Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Tuesday, October 26, 2010

buat para media

salam.. entry khas buat para media, pihak akhbar, blogger lain.

ini luahan ikhlas dari hati saya.. biarpon saya berazam tidak mahu meletakkan sebarang entry emo di sini, tapi, ini untuk menjaga HAK dan KEPENTINGAN diri saya jugak.. walaupun saya manusia biasa, saya akan pelihara HAK saya..

saya pernah mention sebelum ini tentang blog saya yang dihujani oleh outsider xtau datang dari mana.. blog saya yang selama ni jadi tatapan kawan dan keluarga, mungkin ad unknown jugak, tp sy akan make sure, sy juga kenal mereka, dikunjungi entah xtau datang dari mana, semata-mata ke entry monorail melaka..

6 bulan lepas ketika saya mula mengupload gambar monorail, entry berkenaan, xterdetik langsung dalam fikiran saya, suatu hari nanti, gambar saya akan dicuri sesuka hati.. saat blog saya menjadi tumpuan orang, terdetik dalam hati, sebenarnya mereka ni nak tengok gambar monorail or nak ambik gambar saya tu ?

saya mula google secara random dengan menggunakan keyword "monorail melaka" "monorail melaka rosak", perkataan sama untuk tittle entry2 saya.. terkejut gila bila saya lihat, gambar hak milik saya digunakan oleh blogger laen untuk entry mereka. bukan sekadar gambar diambil, diletaknya watermark sendiri.. cut bawah, cut atas, oke, hak milik mereka, ADILKAH ?

hinggalah pada suatu hari, saya berkunjung ke rumah saudara saya, saya menjumpai sisipan khas MELAKA MAJU dan saya terkejut, hampir keseluruhan gambar monorail dalam akhbar berkenaan adalah gambar hak milik saya ! kenapa boleh jadi macam ni ? TAK MAJU KALAU MENCURI !

saya terus start google website akhbar berkenaan, tetapi saya tak dapat bukak. sy google secara random untuk mendapatkan no telefon wartawan dan akhirnya saya berjaya menemukan satu no telefon. pada 24 OKTOBER 2010, 19:18, saya msg wartawan berkenaan, tetapi tiada balasan. pagi tadi, 25 OKTOBER 2010, 13:03, saya msg lagi..

akhirnya jam 20:34, wakil akhbar berkenaan menghubungi saya.. samada wakil akhbar berkenaan cuba beramah mesra atau apa, saya tak pasi tujuan dia dengan berborak2, tetapi, saya kesal, wakil akhbar berkenaan yang katanya naib presiden sebuah kelab jurufoto berdolak dalih, tidak mengetahui perbuatan siapa. mustahil suntingan sesebuah akhbar boleh terlepas pandang macam tu sahaja tanpa asal usul penerbitan, sumber terbitan akhbar ?

wakil akhbar berkenaan mengaku mana2 syarikat banyak merujuk kepada mereka untuk mendapat sumber foto. tidak mustahil dalam sisipan khas melaka maju tempoh hari, semua ucapan penghargaan tahniah kepada kerajaan negeri, tidak kira dari wakil rakyat, kenamaan dan juga syarikat menggunakan latar belakang gambar yang sama..

hinggalah pada akhirnya, em, saya mungkin boleh consider atas permintaan wakil akhbar berkenaan, tetapi, dengan keadaan saya yang tidak memungkinkan untuk saya pergi berbincang sendiri di pejabat media terbabit, eloklah pihak akhbar berkenaan fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini.

bukan saja diperbesarkan, tetapi benda ni menyalahi undang2. saya ada merujuk kepada kawan saya yang merupakan personaliti tv juga mencadangkan saya merujuk kepada suruhanjaya komunikasi. kenapa saya begitu berani ?

kerana saya bercakap tentang HAK SAYA ! bagi saya MENCURI TIDAK MAJU ! kalau hendak dalihkan konon itu bukan HAK saya, terangkan bagaimana mahu mengambil gambar dengan view sedemikian rupa melainkan berada di tingkap bilik apartment sy ?

tingkat atas ? mesti nampak bumbung monorail lebih. rumah sebelah, oh no no no, angle dia xmemungkinkan untuk mendapatkan sudut stesen monorail dengan jelas. balcony ? sorry, rumah saya berada di hujung sekali. panjat dinding umah ni ? cuba sekali saya nak tengok, boleh ?

saya tau mungkin wakil akhbar berkenaan boleh membaca coretan saya ini kerana encik baru je mintak add blog saya, andai encik baca, saya harap, percepatkan lah urusan ini kerana saya bimbang lagi lambat, lagi banyak orang saya adukan hal ini dan mungkin permintaan pihak encik untuk tidak memperbesarkan hal ni tidak dapat saya penuhi. oke ?

blogger sekalipun. bersyukurlah saya hanya menuntut permohonan maaf sahaja dari kalian. even kalian mohon maaf dengan kasar dengan cara xikhlas, saya terima,  malahan sy positif. jika saya berkasar, salah saya ke yang marah HAK saya diambil ? sebelum marah saya balik, pk la, if HAK kalian diambil sewenangnya, dicut2 then diletakkan watermark sendiri, kalian nak senyum tepuk tangan dan berbangga sahaja kah ? saya dah positif pon cukup.

cuma kali ini, melibatkan media kerana setahu saya, media tak sepatotnya MENCURI kerana sebelum ini saya fikir, baik media mahupon tenaga kerja mereka punya credibility yang cukup tinggi, cukup bagus kerana mereka media, TAK PERLU MENCURI. bila dah terjadi keatas diri sendiri, baru saya sedar, JANGAN PERCAYA MEDIA.

ada kes saya google tadi seperti yang terjadi pada ondscene.my apabila gambar mereka digunakan jabatan kerajaan untuk pameran mereka. lagi memalukan T_T. bila nak maju kalau asyik mencuri ? KALAU DAH MACAM NI, JANGAN DIGEMBURKAN SANGAT PENGHARAMAN CETAK ROMPAK KALAU ASAS PON MENCETAK DAN MEROMPAK, mencabuli hak orang lain lagi.

ok, lupa. no emo entry. jadi para wakil akhbar berkenaan, anggaplah ni luahan hati saya. tak bermakna saya berdiam diri. jika sehari dua ni, tidak ada sebarang kata putus saya terima, saya berani untuk membawa hal ini kepada suruhanjaya komunikasi beserta bukti - sisipan khas melaka maju, gambar asal dari hp, salinan di lappy [dimana if tekan picture properties akan keluar detail pic snap, via iphone or copy paste dari internet], dan lain2 bukti yang membolehkan tuntutan saya dibawa kehadapan.

media yang saya maksudkan, ambil kata2 saya diatas. saya bercakap dengan baik dan saya boleh beri kerjasama dengan baik. ok ? :)

sekian. terima kasih.

10 comments:

Jamiel said...

hmm..
patut la awk emo..
camne la wartawan wat keje..

I-nie91 said...

awk letak copyright x kt pic awk tu??

Cik Fia said...

moga media tu ambil tindakan yg sewajarnya

Anonymous said...

jamiel: emo untuk media ni je. :)

i-nie: watermark pic tu xada.. tp, pic if check detail dia, kita boleh tgk, pic tu amik via internet, or if pic ori, dia ad detail dr cam mana amik..

cik fia: mudah-mudahan... tq


- fatin baharum -

silence said...

hurmmm mencurik hak cipta owg... X ROCKkkk beb.... sokom saudari fatin

Anonymous said...

silence: bukan takat rock, xdangdut, xbalada, awallah dondang sayang pon jauhhhhh skali.

- fatin baharum -

nabil_potter said...

so nak buat cmne?
kala abgi kredit pon xleh ke?
maklum la..saya ni blogger baru..
gambar2 banyak sedut dari google je..
1 dunia kot sedut..bukan gambar monorail je org sedut..
saya minta maaf la ok..ape boleh sya buat? buang entry? buat permohonan maaf ke? xpon buang gambar? any cadangan?

Anonymous said...

blogger sekalipun. bersyukurlah saya hanya menuntut permohonan maaf sahaja dari kalian. even kalian mohon maaf dengan kasar dengan cara xikhlas, saya terima, malahan sy positif. jika saya berkasar, salah saya ke yang marah HAK saya diambil ? sebelum marah saya balik, pk la, if HAK kalian diambil sewenangnya, dicut2 then diletakkan watermark sendiri, kalian nak senyum tepuk tangan dan berbangga sahaja kah ? saya dah positif pon cukup.

- fatin baharum

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahaha malu jugak kalau professional buat macam ni. aku selalu kalau copy gambar dari surat khabar online pon aku akan credit balik kat surat khabar, mahupon blog. dari mana aku ambik gambar tu.
sabor la patin. dunia~ aishhh

Anonymous said...

daniel: sket hari aritu marah jugak tgk blogger laen amik, then ad org ckp, paling kurang marah je la if blogger laen amik.. tp, if pg buat iklan guna barang kita, haiyooooooooooo, mana boley jadiiiiii ..

- fatin baharum