Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Thursday, June 30, 2011

(GAMBAR) Helikopter Terhempas di Subang Milik Weststar Aviation


The AgustaWestland AW139 twin-engined helicopter being removed from the runway yesterday.
NST picture by Nik Hariff Hassan


Sebuah helikopter milik syarikat swasta Weststar Aviation terhempas ketika berada pada ketinggian 15 meter berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kira-kira 8:17 pagi tadi.

Juruterbang di dalam helikopter berkenaan Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman 38, pembantu juruterbang, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35 dan jurulatih juruterbang, Kapten Mohd Zamri Mohamed, 44 mengalami cedera ringan.

Kejadian itu berlaku ketika ketiga-tiga sedang menjalani latihan penerbangan di lapangan terband tersebut.

“Ketika terbang pada ketinggian 15 meter, helikopter itu dikesan mengalami kerosakan dan mereka terus memaklumkan kepada pengawal lapangan terbang untk melakukan pendaratan secara pra-kawalan. Punca kerosakan pada helikopter itu akan disiasat oleh Weststar dan Jabatan Penerbangan Awam,”
- Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, Pengarah urusan Weststar Aviation.

Menurut Tan Sri Syed Azman, helikopter tersebut baru dibeli pada tiga bulan lepas dari Itali serta juruterbang yang memandu juga adalah seorang yang berpengalaman dan kejadian tersebut adalah pertama kali berlaku.

Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Azman Syed Ibrahim, berkata sebagai langkah keselamatan semua penerbangan membabitkan helikopter Agusta Westland AW139 syarikatnya dihentikan buat sementara waktu sehingga siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selesai.



sumber : MyNewsHub
sumber : NST Online