Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Saturday, May 21, 2011

Gambar Tanah Runtuh Di Hulu Langat : 20 - 30 Penghuni Rumah Anak Yatim Tertimbus

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

gambar rumah anak yatim al-takwa felda semungkis ketika kejadian tanah runtuh
credit : sini

Gambar: PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online

TERKINI : click di SINI untuk melihat gambar mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di hulu langat


Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. -BH

* TERKINI : 21 Penghuni Rumah Anak Yatim Masih Tertimbus, 7 Selamat, 2 Meniggal Dunia