Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Wednesday, June 2, 2010

viva palestine

entri ni ak tulis dengan penuh kegigihan sebab dah lama xbuat entri serius. asik uat entri merapek kalah kerepek. dengan penuh perasaan, ak ikut berita "free gaza movement", n bila mavi marmara  ditahan pihak Israel, ak aser sedih. ni xde kaitan dgn faktor luaran, benda yang patot semua bg perhatian. 

since August 2008 lagi Israel melakukan sekatan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza & misi kali ini merupakan cubaan kali ke 9 dan juga merupakan flotilla terbesar setakat ini. flotilla kemanusiaan ke Gaza kali ini terdiri dr 3 kapal kargo dan 3 kapal penumpang dalam usaha menarik perhatian Israel dari 3 tahun sekatan terhadap sempadan Gaza.

Flotilla membawa bahan² yang dilarang dari memasuki Gaza seperti simen & bahan binaan yang lain, electric-powered wheelchairs, prefabricated homes , penapis air + makanan serta ubat kepada penduduk Gaza. Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa, bukannya di perairan Israel, jauh sekali dari sempadan Gaza. Israel memberi alasan konvoi tu merupakan satu bentuk provokasi.

Rakyat Gaza hidup dengan penuh sengsara selama ini. dengan bantuan yang dibenarkan masuk sekadar 15000 tan seminggu sahaja iaitu xsampai suku yang diperlukan oleh penduduk Gaza. disebabkan itu, penduduk Gaza terpaksa membina terowong bawah tanah untuk mendapatkan keperluan hidup dari dunia luar.

Sebelum ini, Tembok Apartheid dibina oleh kerajaan Israel dalam usaha mengasingkan Tebing Barat di timur Palestin dari dunia luar, kini kerajaan Mesir sendiri membina tembok pemisah di Semenanjung Gaza; Barat Palestin. Pembinaan tembok² ini adalah usaha mereka untuk menghalang sebarang bantuan dan bekalan dari sampai ke Gaza supaya rakyat Gaza akur dengan arahan Zionis.

ak xrasa Israel harus dikutuk lebih² sbb memang buang karen je. resolusi, gesaan, usaha damai, protes, white house lahirkan feeling "kecewa", xad gune! sejak dari dulu Israel xpernah ikut ap masyarakat dunia cakap. israel ceroboh undang² antarabangsa, xikut rule gencatan senjata, peperangan menggunakan kimia fosforus ketika disember 08. byk dah jadi, Israel pernah layan ap orang cakap? mestilah x. Israel negara yang angkuh, mmg patot dilaknat !

bg ak, sepatotnya masa ni, semua umat Islam kena bersatu padu. if kt Malaysia, xpayah ikut parti, semua kena sepakat boikot Israel. masyarakat dunia kena buat sekatan ekonomi atas Israel. yang paling penting, KUTUK MESIR ! Kerajaan Mesir yang selama ni bersetongkol dengan Israel patot direjim ! sedangkan orang kafir kat luar sana pon banyak buat protes, tunjuk perasaan atas tindakan Israel menyerang Palestine, Mesir; kerajaan Islam yang paling dekat dengan Palestine buat ap? goyang kaki?

kutuk Mesir atas persetujuan membina tembok bawah tanah sedalam 18-30 meter di sempadan Gaza-Mesir yang menjadikan rakyat Gaza menjadi lebih miskin, lebih sukar dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.

kutuk Mesir kerana negara Islam tu bukan menolong saudara muslim mereka, tetapi bersetongkol dengan Israel yang mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza. seharusnya Mesir membuka la untuk mendapatkan sumber makanan, air, ubat-ubatan dan senjata dalam menggagalkan hasrat Yahudi menjajah bumi Al-Aqsa.

kutuk Mesir lagi kerana tindakan membina tembok pemisah merupakan sesuatu yang zalim, tidak berperikemanusiaan, menyebabkan orang Islam hidup dengan sengsara akibat kekurangan sumber asas kehidupan.

kutuk Mesir kerana berdiri teguh selari dengan polisi perang dan ceroboh Zionis yang mengamalkan pembunuhan secara perlahan-lahan.

kutuk pemerintahan Obama sekali ! sejak pagi tadi, semua pemimpin antarabangsa mengutuk serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza, kau ada nampak kat tv x Obama berdiri tegak kat stage dpn lambat us nations bagi komen tentang serangan itu? xada langsung! Obama still berdiam diri! Obama sekadar memancing undi rakyat US sendiri dengan menggunakan sentimen anti-war yang presiden Bush pakai selama ni. even Obama sendiri perasan Tel Aviv sangat-sangat-sangat kejam, Obama just cakap "internal investigation will be conducted", pfft !

semoga tuhan memberi balasan yang setimpal ke atas Anwar Sadat yang ditembak mati pd tahun 1981, Yasser Arafat yang gatei sign perjanjian kem david 1978 dan presiden hosni mubarak yang arahkan penutupan terowong bawah tanah.

PBB ape buat? dah jadi persatuan besar bontot? setakat tunduk pandang bawah baca script atas meja yang ntah disiapkan oleh ptd mane nth, tu je lah mampu? OIC plak? Owh, i see? tu je ke, what the fish.

fine. sakit hati, sedih dengan berita Marvi Marmara. hope Allah S.W.T memberi ketabahan kepada semua tahanan & rakyat Palestine sendiri. hmm .. gambar kat bawah ..`


Mavi Marmara - salah satu kapal yang menuju ke sempadan Gaza
12 May - barang kargo dipunggah ke MV Rachel Corrie sebelum berlepas dari Dundalk Harbour ke timur tengah [ penuh dengan muatan simen dan bekalan ke Gaza ]
22 May - Mavi Marmara berlayar dari Turki dengan muatan bantuan dan ratusan pro-Palestine aktivis ke sempadan Gaza.
kesian kan tgk pic ni. rakyat Palestine tgh menaiki bot untuk prepare kedatangan flotilla ke perairan Gaza. ape perasaan dieorg kan bila tau kapal tu, kat perairan antarabangsa lagi dah kena tahan. mcm mana bantuan nak sampai, mesti dieorg kecewa gila :(
29 May - tentera laut Israel berpangkalan di Haifa sedang bersiap sedia untuk berlayar ke perairan mediterranean untuk mengesan dan menahan "Free Gaza Movement" - IDF
30 May - pro-Palestinian activists yang memakai life jackets sedang bersembahyang, berdoa di atas kapal di perairan antarabangsa Mediterranean Sea sebelum kapal diserang tentera Israel.

picture - http://www.telegraph.co.uk


yeah, SHAME ON YOU Israel ! and u too Mesir .


3 comments:

Encik Shino said...

Laknat Israel durjana!!!

fanahasa said...

yeah, shame on those who supports Israel!

Danial Ikhwan Jaafar said...

shame shame
bagus post ni fatin.