Jana wang melalui internet dengan mendaftar di sini (Churpchurp)







Promosi iklan dan dapatkan ganjaran seperti iklan dibawah ini :
( click iklan berkenaan untuk melihat dengan lebih lanjut )

Saturday, November 21, 2009

.bila hujan kena tido!.

seminggu duduk rumah, badan dah dipam2. hebat kan? duduk rumah juga, xpayah nak set alarm. cukup time, boleh dengar siren semulajadi yang mengejutkan mana2 manusia yang tengah berada dikayangan.

"anak dara oi, xreti2 nak bangun. melingkar je keje. ni semalam tido kol brape ni"

ditambah lagi dengan syarahan seperti ini..

"orang patot bangun pagi2 tadi lagi. orang laen, time subuh2 dah bangun pergi cari rezeki. ni dah tengah hari membuta lagi, pintu rezeki pon dah tutup"

ni lah rupa bentuk siren yang cukup nyaring + pitching yang amat tinggi ditambah dengan syarahan yang cukup menusuk kalbu. boleh menang mokcik ni if masuk AF! alah, skrg musim ujan, ujan if brenti pon xsmpai setengah jam, celik mata tutup mata pon lebih kurang sama, matahari bukan ada, gelap sentiasa.

kadang2, si anak dara ni teruk jugak, menimbulkan suasana xubah mcm pertandingan debat pidato peringkat negeri. nak jugak menang perbahasan!

"musim tengkujuh bu, nelayan pon tido lah. nak cari rezeki camne, xkn cangkung depan umah tadah air, sape nak beli air?".

dan kemudian, pidato akan berterusan untuk beberapa ketika. ianya hanya akan berhenti apabila si anak dara bangun dan bersila dan menarik towel untuk mandi. adehla`