ap gunaguna yang dota dengan manga ni buat kat budak laki esp mky sampai mky xheran kat aku T_T

amik hati belikan junkfood bagai, pastu khusyuk abes layan, *panggggg*

benci tawww. i tau la manga online penuh dengan gambar awek hot baju sendat meletop phewwittt pom pam kebaboom. i msg pon xsedar. benci, menyampah ! tapi dota ? haha. dota ni kurang sket jadi musuh. dulu ye musuh tradisi, tapi afta mky pg ajar ak menyelami ap itu dota, pergh, 5 jam aser macam kejap je, haha.

ohhh my, muka dah macam tembikai T_T

best jugak dota upenya. ak xfaham, xreti cara nak main. si mky kejap jadi bendalah gemok, kejap kurus pendek, kejap jadi ad kepak, jadah boleh main tukar2 gitu pon ak xtau. bila jadi host, berlagak je menang, eh, menang ke ? hahaha. game lambat start terus emo, ak yg kat sebelah plak aser nak tibai mky ni. lala`

ni melepak cc xhengat afta layan fast 5, mmg nak kena pangggg xreti nak sedor exam menanti di petang hari. T_T

Wednesday, May 25, 2011

bubur kacang durian

semalam baru beriya nak menjeleskan si angah konon dpt makan durian, ibu p bocor rahsia kata durian tu payau, cett. tapi ngah, payah ponn, isi dia chantekk woo. ad je 2 3 ulas yang manis, pagi tadi makan, hehe.


then afta request, ibu pon buat la bubur kacang. teringat ada balance durian, taruk durian dlm bubur kacang tu. marvellous ! jeles ngah, best siottttt bubur kacang taruk durian, haha. xtipu ngah, makan panas², mmg xleh describe lah, haha !


special pose dari ajin untuk nanya. sian ajin gastrik. gastrik patot makan, tapi nak makan bibir plus bhgn pipi ad ulcer plak, suap telur pon boleh nangis sakit. aunty dok cakap perut ad cacing la ap la, baru la makan sosej tu pon 2 ketul kecik T_T. tp alhamdulillah, ajin abeskan susu sebotol, susu taruk madu lebah + air zamzam. hope ajin sehat dah pasni boleh makan :)

pose ni xajar pon ajin buat sendiri, hehe. see nanya, cantik x kuku ajin, ninek pakaikan tadi :)

perut buuulu `

dah tau dah result exam kuar untuk budak diploma tapi awat perut ni sakit tak kurang² pon nih ? haihhhh.

T_T

tweet with tiz ? lol

sape kate tiz zaqyah sombong ? tak pon ? haha. sebab, ak pon xperasan yang tiz boleh respond kat tweet. asal² nya, dah bosan dgn facebook + settle prob dengan nuffnang, layan la twitter. check timeline, ada tweet dari tiz yang ni :


since dekat entry yang ni pon ak ad mention ayat ni [ayat copy paste dr si nanya], ak tulis je la balik then mention @TizTizTiz. sekali, Tiz retweet mendalah tu, phew *selak rambut belakang*, haha, tibe². ak logout xlayan la tweet, sbb nk tengok cite indon


sekali dah malam check, phew. antara tweet yang ak dapat n ak terkejut yang nih :


dan dengan coool nye ak respond semua dgn baik hati, lala`. unbelievable ak baik hati :p


n ak pon terkejut tiz respond balik. n ak xsangka one day ak akan jumpa peminat fanatik artis yang backup artis dia sebab dia ingat orang kutuk artis yang dia minat. *sigh*. dahsyat korang nih.


since dia artis dgn follower puluh ribu ak rasa ratus ribu jugak tweet dia dapat dlm satu masa. kirenya, nak kata teruja tu xsangat, tapi bg ak la, if artis xreply tweet, ak xrasa pon dia sombong sbb.. sbb dia artis lah, sehari beribu tweet masuk, mana nak sempat dia reply sume..

soooooo..

yes. ignore doesn't mean i'm weak but i am strong enough to let it go :)

dah, nak tido, perut senak, mky plak tido awal nk pg seminar katanya, cehhh, blueks mky ! :p

Tuesday, May 24, 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM Sesi 2, 2010/2011

click sini untuk Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM Sesi 2, 2010/2011.

Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM Sesi 2010/2011 boleh dibuat mulai esok, 25 May 2011 selepas jam 9 pagi. If rasa² student portal tu lembab, check guna e-mail pon boleh sebab memang akan hantar via e-mail 1 copy.


tetibe aku pelik, nape sem ni awal nau result kuar ? biasa dalam june jugak keluar. 2 3 hari lepas dah perasan pelik bila login student portal, awat dia offkan mini transcript, then, baca status kat group Geng Bus Scola, try click student portal terus macam, urghhhhhhhh, senak perut ! T_T

macam nak cirit, rasa nak sembelit, macam macam macam.. semua ada ! dah la merapu je jawab exam aritu, jammed lah T_T

* ada cakap ni untuk diploma. tapi awat dia kata TO ALL STUDENTS. ah, xpe, esok check je. if ada, ada, if tak, LEGAAAAAAAAAA :) *

Monday, May 23, 2011

ala-ala roadtour

manusia sekalian, ketahuilah, mky jahattt sangat. macam nak pelangkung tinju sumo gusti je. gile menyampah. time manusia tido dia bangun, time manusia bangun dia tido. ak selalu rasa boipren ak ni vampire, berdarah sejukkah anda encik mala ? ape ? darah sejuk ??!! wah, boipren ak kamal cullen siottttt , * menanges * T_T

paling menyampah bangun tido msg mintak berkenalan introduce nama brad pitt. bagi bau armpit tau la nasib. makin lama makin annoying. sayang oi, i sedih okeeee. i mmg busy dengan belog, tapi sambil taip belog, sambil nyanyi lagu saleem "air mataaaaaa, jatuh berderaiiiiii". tak rasa simpati ke ha ?

tunggu turn taming sari yaww !

malam before last paper, meronda lah naik taming sari n river cruise, tunai hajat orang sungai petani nih kann. ak plak mmg xsedor diri nak exam T_T. time paper 6hb pon, 5hb malam boleh melangut kat gsc tgk fast 5 midnight pny, tak senonoh btol ! dah tgk fast 5, lepak cc plak tu.

kamal cullen, hahaha * munnntah ! *

hai, saya bella. hahaha. hoi nama aku ada nabila pe, aci la kan, kan kannnn :p

teruja gile, mcm nak lempang. lalala`

then pg la naik river cruise. ak teringin nak naik bot yang xde cover tu, kire open air tu, tapi, ntah la, nape ea, xpk plak T_T. berasak, jadi orang last naik, tempat pon xsesuai gitu, last decide ngn mky, xnk duduk, berdiri ajo belakang bot, yeah ! best gitew.

kalau sekarang la time ak tengah marah ni, dia ada depan mata aku camnih, ak tolak masuk sungai tau tak !
pic ak sorang xbyk, sume gegau. terima hakikat, mky gile gambau T_T

miang gila, sket² pose juara, jammed btol ! T_T

both river cruise dengan taming sari, before naik, confirm depa akan snap² pic korang. aku memule kat taming sari bajet, "ho ho ho, dia nak masuk dlm buku pelawat kotttt", sekali turun, ala shweet souvenir yang dia buat. gambau saje rm30, gambau dalam bebola kaca bersalji rm50. if beli both discount jadi rm55.

kat river cruise pon sama, tetibe main snap, lagi la xpk sbb time sibuk² nak cari seat kan. turun je dah siap pic tu, murah sket, rm25. mmg cantik la dia bagi dalam envelope tu. those tak pernah datang melaka, haa, boleh la beli nnt souvenir yang die buat, tak rugi, cantik :)

1 jun - 30 jun ada pesta air melaka. if naik river cruise, rumah sewa aku pangsapuri btol² sebelah tu kaler oren peach tingkat 3 yang ada pagau besi macam kena penjara tu ha T_T. ceh, skrg brani la ckp tempat tinggal kan, sbb dah xduduk sana, hahahaha. if takkkk, jammed ! :p sape nak sewa umah tu meh kasik tau, cantik gile view dia if malam, nampak chantek sangat kampung morten tu :)

Esok Masih Ada (1980)

xsempat nak habiskan tengok movie ESOK MASIH ADA, perut start buat hal. even filem ni tayang time ibu ayah ak pon tak kawen lagi, cite ni memang best. teruja tengok ASP Zamri ( Yusof Haslam ) handsome aumm n Faridah ( Azean Irdawaty ) cun meoww. rugi sape xtengok. xdapat tengok abes tadi, ni gigih carik ending story tadi, jammed betul ! :D

credit : google
cite dia pasal polis², ada la tembak², faridah dah kawen ngn zamri, tapi anak dia meninggal sebab leukimia. apaknye si zamri nak juge anak, kawen la zamri dengan marina. dah ada anak, anak rapat ngn faridah n zamri, marina ni pulak tertekangggg kurang kasih sayang. dia pangggg anak dia dengan kata² "degil nih, ak suh makan xnk makan, aku lahirkan kau lah !" <-- sumpah dialog tipu, haha. anak pon kecikkk hati padahal xsedar hati organ paling besar dalam badan T_T.

budak tu lari la pegi atas bukit. banyak chantek budak tu helikopter pegi selamatkan. aku nak lari jugak la atas bukit, confirm, orang bawak jentolak nak tolong turunkan aku dengan alasan "bapokkk besorrrr minahh ni nak bawak turun, helikopter pon boleh crash camni", siottt je if ada cakap gitu kat aku, *tampor laju²*.

tapi oke pe layan cite zaman dulu², best weyh ! ah, dah xnk lah layan cite muda mudi zaman sekarang, nak feeling² oldschool gitewwww, * pangggg lagi sekalik *

Sunday, May 22, 2011

VIDEO Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat

menitik air mata. berita terkin1 1145 malam melaporkan lagi 6 orang masih tertimbus.


sumber : BHOnline1

Ya Allah, selamatkanlah anak-anak yatim ini semua :'(

Saturday, May 21, 2011

GAMBAR : Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat - 24 Warga Rumah Anak Yatim Al-Takwa Masih Tertimbus

GAMBAR mangsa yang berjaya dikeluarkan dalam kejadian tanah runtuh di hulu langat, sumber - Berita Harian Online

GAMBAR mangsa yang berjaya dikeluarkan dalam kejadian tanah runtuh di hulu langat, sumber - Berita Harian Online

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku. Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden. "Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun. Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.

sumber - Berita Harian Online

--------------------


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim. "Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid. Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. "Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

sumber - Berita Harian Online

harus ke edit gambau melampau² ?

dah jadi trend zaman berzaman ke edit gambau yang guna function blur adobe tu sampai kulit jadi putih melepak gebu aummmmm yang 100% fake tu ? secara jujur, hahahaha, ak pon pernah mengalami syndrome addict dengan adobe photoshop zaman nak up dulu LOL, edit gambau letak awan² putih tu sampai nampak putih comeyl nye diri ini, jerawat penuh kat dahi hilang dengan eraser photoshop.

xcaye kate boleh mekap sendiri untuk kawen dia :))

tapi bila dah besar, muka dah chantek * perasan, pegi pengsan !*, terus dah tak main edit nih. hahaha. bukan, start bila ntah, dah belajar untuk terima bahawasanya diri ni xdela gebu comel mana, jammed ! :D. if edit pon, sekarang ni prefer guna yang semua computer ada, microsoft office picture manager, untuk resize picture or edit background color. bukan apa, macam melampau² pulak trend edit pic tu sampai nampak fake tu.

kot ye pon nak edit, takat edit buang jerawat, licinkan kulit, plus putih sket² cukup la, kalau almari hitam dah jadi kelabu tu, dahsyat mmg nampak sangat tipunya. beghak nanang sungguh T_T. so, bawak² la kurang menipunya. seronok memang seronok dapat comment, "auwww, comelnye awak ni", tapi hakikatnye... uuuu, tolong sedih

satu je tabiat aku tak boleh nak ubah lagi. asal nak snap pic je ak akan pesan orang yang snap suh biar aku nampak kurus, hahaha. paling kurang, aku akan menyorok belakang kawan aku, xnk nampak nauuuu gems nye, ngee. c(: contohnye gambau bawah ni, haha`

nana, miss you :)



sedang gigih transfer gambau  berseronok dengan mky time final exam aritu :D

Gambar Tanah Runtuh Di Hulu Langat : 20 - 30 Penghuni Rumah Anak Yatim Tertimbus

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

gambar rumah anak yatim al-takwa felda semungkis ketika kejadian tanah runtuh
credit : sini

Gambar: PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online

TERKINI : click di SINI untuk melihat gambar mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di hulu langat


Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. -BH

* TERKINI : 21 Penghuni Rumah Anak Yatim Masih Tertimbus, 7 Selamat, 2 Meniggal Dunia

azrul junior

aritu nisa jr. si ajin copy paste mama. ni azrul jr, muke jibik macam abahhh dia. tadi mama cakap, bg damien mama is abah. time ajin excited hug mama time mama nak datang amik dia petang tadi, damien chillll je xheran, nampak abah, phew, lajuuu ajo. damien ngado² !

nah nanya, amik la peberet mu ini. asal lalu depan bilik je "naaaanya", ajar sebut aunty, errr, xsampai 5x dia sebut, tu pon jadi "aaateyy", sekali dengar macam "aaatennn" je, kuang asam ! haha

nanya, ni damien afta mandi. sayang nauuu kat bedak -.-"

nanya, dua anak buah berebut nak conteng² !

yeah, senyuman kemenangan dari damien !! ajin xdapat rebut pen conteng² :p

si kakak tak berpuas hati, kasik rebut.. 

ngoek² berenti afta dua² sepakat nak byebye atok pg keje. motif nape depa panjat pon xtau T_T

afta atok pegi keje, ajin request susu, terus lelap. damien poopoo, nenek pg basuh poopoo kasi mandi, tukar baju, finally... damien bosan, kesian, xde geng nak ajak maen, kakak tido.. aunty plak layan com.. hehe`..

muka dia fed-up abes, pegang la car haa, :D

kasik susu then dengan damien² tido elok je. alahai wahai anak buah, aunty miss you already lah :) lipas pon takot ngn kau damien. ajin berlari² nampak lipas, damien lagi disergah, lagi di ikot belakang lipas, sampai lipas lari menyorok, aduhai.. -.-"

Friday, May 20, 2011

Semakan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Julai 2011

Semakan kemasukan ke politeknik sesi julai 2011 boleh disemak mulai 22 Mei 2011 dan 30 Mei 2011. Keputusan permohonan kemasukan ke politeknik sesi Julai 2011 boleh disemak mulai jam 2 petang mengikut program.

Untuk 22 Mei 2011, keputusan semakan dibuka untuk Program Diploma, Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik, Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik.

Untuk 30 Mei 2011, keputusan semakan dibuka untuk Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan) (AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif (AAD)

Semakan boleh dibuat dengan klik pada link di bawah :

http://www.politeknik.edu.my/execetaktawaran/advance/semaktemudugaadvance.aspx

atau pada portal politeknik iaitu :

http://www.politeknik.edu.my/index.asp

Thursday, May 19, 2011

BE datang lagi :)


thanks nuffnang. :)

nisa junior


copy paste muka mama dia time kecik². pot pettt pot pettt. ajin dah besar sekarang, dah jadi kakak yang baik. dia hug n kiss adik dia tadi, padahal br tny "ajin sayang adik tak" tapi dia paham "ajin, sayang adik".. adik selalu gigit ajin, selalu acah nak libas ajin, haha. ajin cool je, sampai masa terus angkat sore "heyyyyyy!"


tengok jari ninek ada inai, terus request nak inai. aunty pakaikan kejap je, 10 minit basuh balik. chantek :)

suke sangat dia ninek buat tocang, olololo`

geram kat azrul junior [adik ajin]. sampai ke sudah panggil ak nanya, bile betulkan balik aaaaaunnntyyyy, sengih² pastu sebut NANYA ! kuang asammmmmmm`

cheese tart

thank you nanya buat delivery cheese tart kat umah. :) ayah ibu say thanks, n both happy sangat kot. cheese tart pon sedap. mula² tak prasan tulisan kat cheese tart ni time box ni sampai depan umah, dah bukak baru la, wallawei :D

thank you kak wanie hantar cheese tart umah. fyi, kak wanie ni jiran belakang rumah + kawan along dari sekolah + family kenal since dolu² lagi. if ada kat area kerteh, boleh la order online pon boleh di Khalish Bakery <-click. business kecil-kecilan.




Thank You Angah, We Love You !

Wednesday, May 18, 2011

my first be

genap 2 taon. xgenap lebih sket, baru dapat first buffered earnings since may 2009 ak subscribe for nuffnang. T_T. tapi tadehal, skrg je btol² free nak layan belog :) dok busy pasal churpchurp, sekali tekan, aik, gile terkejut buffered earnings pny box ada kat part earnings, terus jadi, auwwww :)

thank you nuffnang :) thank you celcom especially untuk advertisement yang ini :)

thank you tak ingat apa nama belog ntah bagi tunjuk ajar cara nak dapatkan buffered earnings, teknik letak advertisement kena betul apa sume.. nanti ak google carik balik belog tu, then ak publish sini balik camne nak earn buffered earnings..

kasik kosong 3 part tu xjadi issue kan ? ke xboleh jugak ?

lalalalalalalalala`

Tuesday, May 17, 2011

the convocation ♥

bukan convo aku, tapi beriya macam convo aku. dulu even aku uitm dungun, aku convo shah alam. turn mky skrg, dia convo kat dungun jugak, xpelah, oke pe convo dungun, tak sesak !

tenkiu apit bagi pinjam jubah :)

convo kat dungun relax je. khemah yang dia sediakan cukup, kerusi berlebih. sidang petang awal² je seksa since imagine la panas matahari + angin laut yang panas, phew.


settle convo, beriya memegang bunga berjalan dengan confident bila nampak kelibat mky, sekali lagi 5 meter baru perasan kelibat orang tua mky terus buat u-turn, amik hp picit2, hahahaha. taboley bla -.-". mky datang ajak baru la pusing pegi tapi dalam hati tengah jammed. lol.

garang nau imam sungai petani ni T_T

alhamdulillah, semua jalan dengan lancar. snap mana patot pic mky alang² pinjam camera si adik, tenkiu adik ku alhafiz. tapi xbest, bunge kat sini xbanyak choice macam convo kat s.a dulu.. lan tempat lain cara dak.. tapi sini ad jual bunge sabun, kire tahan lama la. bunga plastic. tapi ak prefer beli bunga hidup, lagi best, natural. if dah kering nanti, tanggal kelopak buat jadi pot pouri lak :)

bunge teddy card untuk beliau, abes aku renjis dengan air :D

layan ajo gambauu..



yes, memang nostalgia,  


adik beradik beliauu

kawan baik beliauuu..

pengakhirannya.. jenggg, lalalalalala`

♥♥♥

ajal maut jodoh rezeki aku percaya kat tangan tuhan bukan tangan orang yang mencanang. pada sesiapa yang tak berkenan tengok kami happy aku tak boleh nak halang. :)





48 gambar lain berjaya di upload di facebook, phew.