Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Monday, January 31, 2011

tesco bakal bankrup

tesco bakal bankrupt kalau semua yang pergi tesco hari sabtu buat macam yang mky buat nih. tapi, pk balik ok jugak sbb if nk letak satu2 dalam kete, azab kot, umah dah la tingkat 3 kan, dengan beli tembikai sebijik lagi, no no no no, beratt..

serius. memang lupa sangat yang sabtu hari no plastic bag. punya la pk macam mana nak buat kan, dah lah beli tembikai sebijik lagi tu, sekali si mky punya geligaaaa kapla dia [geliga la sangat, macam nak ketuk pon ad], slamber derk angkut mendalah nih.

mmg kaw2 dieorang buat kempen ni kan. kat mydin time parents balik mlc 2 minggu lepas kot, mmg dahsyat. nak beli plastic bag 20$ sehelai pon xnk bagi. ada counter bagi, ada counter tak bagi. hah, try lah lepas ni xnk bagi. bukan sengaja pergi shopping hari sabtu, tapi dah terpaksa, nak buat camne..

kalau mydin xnk bagi lepas ni, i nak buat camni jugak. kalau i xbuat pon, haha, mky confirm buat. hee. sorry lah tesco, tak sengaja. esok lusa tulat tubing kitorang pulangkan oke ? :) bukan tak nak support kempen tu, tapi siyes lupaaaa ! kalau tau dah bawak shopping bag yang dah ad ni haa..

ok, salahkan mky sekarang cepat !




mky tak nak try buat collection untuk mydin n jusco lak ? :P :p :P

Saturday, January 29, 2011

paranormal activity 2

jangan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem hantu bersama dydy abdullah. kelak, dia akan menjerit sekuat hati dalam panggung wayang itu dengan satu ayat iaitu vavi vuvivak vanvat vau.. bukan sekali ya dia menjerit tapi lebih dari sekali.. kalau tak menjerit pon, action dia melampau-lampau macam nak kena tampau walhal tu kali kedua dia tengok, hahaha..

akibat dari menonton paranormal activity di tengah malam, pada keesokan harinya ..


dengan lagi 2 orang housemate yang memang kuang asam gile. si zed bajet xtakot, mentang2 meimei ad, kalau tak, haha, mau xtido penangan khurafat kannn. si atea plak buat propa konon yang sapa i tadi bukan dia, tapi td dok berborak pasal tom yam, tu yg tak boleh blah tu. xkan hantu taste makan tomyam kot ? haha. yg reply status tu lagi la, sume kuang asam, siyes, i takot gile vavi kot..

via camera depan iphone4 yang xberapa nak cantik

thank you dydy belanja makan [ sedap woo satay, nom nom nom ], fresh orange n oh, sedapnya sup campur tu. ada kambing, perut, ayam, daging, slurppp, ahaa, 1 lg tix movie. bak kata dy, "awak tak kerja lagi", hee.. saje je acah2 hulur 5 hengget tu dy, tau dah awak bayar :D hehehe. eh, oh, ni lah ex-housemate i, still single yang penting :)

Thursday, January 27, 2011

lagu tema baru ?

selalu yang i dengar lah kan..

"nak makan basuhlah tangan, pilih gerai yang bersih "

&

"bubur ayam, bubur ayam mcD"

tapi.. mky i, dia nyanyi pelik sket. yang lagi pelik, dia nyanyi banyak kali dengan penuh confident, tanpa rasa salah, mmg dengan jujur dia nyanyi. konon nak bermesra la tu nyanyi lagu sama time i nyanyi, tapi .. lirik dia lain sket..

"nak makan basuhlah tangan, pilih BERAS yang bersih "

&

"CUCUR ayam, CUCUR ayam eeea eeii"

hahahaha. puas hati dapat gelak macam saiton bila btol2 dpt tangkap ap sebenarnya si mky ni nyanyi. gelak evil best gila kot sambil terbahak bunyi anak tekak. dah tak segan langsung, bila lagi nak gelakkan bf sendiri kan, dah selama ni punyalah poyo berlagak betul ajo, sekali ? hahaha. booo mky ! :D

i rasa lah, dia dah addict dgn cucur ikan bilis i buat. siyes. hari-hari i masakkan cucur ikan bilis bagi kat dia.  owh, romantiknya, auwww. hotak kau romantik makan cekodok. buat cookies ke, kek ke, lauk sedap-sedap ke oke gak, cekodok nak kata romantik ? eh, romantik gak kan ? wekkkk ! hahaha

1 lagi, sebenarnya i xpernah panggil cucur as cucur, i prefer panggil cekodok, boleh ? cucur macam.. haih, lembut nau, berbahasa betul pompuan nih, tp sebut cekodok best sket, nampak pelahap sket mulutnye dak.. ce sebut..

CEE KOOO DOOOK.. ahhh, memang hudoh ! hahaha..

-----------------------------

lynn, rindu aku kan sampai request gambo ? hehe. nah, pic 2 hari lepas :)
paranormal activity 2

Sunday, January 23, 2011

download software auto blogwalking

yeah, mari mari. di sini kita kasi software auto blogwalking ! auto blogwalking adalah software paling menguntungkan. tetapi silap jengah blog orang buruk padahnya ! haha. traffic akan mencanak-canak masuk ke blog anda sebelum anda kantoi.

click di sini. murah, murah. serendah RM50 !

-------------------

bunguk lah blogger-blogger baru ni. menyampah pon ada. semua dok kejar earning nuffnang. kadang-kadang sampai jadi trend buat tutorial lah, apa lah. konon nak dapat hits kat search engine. pfft !

i ni dah jadi blogger dah nak dekat 2 tahun setengah. xde main kotor pon [err, yeke? haha]. ni tidak, ad certain bukan main syok lagi kumpul followers, gila ? ape ke seronok tengok follower ramai2 ? itu xpe lagi, yang tak best " follow lah blog i ". chait. ada cabutan bertuah hadiah peti sejuk ke if follow blog korang ?

sekarang dok kecoh pasal software auto blogwalking. haih, if ad dgn i pon i guna, hahaha * gile evil *. semua pulak dok pakat buat entry cukupp mention software auto blogwalking. mendalah ni dah lama pon. korang pon buat taktik keji jugak untuk carik reader.

copy paste entry orang, songlap pic kat blog orang, cut kiri kanan atas bawah letak watermark sendiri, apa kira tu cara yang baik ke ? carik idea dengan baca blog orang lain. tengok entry tu dapat hits, fuh, terus buat entry sama jugak, penipu cukupp !

alah, korang sama lah jugak main taktik tipu. orang tu dapat makan, korang pon dapat makan, time ni la dialog cite p.ramlee jadi sandaran " lu punya nasib lu makan, wa punya nasib wa makan". dunia blogging sendiri join, sendiri terima la risiko la mek n awang2 ehhhh.

i xjeles pon tengok blog orang lain maju, tapi kau kenapa ? hebah-hebah kata blog tu personal lah, header bukan main, xnk baca boleh blah. tagline "blog ak suka hati ak nk menulis", tapi p jengah blog orang buat semak kat shoutbox orang suruh jengah blog dia, double yu tea ef betol .

i ? relax je. earning nuffnang boleh cash out pon xnk cash out jugak, nak menabung buat kahwin, kau boleh ? :D

Saturday, January 22, 2011

V for Victory !

download V for Victory game here [ wargame from early 1991 ]

--------------------------

bf i sangatttlah annoying ! sumpah tak tipu dia irritating sangat2. agak-agak nanti someday i dah k.o, jangan la sesape pegi layan mky, siyes, boleh dapat sawan vavi nanti, trust meeeee ! ak bilang jangan, jangannnnn ! haha.

semalam dia uat i tertekan gile2, tapi ad part, i rasa nak gelak sendiri pon ad. afta uat i serabut, i mengamuk dah macam giant nak pg belasah sinyu sebab tak bagi pinjam buku, terus konon lah nak blah kan xnk layan pe'el i kann ..

dah siap pakai smart2 tuh, cincin batu besar lagi, helmet siap lock cukupppp, sekali, " yang, kunci motor i mana yang ? ", fuhhh, PADAN MUKA ! sape suruh irritating sangat, mmg nasib kau lah mky, rasakan ! next time buat lagi, ada yang tayar motor hilang jap g, haha !

kesimpulan : FATIN BAHARUM BEROLEH KEMENANGAN YANG PERTAMA !

ah, weekend, ap mau buat. movie ? shopping ? duh, xde yang mau menabung untuk tabung kesenangan fatin baharum ke ..? lalala`

Wednesday, January 19, 2011

suatu hari di hari rabu

i rasa i ni dah kategori cepat mark orang lah. bila i fed-up confirm lepas pada tu, even orang tu try to be niceeeeeeee dengan i, i susah nak accept balik. haha. bila i fed-up, i susah nak pandang muka mata orang bila bercakap even time tu tengah gelak2 ke ap. i kan artis, hahaha. orang tua baca ni xleh ni, dia sawan jap g, mula la update status fb ngan blog, agagaga`.

tapi, ada pernah tak, orang guna barang kau sampai kau rasa annoying gila2 ?

[ cu citer, cu citer, cu citer ]

haha. ok, meh nak cite.


contoh 1 :

kau beli selipar then kau lupa nak letak dalam rak bila masuk rumah. ad kawan kau ni xde selipar, seronok dok pakai selipar kau sampai bila kau nak pakai je xde, pakai je xde. dah berhari kau xdapat pakai pon selipar kau sebab bila nak pakai, dia dah songlap dulu, err, boleh terima ?

kau paham tak ? paham takkkk cerita ni ?
eh, lari sket dari isi asal. ok ok, satu lagi contoh, lagi jelas.

contoh 2 :

kau ada kereta yang digunakan untuk pergi ke bendang dan sawah sampai penuh lumpur tiap hari. * ceh, tipu la statement tu, xkan kereta ganti lembu kot? tapi konon laaaa ! * then kadang2 bila kau balik n park kereta kat porch, confirm lah bila penat kau lupa nak basuh kereta tu on the dot, seksok baru basuh. sekali kawan kau pesen dia nak meminjam barang, kawan mintak tak kan xbagi kan ? bg i, pinjam bereh ajo asalkan jaga leklok. so, kau bagi la pinjam ha kereta.

sekali bagi pinjam, berhari2 kau xdapat pakai sebab dia dok pakai. sekali dia pakai pon sama, dia bawak pg bendang, berlumpur. hari pertama, kau basuh la kereta tu sebab kau nak pakai esok hari kan. sekali hari kedua, xsempat kau nak pakai, dia dah songlap pakai sampai berlumpur balik. seterusnya, kau biar berlumpur sebab nak tengok dia basuh ke tidak. sekali memang dia basuh, lepas tu terus pakai, then biar lagi lumpur. agak2 korang lah, boleh sabar tak gini ?

[ cu citer, cu citer, cu citer ] 

lagi ? haha. xnak dah !

eh, contoh tak de kaitan dengan sape2. rekaan penuh kenawokan, nak orang imagine je situasi sekarang ni. even mky pon dah rasa annoying gila dah, i apa lagi, macam nak kasi boomerang sekali kat tuan badan. tapi kan i dah cakap i COOL !

cool sampai pg buat treatment rambut, trim pe sume. mky pon potong rambut, dah xde rupa bangla dah. potong rambut pon lama si mky tu. tapi mmg best gila buat kat daniel hair saloon. daniel tu pon, auw, sexy shial bibir dia. mky pulak tetibe jadi pemalu, tunduk manjang. ape kes ? HAHAHA !

Monday, January 17, 2011

gila S

permulaan yang baik untuk tahun baru n sem baru, i sukaaaa sangat-sangat. even ad certain things yang i rasa sangatlah annoying, tapi, i maintain relaxx, cool. chait, poyo je lebih, lol. belog lama tak berupdate, tadi update status kat facebook yang dah 2 minggu lebih tak upadate, sekali update.. see, see, see..


oyeah. untuk tahun baru, azam i, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. macam poyo je pergi copy tagline melodi, :p. memprivasikan hidup akan memperlihatkan kita seperti manusia yang lebih normal (anonymous, 2010) :p. oleh itu, i pilih cool untuk sem ni, yes, cool ! :)

i xperlu untuk entertain sangat perasaan i yang kecik hati pada orang. oleh itu, untuk mengurangkan perasaan kecik hati terhadap orang akibat A, B, C ... Z, i kena ignore orang dengan lebih untuk sem ni.

azam baru ? :

i xnak entertain manusia mental disorder.
i xnak entertain manusia culture shock.
i xnk entertain annoying n irritating punya orang.
i tak akan entertain those yang seek attention.
i xnk fikir sangat pasal masalah orang.
i xnk layan people yang too childish.
i xnk, xnk, xnk...

em, lupa lak, tadi kata nak secret-secret, dah tercerita. tapi still ad exception. semua tu boleh pakai if orang itu ialah family n MKY. :) hahaha.. i love you mky..

♥ 550D - songlap fb adik :)

oke, nak p mandi. tadi cam best pg manja2 belai diri dekat spa. i like you :) 
mmuah, rindulah i ye wahai dikauuu.. :)

Saturday, January 8, 2011

permohonan pertukaran pinjaman ptptn 3% kepada pembiayaan ujrah 1%

permohonan penukaran bunge senang cite pinjaman ptptn dari 3% kepada 1%. sekarang dah open balik untuk kemaskini. semalam 10minit je dah settle buat semua ni. xsusah. so, those yang tak buat lagi, pg la buat esp mommy sufy n lynn ye ! :)

1st : pg kat website ptptn untuk penukaran tawaran ujrah - click here

2nd : kuar page bawah ni. masukkan ic & e-mail yang mmg pakai la.


3rd : seminit lepas pada tu, akan masuk e-mail dari ptptn untuk pendaftaran permohonan penukaran pinjaman kepada pembiayaan ujrah. klik pada link yang dia bagi.


4th : nanti keluar borang sekian2, isikan, dah settle, klik ya.

5th : check balik e-mail sekali lagi, ptptn hantar pengesahan permohonan pembiayaan ujrah 1%. settle :)


xsampai 10minit pon dah siap. balance ptptn untuk diploma dulu pon, penat dah lebih kurang 2 tahun ayah tolong bayarkan dengan 100 sebulan [ jadilah kan dari bunga naik non stop, lagipon orang tolong bayar ], bunga maintan lebih kurang RM30 naik tiap bulan. balance sekarang pun dalam 11ribu lagi. duh.

my future husband, tolong bayarkan ptptn i nanti oke ! :)

Friday, January 7, 2011

back to shecool

sem baru dah start. time nak balik, dari dulu, dari sekolah menengah, sampai diploma, sampai dah last sem untuk degree pon, confirm genang leleh air mata bila ibu ayah hantar balik masuk U. xtahan kalau ad orang yang nangis jugak, sedih :(. dah sebulan lebih duduk rumah, kena jauh balik, sape xsedih kan, kan. oloh, senang cite, kaki homesick, hee`.

dah balik, 1st benda kena buat, kemas rumah. aiono. xtau datang dari mana, semerbak harum rumah, aser macam dah tutup tingkap n sliding door sume dah. if bukak pon, kecik je. sekali tengok, BURUNG MERPATI mati dalam sink. penuh dengan tay-tay-yik dia. nak membersih bukan main susah, sampai tengah malam baru settle bersih rumah n bilik sket2. 4 sure, lega dah xnampak 3 manusia itu di rumah ini, yeay !

esok terus MC dari pergi kelas, alasan, backpain dann tangan seliuh. :D. eh, betol, xtipu, pg angkat meja sorang2 tau tak ! tau takkk ! berat, tau tau tau !!! arini last day kelas untuk minggu ni. setakat ni, 1st week just like heaven sebab ada "assistant" all the time, hehehehe. gile gelak jahat. :p. tapi lepas ni maybe akan back to normal la balik, sob sob sob.

owh, sem ni punya vacation, mana mau pergi ye.. em, em.. oh, rindu ajin. aritu ajin ngadu stair penguin patah, rindu rindu !