Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Friday, June 10, 2011

Semakan Keputusan MUET 2011

Pengumuman Semakan Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada hari Isnin , 13 Jun 2011, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM ( http://www.mpm.edu.my ) mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM iaitu di www.mpm.edu.my.

Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.