Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Tuesday, August 10, 2010

ujian sebelum 1 ramadhan

belum lagi 1 ramadhan. kesabaran ak diuji dengan hebat. menulis bukan untuk mendapat simpati, mendengar pandangan saudara saudari jauh sekali. memang betol, semua manusia diuji, dengan aku sekali dapat terima dugaan ilahi.

1st, belum ramadhan bermula, si kakak terima ujian yang sangat menguji, bila hubungan bersama cinta hati dinganggu oleh pekerja kontrak sime darby. ooh, sorry. ni sekadar luahan hati. bukan cakap membuta tuli, tapi punya bukti. segala msg, email dah siap disimpan bercopy-copy untuk tujuan backup diri kemudian hari :)

xabes dengan kesah kakak, aku pulak yang bersedih hati. kali ke-4 yang terbesar dugaan dlm hubungan terkena diri ni. tak berniat untuk menghebah apa yang jadi, sekadar, ingatan mana tau akan jadi lagi, mintak-mintak dijauhi. terbaru, kisah waiter yang mengedik-gedik, tapi bila bercakap, aku pulak yang dimaki.

aku bercakap gaya ala-ala YB. sepatah dua kata diberi. tapi dia ? tengking, sindir, macam aku ni sudah lama dia kenali. oh, siapakah saudari ? kisah bermula, bila bf waiter mc, waiter tergedik-gedik mendekati si boyfie, cuit lengan sana sini. setelah lebih dari sekali si waiter mengganggu, boyfie memberitahu waiter ayat yang sudah ak ajar berhari-hari, "gf sy marah". nak tau apa yang keluar dari mulut waiter tadi ? "ada aku kesah"

kali pertama, aku tabahkan hati. kali kedua, si waiter berkata lagi, ayat yang sebenar sudah aku lupai, tapi sikit punya iras bunyi macam ni "gf awak jauh, ntah-ntah dia ada boyfriend lain". akibat ? ak dah boyfie berperang separuh mati. sungguh meruntun jiwa ini.

kebetulan, kesempatan tadi ada, aku berbicara bersama waiter tadi. seperti aku katakan tadi, aku berkata-kata seperti YB. ap yang ak katakan hanya 1 ayat yang diulang berkali-kali dengan nada seorang YB "tak, saya nak tau je nape akak cakap saya ada boyfriend lain". tetapi, si waiter tidak menjawab soalan, yang ak dengari sekadar "nih nama pa pon aku xtau ni" "hey, hang nama apa?" "apa masalah hang ni, susah la kalau kat tempat kerja tak boleh nak borak, satu tempat kerja" "hey, hang pg kawen la cepat, hang frame laki hang, xyah suruh dia p kerja" "silap orang la hang nak cari pasal"..

bertubi-tubi si waiter bercakap tanpa henti. oh, hebatnya saudari. tinggi nilai adab sopan budi bahasa akak ini, apa ni orang sungai petani ? tak, dia tak tua mana, beza setahun dua sahaja tetapi lagak bagai orang muda. eh, sekarang dah trend kan perempuan berusia mencari lelaki muda. so ? aku sekadar berwaspada, tidak mahu kisah cinta menjadi bahan jenaka, oleh itu, lebih baik jika aku berjaga-jaga. tak salah bukan ?

kembali pada persoalan asal. oh, dia sungguh tidak menjawab soalan. aku tanya A, X Y Z yang di jawabkan. aku xkate xboleh borak, ak tanya satu hal semata. sebab 1 statement dia dah buat aku tertekan akibat gado bla bla bla sampai nak pg kelas pon xde nyawa ! aku tau dia dah ada boyfriend, tapi nape, dia gedik-gedik time boyfriend dia xdatang kerja ? 

mana silapnya kat situ ? silap aku or sape ? alhamdulillah, ak punya teman yang sangat jujur, even perit, sakitkan hati, dia still bagitau aku apa sebenar yang jadi. dia xpernah takot untuk bgtau benda sebenar walaupun dia tau, akibat daripada jujurnya dia, akan terima la panahan petir kat telinga kiri tembus telinga kanan. syukur ak ad teman yang selalu ad dgn ak susah dan senang, terima ak sebaik mungkin, sokong ak dalam segala hal.

ya allah, ramadhan bulan yang mulia, bantulah kami. tabahkan hati kami. jauhkan lah kami dari mulut-mulut jahat yang sentiasa cuba untuk menyakitkan hati kami. sesungguhnya tuhan, kau lebih mengetahui setiap apa yang tersirat di dalam hati hamba-hambamu ini. kau tenangkanlah hati yang gelora, kau senangkanlah jalan yang susah, kau tunjukkanlah mana yang tersirat, kau berikanlah mana yang benar, kau permudahkanlah hal yang sulit, aku mohon ya allah. bantulah aku menikmati bulan mulia ini, aku mohon...... :(


fatin nabila, bersabarlah.. tuhan ada kan, tuhan tau niat sebenar.. tuhan ada, tuhan tu boleh dengar, dia tau tadi ape sebenarnya dialog perbualan tadi.. tuhan ada fatin nabila, jangan sedih, dia dah tetapkan sebenarnya semua ni, tuhan tu maha mengetahui.. sabarlah ya.. jangan susah hati, tuhan ada.. ingat, tuhan ada..

4 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

fatin, selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan ini. banyak2 bersabar ye. =)

aku sebenarnya ada isu pasal benda2 macam ni..tapi aku ingat lain hari aku blog pasal tu.

aku doakan agar kawan seKerteh aku sorang ni tenang je hati dia amin~ =)

.fatin nabila. said...

danial : ah, terharu kawan seKerteh kasi ucapan :)

. angah yg gojes . said...

oi .. angah pn masok skali ke ni ? loh .. angah dah aman skrg .. side sane yg x aman .. TERSERAH la .. xde hal la achik .. org dah x ndak .. jgn hadapkn sgt .. nt die ndak kite sbb KESIAN je .. wat pe ..

Anonymous said...

dh bulan puasa kn..sabarla ea.. i love u sayang n selamat berpuasa utk angah :)